Wednesday, 16 October 2013

Resepi Chef Ammar : Menu Aidil Adha

Taraaa.....ini dia resepi masakan Chef Ammar yang ditayangkan kat tv tadi....Nasi mandi, kambing masak merah dan salad. Sesiapa nak masak boleh cuba ikut resepi ini (resepi asal dari laman facebook Masak Dari Hati Masak with Iman)




Kambing Masak Merah Chef Ammar Stylo

Bahan-bahan (Ingredients)

1. Daging Kambing 10 Kg
2. Tomato paste 500 grams
3. Tomato segar 1 kg
4. Minyak Zaitun Minsyam Products 2 Botol Besar (150 orang makan)
5. Halia segar 500 grams
6. Serai segar 500 grams
7. Bawang putih 500 grams
8. Bawang besar 1 kg
9. Lengkuas segar 200 grams
10. Daun limau 50 grams
11. Cili Kering 500 grams
12. Buah Pelaga 20 grams
13. Al Kayu Al manis 25 grams
14. Bunga lawang 20 grams
15. Bunga cengkih 20 grams
16. Daun bay 10 numbers
17. Lada Hitam Secukup rasa
18. Gram Secukup rasa
19. Air 10 Liters

Cara-cara masak

1. Potong daging berbentuk kiub
2. Rebus Cili kering dan kisar halus
3. Tomato dipotong wedges
4. Halia, Serai, languas,bawang putih, bawang besar di kisar halus
5. Panaskan minyak 2 botol besar campurkan halus serai lengkuas bawang puti bawang besar dan tumis sehingga kuning keemasan
6. Masukkan bunga lawang Al kayu Al manis bunga cegkih buah pelage daun limu dan daun bay
7. Masukkan cili kering dan tumis sehingga mendidih
8. Masukkan daging kemudian tumis dengan bahan bahan di ata. Dan masukkan Air.
9. Masukkan tomato wedges dan tomato paste rebus daging sehingga empuk
10. Masukkan garam and ladah hitam secukup rasa




Nasi Hari Raya Eid Al Adha ( Nasi Mandi )

Bahan-bahan (ingredients)

1. Beras basmati 10 Kg
2. Air 15 liters
3. Rempah Chef Ammar 6 sudu besar
4. Cili padi 20 grams
5. Bawang putih 500 grams
6. Bawang besar 700 grams
7. Dau bay 10 grams
8. Minyak zaitun Minsyam Products 1 Botol Besar
9. Saffron powder 10 grams
Cara-cara masak
1. Cuci Dan rendam Beras basmti selama 30 minutes
2. Panskan Minyak zaitun minsyam dan tumis bawqang besar, bawang putih, buah pelage bunga lawang cili padi dan daun bay sehingga bawang besar berwarna keemasan
3. Masukkan rempah Chef Ammar dan tumis sehingga naik bau
4. Masukkan beras yang telah dicuci dan kacau sehingga rata
5. Masukkan air yang telah disukat dan garam serta lada hitam secukup rasa
6. Masukkan saffron powder dan kacau sehingga rata
7. Masak nasi selama 45 minit atau sehingga air kering .


Arabic Salad bersama kacang Botol with Chef Ammar Khaal Minsyam Dressing

Bahan-bahan (ingredients)

1. Kacang botol 500 grams
2. Timun 1 kg
3. Tomato 2 kg
4. Cili padi 200 grams
5. Daun pudina 100 grams
6. Bawang besar 500 grams
7. Minyak zaitun minsyam secukup rasa
8. Dressing khaal/pati kurma minsyam secukup rasa
9. Madu minsyam secukup rasa

Cara-cara masak
1. Kacang botol dihiris kasar
2. Timun,tomato dan bawang besar dipotong kiub
3. Cili padi dihiris halus
4. Daun pudina di potong kasar
5. Gaulkan semua bahan-bahan tersebut.

Chef Ammar
Masak Dari Hati Masak with Iman 


No comments:

Post a Comment