Tuesday 28 May 2013

Kejutan di tandas Hospital Alor Setar : Apa dia?

Jumpa sesuatu di tandas? Apa dia? Kejutan? Biasanya kalau baca dalam berita-berita sebelum ini, jumpa kat tandas nih benda yang pelik bagi sesetengah orang macam seluar dalam, bra, kondom, duit ribu-ribu, dadah dan bayi. Tapi yang ini apa pulak ye?

Seorang tukang cuci sebuah hospital swasta di Sungai Petani terkejut apabila terjumpa sepucuk revolver jenis Smith & Wesson .38 special mengandungi enam butir peluru dalam tandas hospital itu, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata pistol berkenaan dipercayai milik seorang pesakit lelaki yang dimasukkan ke wad hospital itu untuk rawatan demam denggi pada kira-kira 2 pagi hari sama.

Beliau berkata penemuan oleh tukang cuci wanita berusia 40 tahun itu berlaku selepas seorang pesakit mengadu tidak dapat mengepam tandas pada kira-kira 8 pagi.

"Tukang cuci itu cuba mengepam tandas beberapa kali tetapi gagal lalu membuka penutup tangki air dan terkejut apabila mendapati sepucuk pistol tersangkut pada penarik pam air," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Abdul Ghafar berkata tukang cuci itu memaklumkan penemuan pistol berkenaan kepada pihak pengurusan hospital, yang kemudian menghubungi polis.

Beliau berkata seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira enam jam sebelum itu didapati menghilangkan diri selepas pistol itu ditemui.


Siasatan polis mendapati lelaki itu terbabit dalam satu kes cubaan membunuh dan melepaskan tembakan pada tahun lepas, selain memiliki sembilan rekod jenayah membabitkan kesalahan samun, dadah, memiliki senjata api, pecah rumah dan ekor haram, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Berat) 1971.

.38 Special revolver cartrdige. FMJ bullet. Manufacturer: Sellier & Bellot.

Info .38 S&W Special Revolver:


  • Catridge Bullet: .38 S&W Special
  • Weight : 158grains (10.2grams)
  • Muzzle Velocity: 940 ft/s (290 m/s)
  • Muzzle Energy: 310 ft.lbf (420 J)
  • Maximum Pressure: 17,000 PSI


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment