Beberapa tahun lalu, kecoh kat Kampung Selamat ini pasal kes pecah rumah. Modus operandinya masuk ikut atap/siling rumah ketika penghuni tiada di tumah. Barang-barang berharga seperti komputer riba, barang kemas, duit ringgit dan duit syiling antara barang yang dia sebat. Akhirnya, setelah operasi dijalankan, akhirnya si pemecah masuk dapat ditangkap.
Baru-baru ini, ada pulak kes baru...Kisah seperti berikut yang dipetik dari Harian Metro....
Selepas kira-kira seminggu berdiam diri, seorang lelaki dipercayai gila seks kembali ‘mengganas’ dan mencuri pakaian dalam dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, kelmarin.
Suspek yang dipercayai seorang remaja berusia 17 tahun itu, dikatakan melakukan perbuatan berkenaan sejak Januari lalu, namun mula menghentikan seketika tabiat pelik itu selepas mangsa membuat laporan polis.
Walaupun sebelum ini dia pernah memulangkan semula pakaian dalam dicuri bersama sepucuk surat mengakui tidak akan mengulangi perbuatan keji berkenaan, namun semua itu dianggap hanya sandiwara. Mangsa, berkata tindakan lelaki terbabit seolah-olah tidak serik walaupun laporan polis sudah dibuat dan masih lagi melakukan perbuatan sama.
“Saya bingung kenapa lelaki berkenaan masih mencuri pakaian dalam kami sedangkan dia sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
“Kami yakin ini perbuatan individu sama mencuri pakaian dalam dan mengirimkan surat yang berbaur lucah sebelum ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mangsa berkata, sebelum ini individu terbabit memulangkan semula pakaian dalam yang dicuri dengan melemparkannya di halaman rumah mereka, namun kali ini suspek mencuri pakaian dalam dan menggantikannya dengan pakaian dalam milik orang lain. “Pakaian dalam yang dipulangkan itu bukan milik kami dan kami percaya ia dicuri dari mangsa lain di sekitar kawasan ini,” katanya.
Menurutnya, dia bersama tujuh lagi rakannya yang menyewa di rumah berkenaan kini bingung dan bimbang memikirkan kejadian menimpa mereka.
Harian Metro 28 Februari lalu, melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, dipercayai kerana gian menghidu seluar dalam dan coli.
Perkara itu diakui sendiri suspek apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada mangsa dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.
Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.
Apakah Kampung Selamat sudah tidak selamat? Berodalah agar semua selamat.....
No comments:
Post a Comment