Thursday, 28 February 2013

Le Tour de Langkawi Stage 8 : Kuala Terengganu - Tanah Merah (Result)


Promosi Tahun Melawat Terengganu sempena LTDL 2013


Le Tour de Langkawi 2013 hampir menuju ke kemuncak. Hari ini pada penghujung Febuari sudah memasuki peringkat ke-8. Pelumbaan akan bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di Tanah Merah Kelantan melibatkan jarak sejauh 164.5 km.

Perlumbaan dari Mydin Mall Kuala Terengganu, melalui Desa Fikri, Kampung Raja, Pasir Putih dan berakhir di Tanah Merah. Peserta pertama dijangka akan tiba pada jam 1.45 petang waktu tempatan.

Terkini...pemenang peringkat ke-8 telah diketahui. Senarai pemenang seperti berikut

1. Bryan Coquard (FRA) - (semalam no 8 nih)
2. Francesco Chicchi (ITA) - (tempat kedua jugak semalam)
3. Andrew Fenn (GBR)
4. Guardini (ITA) - (juara stage 7 semalam)
5. Rico Rogers (NZL)
6. Omar Bertazzo (ITA)
7. Raymond Kreder (NED)
8. Hossein Nateghi (IRI)
9. Anuar Manan (MAS)
10. Jan Tewelde Tewelde Weldegabir (ERI)


Wednesday, 27 February 2013

Le Tour de Langkawi 2013 Stage 7 Result (Kuantan - Dungun)


Berakhir sudah kayuhan peringkat ke-7 dimana menyaksikan pelumba Itali mendominasi kedudukan pertama dan kedua. Pemenang peringkat ke-7 disandang oleh Andrea Guardini (Itali), tempat ke-2 oleh
Francesco Chicchi (Itali) dan tempat ke-3 oleh Aidis Kruopis (Lithunia)

Pelumba terbaik negara di tempat ke 13 iaitu Mohd Harrif Saleh. Diikuti oleh Mohammad Saufi Mat Senan ditempar ke-22. Seementara itu Anuar Manan di tempat ke-25.

Le Tour de Langkawi 2013 Stage 6 and stage 7

 Jom tengok LTDL

Yeahhh !! Dalam titisan hujan yang turun tidak menentu petang 26 Febuari 2013, pelumba Nederlands Thomas Leezer menjadi pengayuh pertama melepasi  garisan penamat di hadapan Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang dengan catatan masa 4 jam 33 minit 42 saat. 27 saat kemudian menyusul pemenang tempat kedua Ji Min Jung dari Korea diikuti oleh Mikal Golas dari Poland.

Garisan penamat LTDL 2013 Stage 6 di Kuantan

Pelumba negara masih belum mampu menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas. Pencapaian tebaik pelumba negara dalam peringkat ke-6 dari Mentakab ke Kuantan semalam pada kedudukan ke-9 oleh Mohd Harrif Salleh dan Anuar Manan pada kedudukan ke-10.

Hari ini 27 Febuari 2013, perlumbaan akan bermula dari Kuantan ke Dungun sejauh 149.8km. Jarak perlumbaan lebih pendek berbanding semalam. Pelumba akan berlepas dari Jalan Putra Square (sekitar Hotel Zenith / East Cost Mall) menuju jalan pesisir pantai (Balok), menuju pelabuhan Kuantan, Chukai, Bukit Anak Dara, Kijal, Kerteh, Paka dan pengakhiran di Dungun (Astaka Teluk Lipat).

Selamat tinggal  LTDL kepada Kuantan

Perlumbaan peringkat 7 : Kuantan - Dungun






Tuesday, 26 February 2013

Le Tour de Langkawi 2013 : Stage 6 Mentakab - Kuantan


Peringkat demi peringkat LTDL 2013

Yeahh...Le Tour de Langkawi (LTDL) 2013 kembali ke Kuantan. Hari ini, perlumbaan sejauh 217.5 km mengharapkan Anuar Manan selaku pengayuh pilihan Malaysia mampu memberikan kedudukan terbaik. Pasti perlumbaan hari ini menyebabkan kebanyakan jalan-jalan utama sekitar Kuantan ditutup. Melintasi Gambang Water Park, pelumba akan meneruskan kayuhan ke Jaya Gading dan membelok ke Jalan Pintasan Kuantan - Kemaman, turun di Indera Mahkota, menyelusuri Jalan Bukit Ubi dan mengakhiri henjutan kayuhan di Stadium Darul Makmur.

Jadi sesiapa yang hendak berurusan di bandar Kuantan Hari ini silalah update dengan laluan anda (stage 6), supaya anda tidak mengeluh mengharungi kesesakan....Jalan sekitar stadium dijangka akan dibuka semula sekitar jam 7 malam....

Sunday, 24 February 2013

Keputusan Liga Super 2013 : 23 Febuari 2013


Hari ini keputusan yang dihasilkan sungguh suram. Tiga perlawanan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Hanya 9 gol berjaya diledakkan malam ini. Kedudukan carta liga tidak banyak berubah.

Keputusan perlawanan 23 Febuari 2013 setakat jam 11.30 malam.


Kedudukan carta liga 23 Febuari 2013 setakat jam 11.30 malam. ATM masih mengungguli carta, sementara menunggu perlawanan Lion XII dan Perak



Saturday, 23 February 2013

Man gets ‘high’ on panties and bras



KUALA TERENGGANU: A medical assistant’s fetish for used panties was uncovered when police found hundreds of underwear hidden in a cabinet when they searched his home for drugs.

The 2.45am raid yesterday at Kampung Rawai, Alor Limbat in Marang did not yield any drugs but police found about 400 pairs of panties and 10 bras that the 39-year-old man had stolen from homes over the past year.

“He has been stealing panties since his school days. He normally sniffs a panty for a day or two and then keeps it.

“After that, it becomes part of his collection. He doesn’t wear men’s underwear but wears the stolen panties instead,” said a police source yesterday.

Out in the open: Police showing the panties collection belonging 
to the medical assistant during a press conference in Kuala Terengganu.


“He gets a ‘high’ from sniffing panties.”

State narcotics chief Supt Roslan Abdul Wahid told a press conference that police also believed that the assistant, who is attached to a government clinic in Marang, had stolen panties from patients during his previous stints at other hospitals and clinics in Dungun and Marang.

Police officers were also taken aback when they found that the man was wearing one of the stolen panties when they conducted a body search.

“The suspect, who is a hardcore drug user, is neither a transvestite nor does he have previous record of sexual crimes,” he said.

Supt Roslan added that the man, who is a bachelor and lives alone, revealed that he had had the fetish since his school days and had stolen thousands of panties in the last two decades.

He said the man also had two previous cases under Section 51 (1)(a) of the Dangerous Drug Act for drug abuse and tested positive for drugs yesterday.

Supt Roslan said another four people, including a woman, were detained in a another raid at Alor Limbat in Marang at 5.30am the same day.

Police recovered 60 amphetamine-type pills from the four.

Source : thestar.com

Friday, 22 February 2013

Kanak-kanak lelaki dibunuh dan disimen jadi patung di Surabaya




JAKARTA, 20 Feb (Bernama) -- Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya. 

[Gambar] Patung simen yang dipercayai budak berkenaan

Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.

Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk ''patung'' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis.

Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.


Jiran yang dipercayai membunuh dan menyimen Fahri

Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.

Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.

Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.

Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu.

Guns 'N' Roses (GNR) at Sepang International Circuit (SIC)

Guns 'N' Roses? Siapa kaki rock tu yang cakap tak tau apa itu Guns 'N' Roses memang nak kena piat telinga tu. Kumpulan yang popular dengan lambang bunga ros, pistol 2 pucuk, topi ahli magik..Berita yang menarik buat peminat-peminat rock terutamanya kumpulan Guns N Roses ini.


Kumpulan Guns 'N' Roses yang berasal dari Los Angeles Amerika Syarikat ini memang popular satu ketika dulu dengan lagu-lagu berhantu seperti Sweet Child O’Mine, Patience, November Rain, Don’t Cry dan Paradise City.

Kumpulan ini bakal menghiburkan peminat negara ini dalam konsert Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Kuala Lumpur pada 24 Mac ini.

Tapi jangan mengharap Guns 'N' Roses yang datang ni adalah seperti dahulu. Ketika zaman kegemilangannya, GNR dibarisi Axl Rose (penyanyi) dan line-up berhantu mereka seperti Slash (gitar), Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (dram). Semua line-up berhantu ni sudah meninggalkan kumpulan. Dua anggota lain yang menyertai Guns ‘N’ Roses ketika album Use Your Illusions I & II pada 1991 iaitu Matt Sorum dan Gilby Clarke (gitar) juga dah meninggalkan kumpulan ni.

Selain Axl dan Dizzy Reed (pemain keyboard yang menyertai kumpulan ini pada 1991), Guns ‘N’ Roses kini dianggotai nama asing dalam kalangan peminat rock tempatan seperti Ron ‘Bumblefoot’ Thal (gitari), DJ Ashba (gitar), Richard Fortus (gitar),Tommy Stinson (bass), Frank Ferrer (dram) dan Chris Pitman (keyboard). 

Kepada peminat kipas susah mati Guns 'N' Roses dan rock tegar, jangan lepaskan peluang ini...

Thursday, 21 February 2013

Amah Lambung Dipenjara 20 Tahun


Amah yang melambung bayi 4 bulan

Kuantan: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu.

Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman.

Dia yang memakai baju lokap ungu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.



Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.




Amah lambung ketika dibawa keluar

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa pada tarikh, lokasi dan masa sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau atau kedua-duanya.

Berita: HarianMetro

Wednesday, 20 February 2013

Lepas Puchong..Bentong (Jalan Karak-Manchis) Pula Banjir

Agak-agak kereta ni atas jalan atau dalam parit?

BENTONG – Hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Telemong naik seterusnya melimpah ke jalan utama Karak-Manchis hingga mengakibatkan laluan itu terpaksa ditutup sementara waktu bermula jam 1.30 pagi hingga jam 1 petang semalam.




Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, laluan di Kilometer 12 dan Kilometer 28 Jalan Karak-Manchis itu ditutup buat semua kenderaan kerana dinaiki air dengan kedalaman kira-kira 1.2 meter, terutama sepanjang satu kilometer di Kilometer 12.

“Laluan itu dibuka sepenuhnya kira-kira jam 1 petang semalam apabila air surut.

"Kedua-dua lokasi itu biasa dinaiki air sekiranya paras air Sungai Telemong meningkat,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, terdapat juga rumah penduduk di tepi sungai terbabit dinaiki air terutama di Kampung Sungai Perdak.

“Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 19 rumah dinaiki air membabitkan seramai 40 penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Sungai Perdak.

“Namun, mereka semua dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini (semalam),” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Mansor berkata, memandangkan cuaca tidak menentu, penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada, selain tidak membenarkan anak bermain di sungai bagi mengelakkan kejadian buruk.

Katanya, penduduk di kawasan mudah dinaiki air pula dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah, sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk.


SinarHarian

Liga Super 2013: Selangor, Pahang Tersungkur..Carta Dikemudi Sang Tentera

Tamat tiupan wisel malam tadi, 6 perlawanan berakhir. Beberapa keputusan diluar jangkaan berlaku. Red Giant yang baru menewaskan Red Warrior minggu lalu tersungkur 0-2 kepada barisan Tentera, menyebabkan mereka terpaksa melepaskan tahta liga kepada ATM.

Pahang pula terpaksa menelan kekalahan kedua berturut-turut. Kali ini mereka terpaksa akur dengan jaringan tunggal gol sendiri bagi memberi kemenangan kepada Perak 1-0. Pahang perlu bangkit semula dalam perlawanan seterusnya bagi mengelakkan tertinggal lebih banyak mata. Namun perlawanan seterusnya adalah kental iaitu Kelantan.

Kelantan bangkit dari kekalahan minggu lalu dengan membenam musuh setempat, Terengganu 2-0. Lain-lain keputusan sila lihat gambar seterusnya.


Kedudukan carta liga terkini sehingga 19 Febuari 2013




Tuesday, 19 February 2013

Kemalangan di persimpangan lampu isyarat 'flyover' Batu 6 Kuantan-Gambang




18 Fabuari 2013, Kemalangan di persimpangan lampu isyarat 'flyover' Batu 6 (Persimpangan Jalan Kuantan – Pekan  dari Jalan Kuantan – Gambang berhampiran KIPSAS / Masjid KIPSAS / DIC) Kemalangan sekitar jam 10 malam itu melibatkan sebuah Naza Citra,  Proton Waja dan sebuah motosikal Yamaha RXZ. Penunggang RXZ dikhabarkan patah kaki.


Menurut sumber, lampu isyarat disitu mengalami kerosakan pada laluan dari arah Kuantan (dari Gambang dan dari Pekan ok je). Waja dikatakan langgar lampu, Naza pulak datang dan langgar WAJA. Tak pasal-pasal WAJA terseret langgar RXZ yang tengah tunggu lampu dari arah Pekan. Penunggang RXZ mangsa keadaan...

Berita dan gambar dari fecebook 'i love pahang'





[Gambar] Banjir kilat melanda Puchong (IOI Mall, LDP) 18 Februari 2013



Puchong Selangor : Banjir kilat telah berlaku petang semalam di sekitar kompleks membeli belah IOI Mall dan turut menenggelamkan sebahagian Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) hadapan IOI Mall. 

Berikut gambar-gambar kejadian banjir yang melanda Puchong semalam (gambar dari facebook...ramai orang)











Memang sadis...terkenang aku ketika banjir seperti ini melanda Kuantan pada Disember 2012

Sunday, 17 February 2013

[Gambar] Kemalangan BMW di Lebuhraya Pantai Timur dekat Gambang


Petang 17 Febuari 2013, satu kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW berlaku di Lebuhraya Pantai Timur selepas susur masuk dari Gambang, sebelum RNR Gambang. Kalau dilihat pada keadaan kereta berkenaan, memang teruk..kemek depan belakang kiri kanan...tercabut sana sini. Dijangkakan kereta terbabas dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan yang turun kejap-kejap. Kemalangan menyebabkan kesesakan seketika.....Mari lihat sedikit shoot dari jurukamera tak berkategori ni....

 Mula-mula jumpa tayar dan rim BMW (kanan tu..)....
depan sikit absorber BMW(tengah)

 Seterusnya..tu kat tengah...grill depan BMW

Ni kereta Encik Polis yang membantu mengawal keadaan

Antara benda yang dibawa bertaburan (kanan)...
Bahagian depan BMW yang kemalangan (kiri)

Tuu diaaa...BMW yang dah terbalik..kemek dan tercabut sana-sini

Malang memang tidak berbau...semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita.....

[Video] Penderaan kanak-kanak di Kuantan : Bapa saksi pembantu rumah lambung anak hingga jatuh menerusi CCTV


Kuantan lagi..Kuantan lagi...Nilah yang dikatakan dah diberi rezeki, tapi dipersiakan...apahal? Pasal kes dera budak-budak kecik la...

Sebelum cuti Tahun Baru Cina 2013, kecoh pasal sorang budak kena dera dengan pengasuh di pusat jagaan di Perkampungan Indera Sempurna (dekat-dekat rumah aku je ni...). Sampai sekarang tak tau la apa perkembangannya.

Semalam di Bukit Setongkol Kuantan pula disajikan dengan aksi pembantu rumah yang baru kerja sehari...sehari tu... Apa dia buat? Dia sudah lambung-lambung sampai jatuh anak kecik berusia 4 bulan tu. Tapi telah terkantoi dengan majikannya yang menonton aksi berkenaan melalui CCTV yang dipasang ketika sedang minum pagi.. apalagi...call jiran kasi selamatkan anak tu la...

Berikut adalah video pembantu rumah lambung anak berkenaan hingga jatuh menerusi CCTV



Takde kerja..mintak kerja...dah dapat kerja, dipersia...macam lagu Senario..

Saturday, 16 February 2013

Liga Super : Selangor Red Giant rampas tahta liga, Johor Darul Takzim hampir kempunan

Selepas sepak bola Liga Super berehat seketika, stadium kembali gegak gempita dengan sorakan penonton bermula semalam. Sesudah sepak bola berakhir malam tadi, Selangor kembali merampas kedudukan nombor satu dripada pendahulu sebelum ini, Pahang Darul Makmur.

Selangor yang turun tanpa Amri Yahya, memanjat tempat pertama buat sementara waktu setelah menewaskan Kelantan The Red Warrior dengan keputusan 2-0 di Shah Alam. Kedudukan ini berkekalan setelah Lion XII berjaya menjinakkan Pahang dengan keputusan 3-0

Nun di selatan, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mencatat kemenangan ke tiga setelah menewaskan Skuad T-Team 1-0. Walaubagaimanapun serangan T-Team tetap mencemaskan kubu JDT sehingga hampir-hampir menjadikan keputusan seri.

Sehingga kini, JDT yang dibarisi ramai pemain 'bintang' masih belum kelihatan dapat mengeluarkan taring sebenarnya..Belum lagi nampak menang besar-besar defisitnya. Harap-harap pelaburan yang dilakukan dapat pulangan yang baik.

Felda United pula telah ditewaskan oleh adik Red Giant iaitu Selangor PKNS 1-3. Keputusan penuh dan kedudukan semasa (16/02/2013) sila lihat gambar  (daripada sokernet):

Keputusan perlawanan semasa (16 Febuari 2013)


Kedudukan Liga Super semasa (16 Febuari 2013)

Pss: tadi tengok siaran kat tv ada gak player yang tak bleh score walau dah ternganga je gol tu...nasibbbb..

Friday, 15 February 2013

Kemalangan Jalan Kuantan-Gambang dekat Cowboy


Foto dari facebook I love Pahang (Kuantan & Mat Yani)

14 Febuari 2013...Inilah kemalangan yang berlaku petang semalam di Jalan Kuantan Gambang, selepas Cowboy dan depan kedai tayar. Kemalangan mengakibatkan kesesakan lalulintas yang amat teruk. Dari arah Kuantan sesak, panjang berkilometer. Semua kenderaan kena turun satu persatu depan kedai tayar sebab jalanraya dah kena halang dengan kenderaan yang kemalangan...Tapi dari arah Gambang pun sesak sebab orang memperlahankan kenderaan nak tengok. Kalau tengok secara 'live' semalam, memang ngeri laaa....

Dikhabarkan kemalangan mengakibatkan pemandu van meninggal dunia....Mengikut saksi yang ada kat situ, lori panjang tu nak buat u-turn (dari simpang kedai) so, memang akan ambik jarak sikit. kereta depan van tu dah masuk lane lain bila tengok lori tu nak u-turn....mungkin pemandu van tu yang tak perasan....sebab tu langgar terus lori tu kat bahagian tengah. Jalan tu lurus je..

Jalan kat sini memang lurus..banyak yang laju-laju....

[Gambar] Akibat meraikan 14 Febuari..dicekup separuh bogel



Pagi-pagi Jumaat dah ni......Semalam pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengadakan operasi di sekitar Kuala Lumpur. Masih terdapat mereka yang memadu kasih sempena hari kekasih yang ditahan.

 Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.




Seorang lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih. Ketika ditahan, wang sebanyak RM15,000 turut ditemui. Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.


Antara pasangan yang ditangkap khalwat di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.



Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.

Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.


Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan 
ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban.

Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.


Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan.

Foto dan berita:  SinarHarian

Thursday, 14 February 2013

Hari-hari adalah kekasih..


Hari ini 14 Febuari, memang hari yang ramai orang ingat. Sebab ada pihak yang merayakan 'hari kekasih' a.k.a 'Hari Valentine atau Hari Santo Valentine'. Menyambut 'hari kekasih' ini adalah HARAM bagi orang Islam. Ini kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam. Hari kekasih mempunyai unsur agama Kristian.

Hari kekasih ini disambut oleh orang Kristian bagi memperingati seorang Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap.

Satu ketika, negara Malaysia digemparkan dengan satu gerakan merayakan 'hari kekasih' ini dengan tidak memakai seluar dalam, atau dalam erti kata lain hari tanpa seluar dalam (no panties day). Mereka yang ingin bertemu kekasih hati mereka ini perlu bertemu dengan tidak memakai seluar dalam. Untuk apa??...Kan jauh terpesong tu.

Sebenarnya setiap hari adalah hari kekasih...setiap masa. Tidak perlu adanya hari tertentu bagi meraikan kekasih..

Love..


Wednesday, 13 February 2013

Minuman Jus Buah vs Minuman Buah


Korang suka tak minum aair buah-buahan? Tahukah korang bahawasanya minuman buah mungkin mengandungi serendah 5% jus buah-buahan? Manakala minuman jus buah mungkin mengandungi serendah 35% jus buah-buahan.

Peel Fresh : Produk keluaran Marigold

Ramai orang menganggap bahawa minuman buah dan minuman jus buah adalah minuma yang sama! Sebenarnya tanggapan ini adalah salah. Ia adalah dua jenis minuman yang berbeza. Walaupun ditambah dengan sari, minuman buah bukannya minuman jus buah. Mulai sekarang...fikir elok-elok...

Tropicana Twister : Produk Tropicana

Menurut Akta Makanan 1983 (Akta 281) (Akta & Peraturan Makanan 1983 (Akta 281), Kenyataan 352 (1) dan Kenyataan 353 (1) ), minuman buah patut mengandungi tidak kurang daripada 5% jus buah-buahan. Manakala minuman jus buah-buahan patut mengandungi tidak kurang daripada 35% jus buah-buahan. Ada produk yang dipasteur untuk mengekalkan kesegaran dan kebaikan semulajadinya.

Bagaimana hendak mengenali minuman jus buah-buahan?

Labelnya tertulis "Minuman Jus Buah"
Baca dengan teliti label produk yang anda hendak beli. Kalau "minuman buah" mungkin hanya ada 5% jus manakala "minuman jus buah" pasti mengandungi sekurang-kurangnya 35% jus buah

Mesti disimpan sejuk sepanjang masa
Kebanyakan minuman jus buah dipasteur. Ini bermaksud ianya perlu disimpan sejuk sepanjang masa (letak dalam peti ais). Namun, terdapat juga produk minuman buah yang diperagakan di tempat sejuk di kedai bagi mengaburi mata pembeli. Jika kita nampak produk minuman tu ada kat peti ais dan ada ditempat yang tak sejuk....maknanya memang minuman buah saja lah tu...letak seminggu kat luar pun tak rosak

Mempunyai tarikh luput yang lebih singkat
Minuman jus buah mempunyai tempoh hayat / tarikh luput lebih singkat berbanding minuman buah. Minuman buah boleh diletakkan dirak selama berbulan-bulan tanpa perlu suhu sejuk.

Yaaaa....sekarang penggemar air buah sudah mempunyai fakta. Buatlah pilihan terbaik anda....

Minuman jus buah = sekurang-kurangnya35% jus buah
Minuman buah = sekurang-kurangnya 5% jus buah



Dipetik dari akhbar Kosmo 07/07/2013 halaman 9 -

Tuesday, 12 February 2013

Buaya paling besar mati di Philipina



Lolong : buaya air masin paling besar

Buaya air masin paling besar dalam kategorinya telah mati di Philipina, 17 bulan selepas ia di syaki membaham manusia (budak sekolah perempuan dan nelayan pada September 2011) dan diletakkan sebagai pameran kepada umum.
 
"Lolong" mempunyai ukuran 6.17 meter (20.24 kaki) mati pada malam Ahad lalu disebabkan penyakit misteri.

Buku Guinness of World Records telah mengistiharkan Lolong sebagai buaya paling besar dalam kategorinya pada tahun 2012. Ini seklaigus menewaskan pemegang rekod sebelum ini iaitu Cassius (5.48 meter) yang dipelihara di Queensland Australia
 

World's largest crocodile dies in Philippines

Lolong : world's largest saltwater crocodile

The world's largest saltwater crocodile in captivity has died in the Philippines, 17 months after the suspected man-eater was hunted down and put on display for tourists, according to his caretakers.
 
"Lolong", who measured 6.17 metres (20.24 feet), died on Sunday night from a mystery illness inside his small enclosure in Bunawan, a backwater town in the country's remote south.

A government-sanctioned hunting party caught Lolong in a sprawling marsh close to Bunawan in September 2011 after it was suspected of biting the head off a young school girl and of eating a fisherman.
 
The Guinness Book of World Records last year officially declared Lolong the largest crocodile of its kind in captivity. It dislodged Cassius, a 5.48-metre crocodile kept in a park on an island off Australia's Queensland as the previous record holder.
 

Monday, 11 February 2013

Limau dan kaitannya dengan Tahun Baru Cina

Pabila tiba perayaan Tahun Baru Cina, pasti kita akan melihat longgokan limau di sana sini, Ibaratnya satu buah yang menjadi kemestian dalam perayaan ini. Tapi apesal limau? Kenapa tak kelapa ke..pisang ke..epal ke..why..why??

Sebenarnya, warna oren pada limau tu menjadi lambang keharmonian dala kehidupan orang cina. Sebab tu limau dipilih sebagai buah utama dalam peprayaan ini...

Disamping itu, limau ni juga berkhasiat...apa ye?

Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.

Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.

Sunday, 10 February 2013

Warna merah dalam Tahun Baru Cina


Bila Tahun Baru Cina sahaja, mesti warna merah menyelubungi seluruh persekitaran. Tanglung merah, kertas merah, baju merah, seluar merah, bra merah, seluar dalam merah, stokin merah, kasut merah, topi merah semua nak merah...cat pun merah. Yang palin best 'ang pow' merah...hihii..Tak percaya? Cuba pergi pasaraya, pasti yang bewarna merah ni akan diletakkan dibahagian paling hadapan. Tengoklah iklan-iklan pakaian yang tertentu, pasti temanya adalah merah..merah..merah..red..red.

uuu...merah nya amoi...ada brani pakai?

Apa kaitan warna merah dengan Tahun Baru Cina?

Warna merah sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Saturday, 9 February 2013

Perginya Pakar IT Malaysia, Azli Paat






Selain negara kehilangan seorang seniman (Yahya Sulong), Malaysia juga turut meratapi pemergian seorang Usahawan dan Pakar IT Azli Terhebat di Malaysia Paat yang meninggal dunia petang Rabu lalu dalam usia yang muda.


Menurut Astro Awani, allahyarham yang dikatakan mengalami demam sejak beberapa hari menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6.45 petang di rumahnya di Segambut.

Azli merupakan penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728) yang digunakan untuk menggerakan sistem Rakan Cop yang dibangunkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga merupakan individu yang terbabit dalam pengwujudan sistem besepadu mySMS 15888 untuk kerajaan Malaysia yang membolehkan pesanan tanpa sempadan diantara pelbagai syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia.

Azli juga merupakan ahli lembaga dan presiden Persatuan Pembekal Pengisian Mudah Alih Malaysia.
Dikalangan rakan-rakanya, Azli merupakan seorang yang kurang tidur kerana sering ke udara melalui corong radio samaada di tengah malam, dinihari mahupun tengahari.

Beliau merupakan pakar rujuk bagi beberapa rancangan IT di radio dan televisyen termasuk di Astro Awani. Kebolehannya untuk memberi ulasan dan penjelasan tentang IT dalam Bahasa Malaysia telah menjadikan beliau seorang pakar rujuk yang mempunyai ramai pengikut.

Azli mula dikenali ramai sebagai pakar rujuk bidang IT melalui pembabitannya dalam rancangan IT di KLFM sekitar tahun 90an.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Pedada Kuning, di Batu Pahat, hari Khamis.

[Gambar] Kesesakan di Tanjung Karang : CNY 2013

Kalau cuti perayaan, memang tak dapat dipisahkan dengan kesesakan lalulintas. Harini, aku menghabiskan masa hampir setengah jam sahaja untuk melepaskan diri dari kesesakan di Tanjung Karang. Seawal jam 9 pagi kenderaan dah bersusun dari Petronas Assam Jawa sampai la ke lampu isyarat dekat sekolah Dato' Haron / Mesjid Tanjung Karang. Hahahaaaa.....memang macam siput la geraknya. Lagi kasihan bagi yang menggunakan jentera manual. Kejap-kejap tekan clutch..minyak..brake..Kalau pukol 12 tengahari agak-agak panjang mana la ye kesesakannya.....

 Dah dekat dengan simpang Hospital Tanjung Karang

 Apesal buruk sangat la papan tanda kedai ni...

Sabo je la...tak bergerak

Yeahhh...nampak traffic light tu? Garisan penamat jemm ini...(turun jambatan)

Amacam? Ada brani datang?