Di Malaysia, kalau sebut nama Abdul Rahman bin Mahmood mungkin hanya segelintir yang kenal. Tapi kalau sebut nama Man Kidal, memang cukup popular...nama pemain gitar utama kumpulan Lefhanded satu ketika dahulu, yang bermain gitar menggunakan tangan kiri. Adakah anda juga kidal? Mari baca info dan kejayaan taikun-taikun kidal seluruh dunia yang dipetik dari laman sosial facebook
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang
iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah
kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di
sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan
kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik
dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan
kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan
kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal
lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.
menggunakan tangan kanan.
Berikut merupakan ranking 10 tokoh kidal paling top di dunia yang dikeluarkan oleh Majalah TIME :
1) Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.
2) Bill Gates - Orang ke-3 paling kaya di dunia versi Forbes
3) Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia
4) Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun
5) Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis
6) Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius
7) Marie Curie - Saintis atom, penerima hadiah nobel
8) Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno
9) Ned Flanders - Salah seorang pelakon dalam siri animasi "The Simpsons".
10) Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.
Apakah fakta mengenai individu kidal :
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan
mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang
mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan
didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua
data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan
sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk.
menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk
orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam
semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang
bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua
kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan
itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari
orang dengan tangan kanan secara puratanya.
Setiap kita yang hidup ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adakah anda juga salah seorang individu kidal?
No comments:
Post a Comment