Wednesday, 16 October 2013

Rezeki Aidil Adha

10 Zulhijjah 1434H bersamaan 15 Oktober 2013...Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kali ini aku menyambut di 'perantauan'....Perantauan la sangat...hehee...kat Kuantan sahaja. Tapi aku rasa macam kat Terengganu dan Kelantan pulak bilamana orang-orang keliling cakap dialek 2 negeri berkenaan. Teringat ketika aku menyambut Aidil Adha di Bumi Kenyalang pada tahun 2004 hingga 2007...Sama juga dialek nya...hehee...

Tahun ini, aku solat sunat hari raya kat Masjid Al-Bukhari Nurul Aman Perkampungan Mahkota Aman Batu 10 Kuantan aje. Jam 7.45 dah  mula takbir..Jam 8.30 solat sunat..Selesai dalam jam 9 pagi. Yang menariknya, dalam ramai-ramia yang bertakbir tu ada satu suara yang cukup menarik perhatian aku. Tiba-tiba aku terinat kepada 'kaset hijau gambar mesjid' - koleksi 16 lagi hari raya... Suara yang bertakbir tu sebijik sama macam suara takbir dalam kaset tu.. Aku pun tak kenal siapa dia..tapi agak 'rock' jugak la rambut dia...

Kemudian ibadah korban pun bermula. Ada 9 ekor lembu kesemuanya. Alhamdulillah...Sebelum jam 12 semuanya dah selesai. Anggota kerja ayang ramai (bukan ramai menonton) menjadikan kerja berjalan dengan lancar dan pantas..

Program korban Masjid Al-Bukhori Nurul Aman - 9 ekor !!

Alhamdulillah...orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita merasa...dapat la ada kawan beri tulang.. Sesuai buat sup la ni...Daging juga diagihkan pada ahli kariah.

Tahun ini Isteri aku masak rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit dan pulut... Jiran-jiran juga ada beri juadah seperti kuah kacang, nasi pelangi dan ayam masak merah untuk dirasai seisi keluarga. Terima kaseh keluarga En Din dan Pakcik Rahim.

Rezeki Aidil Adha keluarga aku tahun ini..Alhamdulillah

Selamat meraikan Aidil Adha....

No comments:

Post a Comment