Monday, 13 May 2013

JJCM Melaka : Klebang Original Coconut Shake @ Jalan Klebang



Jika anda sampai ke Klebang Melaka, jangan lupa pekena "Klebang Original Coconut Shake". Air kelapa yang diadun dengan air gula dan ais. Kalau yang special tambah dengan aiskrim vanilla. Perghhh !! Kena pulak tengah panas-panas terik, memang nikmat sungguh. Harga yang ditawarkan cukup berbaloi...murah je. Walaupun nampak panjang barisan pembelinya, tapi jangan risau kerana hanya sekejap sahaja anda perlu beratur.


Kat mana tadi? Kat Klebang, tak jauh dari Muzium Kapal Selam....aku lupa pulak nak catat koordinat g.p.s tempohari...Gerai kat tepi jalan je, sebelah stesen minyak Caltex Jalan  Klebang, dekat Taman Klebang Jaya, Melaka. 

Hanya di Jalan Klebang. "Best coconut shake in Melaka". You should try !!!






No comments:

Post a Comment