Bilik air dianggap sebagai tempat untuk membersihkan diri, tidak kiralah mandi ataupun melepaskan ‘hajat yang tidak tertahan’. Sudah pasti wanita mahupun lelaki amat memerlukan perkarangan kecil ini. Tetapi adakah anda tahu bahawa wanita mahupun lelaki tidak mempunyai habit yang sama sebaik sahaja mereka mengunci pintu bilik air?
APA LELAKI LAKUKAN?
Daripada tinjauan yang dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu masuk ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? Ayuh singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.
- Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup privasi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan ‘masa’ untuk mereka bersendirian. Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.
- Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu.
- Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kepada individu.
- Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa dan juga politik. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.
- Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.
- Jangan dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga melepaskan hadas besar.
- Wanita suka serkap jarang mengatakan lelaki berada lama di bilik air kerana mereka sedang melakukan onani. Setelah diselidiki sendiri oleh Maskulin terhadap 20 orang lelaki di Malaysia secara rambang, 8 orang lelaki mengaku melakukan onani di dalam bilik air dan bakinya pula tidak. Maka mitos wanita sama sekali tidak benar tentang lelaki.
- Jika yang merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dahulu terutamanya semasa membuang air besar sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa sahaja topik yang dirasakan menarik tanpa sebarang gangguan.
PATUT TAHU:
- Raja Britain, George II mati akibat terjatuh di dalam tanda pada 25 Oktober 1760.
- Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman per inci persegi.
- Walaupun dia tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang kita gunakan di tandas pada hari ini.
- Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama tiga tahun hidupnya berada di dalam tandas.
Sumber: Majalah Maskulin
No comments:
Post a Comment