Tuesday 4 June 2013

Touch n Go percuma : Siapa Nak ?


Putrajaya: Sebanyak 5,000 kad Touch n Go percuma akan diberikan kepada pengunjung bertuah di Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi 2013 yang akan berlangsung di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 Jun ini.

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ikshan berkata, program berkenaan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kementerian serta agensi yang terbabit.

Disamping itu, seramai 1,500 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dijangka menyertai Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung 7 Jun ini.

Kanak-kanak yang berminat menyertai pertandingan mewarna ini boleh membuat pendaftaran melalui email csd@kwpkb.gov.my.


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan menyediakan perkhidmatan komuter secara percuma dari Stesen Petaling, Pantai Dalam dan Angkasapuri ke KL Sentral untuk kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna ini.


Sumber : hmetro

No comments:

Post a Comment