Wednesday 2 October 2013

Teh O 30 sen, Nasi Lemak 60 sen


Bila harga minyak naik..maka golongan peniaga akan terkena tempias...barang pun naik..harga makanan naik. Tapi ada satu kedai makan ni masih 'steady' dengan harga makanan yang kalau orang dok bandar tengok seperti tak masuk dek akal

Alhamdulillah...Berbekal RM1, masih boleh menikmati sarapan pagi dengan secawan teh-o dah sebungkus nasi lemak ikan. Itupun masih berbaki 10 sen!!! Mana nak cari kalau ditengah-tengah bandaraya?

Inilah kelebihan gerai makan yang terletak di Kampung Losong Atap Zin Kuala Terengganu, milik Puan Sinah Sulaiman yang berusia melebihi 50 tahun. Mesra dengan panggilan Kak Nah, beliau tidak menaikkan harga makanan dan minuman di gerainya sejak sekian lama..

Senarai harga minuman Gerai Kak Nah Kampung Losong Atap Zin. Tak percaya?

Pelbagai jenis kuih (4 seringgit...besar pulak tu), nasi lemak pelbagai lauk, nasi minyak, sate, roti canai dan macam-macam lagi menu disediakan. Palng menarik perhatian aku ialah kuih yang aku panggil 'belimbing goreng'...ntah apa la nama sebenar kuih tu. Air yang diminta juga tidak menunggu masa lama untuk diterima...sekejap sahaja dah siap.

Waktu bayar...terpampang didinding keratan akhbar gerai Kak Nah masuk suratkhabar, gambar-gambar ketika warga kerja gerai Kak Nah diwawancara oleh stesen TV Al-Hijrah. Mencuri tumpuan apabila melihat kaedah Kak Nah mengira harga dan memulangkan duit baki kepada pelanggan. Menakjubkan !!!

Lokasi gerai

Kepada yang nak menikmati menu dan situasi menarik ini, jangan lupa berkunjung ke gerai makan Kak Nah di Kampung Losong Atap Zin. Gambaran lokasi adalah bertentangan dengan PASTI Pintar Losong Dato' Amar, sebelum simpang Masjid Makmur Losong Dato' Amar, dalam 200 meter sebelum ke Muzium. Kalau anda nak ke Masjid Kristal pasti anda akan jumpa di sebelah kiri.

6 comments:

  1. Replies
    1. meman jauh...kebetulan ter singgah gerai ni...kitorang ada trip ke TNB kenyir...masa tgk harga kt dinding tu terpikir harga lama tu...waktu bayar mmg harga terpampang tu la yg di kira...

      Delete
  2. Murahnya makanan kat sini. Kampung akak masih ada lagilah nasi lemak bungkus 60 sen tapi air tak tau pulak sebab selalu beli bawak balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba bungkus air pulak...pasti boleh tau berapa harga airnya...tp mmg susah sangat-sangat la nak jumpa harga macam ni

      Delete
  3. coordinat - 5.3178802,103.1120761

    ReplyDelete