Kuantan: 14 Mei 2013
Malam ini, ketika ini, ada perhimpunan di Kuantan ini yang berlaku di Beserah. Pada masa yang sama kita juga ada perhimpunan di sini. Walau jumlah yang hadir tidaklah begitu ramai, tetapi Alhamdulillah anda adalah orang yang terpilih untuk hadir ke sini. Kita patut rasa bersyukur. Ibaratnya kalau kita tak terpilih utk mengetahui adanya jualan murah, pasti kita kecewa ye dak?
Apa perhimpunan kita malam ini? Iaitu dalam persediaan kepada perhimpunan yang terbesar dalam hidup kita. Perhimpunan di Padang Mahsyar.
Tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu, bapak-bapak, sudahkah kita bersedia untuk mati? Sebut mati je ramai yang takut. Yang bujang kata koi tak kahwin lagi, yang baru kawin kata koi belum dapat anak lagi. Yang selalu lalai kata koi tak sempat taubat lagi...
Kalau org tanya mati ngape, kat mane? Kalau jawapan mati sebab berhimpun dengar ceramah agama kat mesjid..Alhamdulillah..sedap yang mendengarnya..
Setelah mati, kita semua akan dibangktkan semula dan dikumpulakn di Padang Mahsyar. Di sana, kita semua akan disusun dalam barisan. Tetapi hadirin sekalian, dalam banyak-banyak barisan hanya 3 barisan pertama yang akan masuk ke Syurga! 3 sahaja! Inilah yang dikatakan 'golongan yang sedikit'.
Hadirin sekalian nak masuk dalam barisan yang mana ye? Yang pertama..kedua..ketiga..atau yang seterusnya. Bagaimana lebarnya barisan itu, hanya Allah yang mengetahui...
...sedikit petikan dari ceramah agama di sebuah tempat, sekian...
No comments:
Post a Comment