"Man Of Steel" - filem terbaru francais Superman;
adiwira pertama dunia ini kembali dengan sentuhan Zack Snyder yang
terkenal dengan filem-filem menggunakan teknik super-imposition chroma key
("300", "Watchmen"), selain diterbitkan oleh Christopher Nolan,
pengarah yang kini diraikan kerana berjaya menaikkan semula francais
Batman, dan ditulis oleh David S. Goyer, orang yang sama yang mereka
skrip untuk trilogi Batman.
Malah, para artis komiknya seperti Grant Morrison, Mark Waids, Geoff Johns, dan Brad Meltzer turut menyumbang idea buat filem reboot ini.
Morrison, Waids, Johns dan Meltzer hanyalah beberapa penulis komik yang terlibat dalam penghasilan komik Superman, yang sudah bermula sejak tahun 1933 lagi apabila dicipta oleh dua rakan sekolah menengah Jerry Siegel dan Joe Schuster.
Bersempena dengan tayangan "Man Of Steel" di pawagam bermula hari ini (13 Jun), kami senaraikan antara komik-komik Superman yang menjadi kegemaran para pengikut adiwira ini.
"Whatever Happened To The Man Of Tomorrow?" (Superman #423, 1986)
Penulis komik Alan Moore dan para artisnya, Curt Swan, George Perez, Kurt Schaffenberger dan Murphy Anderson, menghasilkan kisah tragik tentang hari-hari terakhir Superman dan sekutunya dalam komik dua bahagian ini. Ada banyak kisah yang menarik - yang diceritakan dari sudut pandang Lois Lane, termasuk saat di mana Superman mendedahkan identitinya sebagai Clark Kent, dan dimana wartawan fotografi Jimmy Olsen Moore dan Lana Lang menggunakan kuasa untuk kali terakhir demi membantu Superman melawat sekumpulan antagonis.
Ia juga merupakan kisah terakhir daripada Era Silver (1956-1970), sebelum memberi jalan buat siri reboot moden penulis John Byrne, "The Man Of Steel".
"For The Man Who Has Everything?" (Superman Annual #11, 1985)
Untuk meraikan hari jadi Superman, penulis Alan Moore dan pelukis Dave Gibbons menghasilkan sebuah kisah di mana hari jadinya di Fortress Of Solitude yang sepatutnya disambut bersama Wonder Woman, Batman dan Robin diganggu oleh makhluk asing Mongul yang telah menggunakan sejenis tumbuhan ekstra-terestrial untuk menewaskan adiwira terulung itu,
Kerana keunikan ceritanya, kisah dalam isu ini telah dicalonkan untuk kategori Isu Solo Terbaik Anugerah Jack Kirby 1986.
Superman: Red Son Vol. 1 - 3 (2003)
Dalam siri mini Elseworlds ini, penulis dan pelukis komik Mark Millar, Dave Johnson, Killian Plunkett, Andrew Robinson dan Walden Wong cuba membawa kisah Superman ini kepada satu persoalan dan dimensi baru: Bagaimana jika Superman mendarat di Soviet Union (yang kononnya kini menjajah hampir seluruh dunia) manakala Lex Luthor pula mengawal Amerika Syarikat? Bagaimana jika Superman harus melawan 'askar-askar' Luthor, termasuk Green Lantern dan Wonder Woman?
Siri ini mendapat sambutan meriah dari para peminat dan pihak pengkritik, sehingga berjaya dicalonkan di Anugerah Eisner 2004 untuk kategori Siri Terhad Terbaik.
Kingdom Come Vol. 1 - 4 (1996)
Dalam 4 isu siri Elseworlds ini, penulis dan pelukis Mark Waid dan Alex Ross cuba memaparkan konflik antara adiwira tradisional (Batman, Wonder Woman dan Justice League) dan vigilante DC baru yang bersifat lebih agresif dan tidak terkawal (Magog, Captain Atom, Judomaster dan yang lain-lain).
Waid dan Ross juga menguji kepercayaan Superman sendiri apabila dia terpaksa kembali dari persaraan untuk menyelesaikan isu tersebut, sekaligus memimpin mereka semua dalam menentang Lex Luthor.
Antara watak terkenal yang turut muncul dalam siri ini termasuk Batman, Captain Marvel, Green Lantern, Sandman, Aquaman, Selina Kyle dan Hawkman.
"The Death Of Superman" (Superman Volume 1 #149, 1961)
Antara kisah yang paling diminati ramai, dan dianggap cerita terbaik yang dibawakan oleh Jerry Siegel, Curt Swan dan Sheldon Moldoff, "The Death Of Superman" menyaksikan Lex Luthor akhirnya memenangi perlawanan abadinya menentang Superman. Namun kejayaan yang dikecapi hanya dinikmati seketika apabila rakan-rakan Superman muncul untuk membalas dendam.
"The Death Of Superman" ini merupakan satu daripada beberapa siri komik Superman yang memaparkan kisah kematian Superman, tapi menjadi antara yang paling diminati para penggemar komiknya kerana dihasilkan sendiri oleh pengasasnya, Siegel.
"Death Of Superman" (Superman: The Man of Steel Vol. 17-19, 1992)
Berbeza dengan kematian di tangan seteru abadinya, Luthor, satu lagi siri tentang kematian Superman dihasilkan oleh kumpulan penulis Dan Jurgens, Jerry Ordway, Louise Simonson dan Roger Stern, kumpulan pelakar yang turut menampilkan Jurgens, Tom Grummett, Jon Bogdanove dan Jackson Guice, juga inker; Brett Breeding, Doug Hazlewood, Dennis Janke, Denis Rodier dan Rich Burchett yang memaparkan kisah adiwira unggul ini bertemu dengan seteru yang setanding iaitu seekor makhluk berbahaya bernama Doomsday.
Watak Doomsday, si pembunuh tanpa belas ini diperkenalkan oleh siri "The Man Of Steel" ciptaan John Byrne dan direka oleh Jurgens sendiri pada tahun 1993.
Kehebatan dan kejahatannya yang tidak terlawan malah mampu menandingi keseluruhan Justice League dan memusnahkan Metropolis. Doomsday menjadi seteru baru kesukaan ramai dan dinobatkan di tempat ke-46 dalam senarai Antagonis Adiwira Terbaik Sepanjang Masa oleh IGN.
All-Star Superman Vol. 1 - 12 (2006-08)
Penulis dan pelukis Grant Morrison dan Frank Quitely menghasilkan siri maksima hebat ini mengenai Superman yang cuma memiliki setahun saja untuk hidup. Dengan kesedaran tersebut, adiwira unggul ini cuba melakukan begitu banyak kebaikan semampu dayanya sebelum kematian menjemputnya.
Antara tanggungjawabnya termasuk menyelamatkan misi pertama manusia ke matahari, menghasilkan Super-Elixir, menyelamatkan bumi dari Bizarro-Home, menewaskan Solaris dan meninggalkan formula untuk menghasilkan Superman 2.
Ramai yang memilih komik ini sebagai antara yang terbaik kerana ia turut memaparkan kisah-kisah lama dalam setiap era Superman. Malah ia turut memenangi beberapa anugerah termasuk "Siri Baru Terbaik" di Anugerah Eisner 2006 dan "Siri Sambungan Terbaik" pada tahun 2007 dan 2009.
Ia juga dianugerahkan "Artis Terbaik dan "Isu Solo Terbaik" di Anugerah Harvey 2008 selain "Komik Kegemaran Terbaru" dan "Muka Depan Terbaru Kesukaan Ramai" di Anugerah Eagle 2006 dan 2007.
Dipetik dari Tupai.com.my
ngko mmg suka kan tulis apa yg aku suka huuhuhuhu
ReplyDeletelike..like..ingat dulu ms gi Bali..org borong barang..aku borong DVD smallville..kekekekke
heheee...sekadar memenuhi citarasa....
ReplyDeleteapesal tak borong sekali costume superman