Malam ini aka berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA 2013 menemukan 2 gergasi dari Pantai Timur dan Selatan. Kelantan diramal mampu mempertahankan kejuaraan Piala FA ketika berdepan
Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil,
malam ini.
Sepanjang perjalanan dari Kuantan-Selayang-Bangi tadi, memang terdapat banyak kenderaan tak kiralah kereta, pacuan empat roda, MPV, bas mahupun motosikal yang mengibarkan bendera pasukan yang disokong. Yang datang ke kenduri kahwin tadi pun ada yang siap pakai jersey pasukan pujaan....makan bola.
Tempias bola ni memang boleh tahan laa...Lalu Jalan Duta tadi, sekali jem...rupenye ada pihak berkuasa menahan sebuah kenderaan penyokong nih...aisyehhh....semua pakat nk tengok...jemmm...
Yang paling dasyat ketika di lebuhraya Utara Selatan (sambung lebuhraya KL-Seremban)....umak aiii...dari arah selatan kesesakan bermula selepas exit Kajang sehinggalah ke Plaza Tol Sungai Besi....berterusan selepas itu sampai ke stesen minyak Shell. Siap ada Polis jaga kat situ...(Siap ada bendera JDT kt situ)...Rata-rata kenderaan yang bersesak tu membawa bendera pasukan JDT mahupun TRW.
Siapa akan menang? Kita tunggu malam nanti !!! Pasti akan ada pasukan yang pulang dengan kemenangan dan satu pasukan pulang dengan kekalahan !!!
No comments:
Post a Comment