Friday, 4 October 2013

Percutian ke Terengganu

Na na na na na Ganu kite....begitulah antara bait-bait lirik lagu Blues Terengganu Kite nyanyian kumpulan Iklim yang pernah popular satu ketika dahulu. Lagu yang menceritakan tentang keindahan dan tempat-tempat menarik di negeri Terengganu

Ini bukanlah percutian sebenar. Cuma program sampingan dalam misi lawatan akademik bersama para pelajar. Walau sampingan...ia tetap menarik.

Stesen Janakuasa Sultan Mahmud TNB Kenyir

Destinasi pertama adalah tempat lawatan iaitu Stesen Janakuasa Sultan Mahmud milik TNB yang terletak di Tasik Kenyir. Stesen ini menghasilkan tenaga elektrik dengan kapasiti 4x100 MW menggunakan sumber air (hidro). Tasik ini berkeluasan 369 meter persegi. Sangat luas jika dibandingkan dengan keluasan Kuala Lumpur yang hanya seluas 244 meter persegi. Terletak 15 km dari arah barat Kuala Berang dan 55 km dari arah barat Kuala Terengganu.

Selesai lawatan, kami mencari kedai untuk makan tengahari. Menggunakan bas menjadikan agak sukar untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkannya (parking). Kami singgah di Mujarab Selera Kampung yang terletak di Pengadang Baru Kuala Terengganu. Kedai ni terletak di sebelah stesen minyak Petronas. Memang banyak lauk yang disediakan. Sedap dan murah pulak tu. Tapi kalau ambil ketam,kerang satu pinggan membukit tu sendiri faham laaa...heheee. Kami makan ber-6...kena bayar RM22.00 (dapar air free sebab geng cikgu...Alhamdulillah).

Selesai makan, kami bergerak ke penginapan iaitu Villa Sri Nilam Homestay yang terletak di Chabang Tiga Kuala Terengganu. Sekali lagi bas mengalami kesukaran sebab masuk kawasan kampung. Tapi nasib baik Pemandu kami cukup berpengalaman...

Villa Sri Nilam Homestay Chabang Tiga

Terpegun seketika melihat keindahan homestay yang bakal kami tiduri. Pehhhh...memang berbaloi-baloi. Rumah Banglow Semi-D dua tingkat yang kalau harga dalam talian RM480...harga call ejen RM400...harga call owner kurang dari itu la...heheee...berbaloi-baloi...ada 3 unit yang boleh disewa. Rumah ni tak jauh dari Giant, Mydin, Muzium Negeri Terengganu, Masjid Kristal & Pulau Wan Man. Dalam 15-20 minit la kalau nak pergi Bandaraya Kuala Terengganu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan UMT. Satu rumah ada 4 bilik....berbaloi la kalau duduk satu famili besar.

Selesai letak barang kami ke Kampung Pulau Rusa untuk program bersama komuniti. Masak-masak lauk kampung dan mengagihkan bubur pulut hitam di rumah yang berhampiran. Nama Pulau Rusa bukan kerana ada rusa. Namun kerana sebatang Pokok Rhu...jadi orang panggil pokok Rhu Se..Rhu Se...akhirnya jadi Rusa...

Para pelajar sedang membungkus bubur pulut hitam untuk diagihkan

Hari ke-2;

Kami memulakan perjalanan menuju Masjid Kristal .Singgah sebentar sarapan pagi di Gerai Makan Kak Nah Kampung Losong Atap Zin. Saya dah cerita kehebatan gerai ni pada post yang lalu. Harga memang tak masuk dek akal bagi orang yang biasa tinggal di bandar...Memang cukup murah harga makanan dan minuman kat gerai ini. Anda mesti singgah !!!

Gerai Kak Nah Kampung Losong Atap Zin...harga memang murah

Selesai sarapan, kami ke Masjid Kristal. Ambil gambar sikit-sikit, makan aiskrim susu kambing. Nak beli cenderahati harga agak mahal la kat kawasan ni..heheee...nak masuk Taman Tamadun Islam tengok replika masjid seluruh dunia kena bayar RM20.

Masjid Kristal

Aiskrim susu kambing..RM2

Kemudian kami ke Pasar Payang, beli baju la apa lagi...kalau duit banyak tak habis mau satu pasar kena borong. Hehehee...Sebelum sampai kami melalui Dataran Syahbandar dan melihat dari jauh Pulau Warisan. Pulau Warisan ni adalah pulau buatan manusia yang ditambak dalam Sungai Terengganu. Masa kami lalu ni, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan selepas program "Terengganu Boat Parade 2013".

Orisahanif Enterprise, Kampung Losong Haji Su

Destinasi seterusnya adalah memborong keropok keping dan keropok lekor kat Orisahanif Enterprise, Kampung Losong Haji Su Kuala Terengganu. Terkenal dengan nama 'Ori'. Kedatangan kami dijamu dulu dengan keropok lekor percuma (untuk rasa laaa...). Yang penting percuma kata pelajar-pelajar yang ikut serta.

Air Terjun Chemerong, Dungun

Destinasi terakhir sebelum sampai ke Bandar Kuantan....melalui Lebuhraya Bukit Besi...masuk jalan dalam...kami singgah di Air Terjun Chemerong dalam kawasan Hutan Simpan Pasir Raja daerah Dungun. Tempat ni untuk aktiviti mandi-manda...berkelah..menenangkan jiwa..panjat bukit..berkhemah. Masa datang dulu (lama dah..3 tahun dulu kot) masuk percuma. Tapi sejak bulan April 2013 masuk dah kena bayar RM2/seorang.

Lewat petang kami pun bertolak pulang ke Kuantan....Abess doh !!

Kat mana makan murah dan sedap? homestay murah dan berbaloi kat Kuala Terengganu? Hanya di sini...

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete