Harga S-Series pada Mac 2013 (paultan.org)
Beberapa hari lepas, tersebar di dada akhbar bahawa 10 model kereta di pasaran Malaysia telah turun harga. Bagaimanapun Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melaksanakan penurunan ini lebih awal dalam bentuk pelancaran Siri-S, baru-baru ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penurunan harga itu dilaksanakan dengan membantu pelanggan menurunkan kos pemilikan kereta secara keseluruhan.
Selain mengurangkan harga kereta, Perodua turut memberi nilai tambah dari segi aksesori dan servis percuma selama tiga tahun, bukan sahaja kepada Siri-S malah untuk semua model.
Dengan penurunan harga dan pakej servis percuma selama 3 tahun.....mungkin inilah masa terbaik bagi yang ingin memiliki Perodua....
No comments:
Post a Comment