Saturday, 29 June 2013

Pengeluar kereta dan Jenama kereta popular ...kereta anda ada?

Apakah nama pengeluar kereta yang menjadi pilihan dalam carian pengguna-pengguna internet?

Berikut adalah nama pengeluar kereta yang tersenarai mengikut 'ranking'...






Setelah itu, apakah nama kereta yang mereka cari?






Adakah kereta anda tersenarai?

Jalan Duta, PLUS Highway (Sg Besi) Sesak...Tempias Final Pila FA 2013

Malam ini aka berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA 2013 menemukan 2 gergasi dari Pantai Timur dan Selatan. Kelantan diramal mampu mempertahankan kejuaraan Piala FA ketika berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Sepanjang perjalanan dari Kuantan-Selayang-Bangi tadi, memang terdapat banyak kenderaan tak kiralah kereta, pacuan empat roda, MPV, bas mahupun motosikal yang mengibarkan bendera pasukan yang disokong. Yang datang ke kenduri kahwin tadi pun ada yang siap pakai jersey pasukan pujaan....makan bola.

Tempias bola ni memang boleh tahan laa...Lalu Jalan Duta tadi, sekali jem...rupenye ada pihak berkuasa menahan sebuah kenderaan penyokong nih...aisyehhh....semua pakat nk tengok...jemmm...

Yang paling dasyat ketika di lebuhraya Utara Selatan (sambung lebuhraya KL-Seremban)....umak aiii...dari arah selatan kesesakan bermula selepas exit Kajang sehinggalah ke Plaza Tol Sungai Besi....berterusan selepas itu sampai ke stesen minyak Shell. Siap ada Polis jaga kat situ...(Siap ada bendera JDT kt situ)...Rata-rata kenderaan yang bersesak tu membawa bendera pasukan JDT mahupun TRW.




Siapa akan menang? Kita tunggu malam nanti !!! Pasti akan ada pasukan yang pulang dengan kemenangan dan satu pasukan pulang dengan kekalahan !!!

Thursday, 27 June 2013

Triumph's New Sexiest Model : Fabulous Five


Five new Triumph models were launched during the Triumph Heritage Day...More sexiest, and more powerful.


Triumph Speed Triple

The award-winning Street Triple gets a new twin beam frame and revised geometry for better handling, agility and precision. There's a new lowboy stainless steel exhaust, which lowers the centre of gravity and helps contribute to a 183kg kerb weight; a substantial 6kg less than the outgoing model. KYB suspension, 310mm floating discs with Nissian callipers and optional ABS brakes take care of handling and braking duties. With 106hp and 68Nm from its 675cc motor, this is one quick naked bike.
Price: RM59,900





Triumph Street Triple R

Distinguished by its red rear subframe, red radiator cowls, and red pinstripe detailing to the wheels, the Street Triple R adds a fully adjustable front fork, rear shock with preload and rebound adjustments as well as more powerful four-piston Nissin radial callipers to the regular Street Triple recipe. There is no added power but it should prove to be a more focussed track tool.
Price: RM64,900





Triumph Daytona 675

The Triumph Daytona 675 raises the middleweight bar yet again in 2013 with an all-new engine, new frame, sophisticated new bodywork and a host of other changes. Weighing 1.5kg, the Daytona is also faster thanks to its new engine that produces 128hp at and 75Nm of torque (a gain of 3hp and 2Nm). With the latest fixed cartridge forks from KYB, a revised rear shock, new light-weight wheels and new switchable ABS system, the Triumph Daytona 675 is ready to set the streets and track alight.
Price: RM69,900





Triumph Tiger Explorer XC

The new Triumph Tiger Explorer XC benefits from a series of well-engineered refinements to make a bolder and an even greater statement. Key to the rugged looks are new 19" inch front and 17" inch rear wheels wrapped with tubeless tyres. Powered by a 1,215cc triple, it has 137hp with 121Nm and features cruise and traction control, switchable ABS and a virtually maintenance free shaft drive. It also has long 10,000 mile service intervals and to go along with Triumph's unlimited mileage two-year warranty.
Price: RM115,900





Triumph Trophy SE

The Trophy is Triumph's flagship uses the same engine as the Tiger Explorer SC. The top of the range Trophy SE is fitted with adjustable electronic suspension; operated via a switch cube. Ride-by-wire technology provides traction control and cruise control functionality while 31-litre side panniers provide ample storage. It also has a powerful integrated audio system, with Bluetooth, USB input, and iPod/MP3 player compatibility and comes with an integrated passenger 12V power supply that allows additional accessories to be added.
Price RM127,900.00



Mini Philateli Fair 2013 : Pesta Setem Malaysia



Ni peminta-peminat setem mesti takkan melepaskan peluang ni....Mini Philateli Fair telah kembali....

Lokasi : Semua Cawangan Pos Besar

Tarikh : 27-28 Jun dan 1 Julai 2013(Kedah, Terengganu & Kelantan pada 27 Jun, 30 Jun & ! Julai 2013)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Aktiviti : Jualan koleksi setem lama dan jualan koleksi setem baru (Terumbu karang) serta macm-macam lagiiiii

Wednesday, 26 June 2013

[Video] Hujan Batu di Singapura


Gempar seketika apabila negara Singapura di timpa hujan batu. Kejadin hujan batu di Jurong Singapura itu berlaku bersama hujan lebat dan ribut kencang.

Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia. Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.
  
Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.


Video dari Astro Awani


Monday, 24 June 2013

Gerai Ikan Bakar Jalan Batu Bata Kuala Lumpur : Tipah Tertipu

Lokasi : Gerai Ikan Bakar Jalan Batu Bata Kuala Lumpur (G22-G23), Berseberang dengan HotelVistana Kuala Lumpur

Muka depan buku menu

Ape kes? Perut dah lapar..ajak kawan-kawan pergi makan kat tempat seperti yang dinyatakan di atas. Baca buku menu...pilihlah makan dan minum. Untuk harga makanan dan minuman, seperti tercatat di dalam buku menu, harga milo ais RM1.80 dan nasi goreng + telur (pilih nasi ayam) RM5.00.

Aku siap tanya, nasi goreng nih memang ada telur ke?...Ya kata si pengambil oder dalam slang orang seberang.

Tunggu-punya tunggu....sampai sudah. Eh..apesal takde telur pun? Dia kata telur dah gaul sekali dalam nasi tu...Erkkk, pulak!...Makan je laaaa....sekali masin la pulak..

Dah selesai...bayar la...sekali dia kira RM7.00...Eh, bukannya RM6.80 ke kataku semula.

Milo ais nih RM2.00 katanya...

Ehh...dalam menu tulis Rm1.80 je aku balas

Ya Encik, yang RM1.80 tu kalau gelas ada tangkai mcmni...sambil dia tunjuk gelas tu...kalau gelas kaca tu RM2.00...

Erkkk...apparaaa......macam ni pun ade ke????? Adoyaiiii...tipah tertipu..licik sungguh...

Menu nasi goreng mereka...

[Video] Warga Emas Mati Dilanggar Troli di China


Pehhh....memang menyedihkan kejadian ini. Seorang wanita warga emas di sebuah pasaraya Di Shanghai China mati apabila dilanggar oleh sebuah troli ketika menuruni sebuah eskelator.

Troli berkenaan yang membawa beban minuman seberat kira-kira 150 kg tidak dapat dikawal oleh pembawanya lalu menggelongsor ke bawah dan melanggar wanita berkenaan. Wanita berkenaan seterusnya tercampak kesebuah dinding. Wanita berkenaan mati ketika dalam rawaan.

Teringat aku pada eskelator pasarya kat Malaysia nih....


Video: Astro Awani

Sunday, 23 June 2013

Jerebu Menebal di Kuantan Pahang

Awal minggu bilamana orang bising-bising pasal jerebu, bandar Kuantan masih 'steady'. Tapi sejak petang Jumaat bandar Kuantan mula berjerebu yang agak tebal.

IPU seluruh Malaysia setakat jam 11 pagi 23 Jun 2013

Untuk rekod, hari ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuantan adalah:

i. Balok Baru, Kuantan (jam 7 pagi = 135, jam 11 pagi = 149)
ii. Indera Mahkota, Kuantan (jam 7 pagi = 100, jam 11 pagi = 107)

Data yang diperolehi dari Jabatan alam Sekitar (JAS) menunjukkan Kuantan berada pada tahap tidak sihat.

Johor (Muar) masih lagi mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 746 (7 pagi) dan 690 (11 pagi)

Nak semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) tempat anda? Mari klik pada url ini : http://www.doe.gov.my/webportal

Mari tengok sekitar Kuantan......

 Pemandangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

 Pemandangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Lumpur Kuantan Pahang



Pedih mato den.....adehhhhh

Update : Sekitar jam 5 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Balok Baru meningkat melebihi bacaan 180. Dalam masa yang sama, Menteri Besar Pahang telah mengumumkan sekolah sekitar Kuantan ditutup esok (Isnin : 24 Jun 2013)

Saturday, 22 June 2013

"I guess everyone grows up" ... bilamana Justin Bieber muat naik gambar pakaian dalam


Justin Bieber dan bra? Apa halnya? Apakah Justin Bieber memakai bra? Atau.....Ya, tidak sama sekali. Sebenarnya Justin Bieber telah memuat naik sekeping foto pakaian dalam wanita di akaun Instagram miliknya. Beliau mahu menujukkan bahawasanya diri dan juga peminatnya semakin dewasa.

Sehelai bra berwarna kuning air di atas pentas persembahan


Disertakan kapsyen "I guess everyone grows up" (Saya rasa semua akan membesar), Bieber, 19, berkongsi foto baju dalam berwarna kuning air di atas pentas dengan beribu gadis menjerit di bahagian belakang yang diambil di salah satu siri jelajah "Believe".

Agak-agaknya bra tu milik peminatnya kot yang melemparkan ke atas pentas.......


Dipetik dari Tupai.com.my

Wednesday, 19 June 2013

Keputusan Penuh ICE@IKIP 2013



TAHNIAH !!!

Tahniah diucapkan kepada para pemenang program ICE@IKIP 2013.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori IPT dan Sekolah Menengah:


ANUGERAH KHAS INOVASI YAYASAN PAHANG

SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
(ECO AIR PURIFIER)




KATEGORI SEKOLAH
PINGAT EMAS + HADIAH UTAMA
SMK SULTAN ABU BAKAR KUANTAN
ONE-DYLECGETIC
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
LITTLE KIDDO BOTTLE
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
EXTRAORDINARY CLEANER
PINGAT EMAS + SAGUHATI
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
ECO AIR PURIFIER
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
2 IN 1 MICROWAVE CASE
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH KUANTAN
RECYCLING A WASTE: FIBER REINFORCED 'CB' MADE FROM EMPTY FRUIT BUNCH (EFB)
SMK AIR PUTIH
AUTOMATED WHITE BOARD MARKER REFILL MACHINE
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH KUANTAN
PALF' AS ALTERNATIVE IN GREEN COMPOSITE
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
WHOOPY WOOPS
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH KUANTAN
FROM WASTE TO WEALTH: 'ParBo' FROM BIOMASS WASTE OF PALM OIL
PINGAT PERAK
MRSM KUANTAN
ECO INSULATOR USING IMPERATA CYLINDRICA, LATEX AND CALCIUM CARBONATE
SMK SULTAN ABU BAKAR KUANTAN
K2E ENERGY BUMPER
SMK SULTAN ABU BAKAR KUANTAN
CAR GREEN-TECH AUTO COOLER
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
T SOLAR BAG
MRSM KUANTAN
ALTERNATIVE RENNET FOR HOME MADE CHEESE
MRSM KUANTAN
THE POWER OF CHARCOAL FROM ARECA PALM AS ANTISEPTIC, SMELL ABSORBER AND TEETH WHITENER
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
KRIM PENYEMBUH LUKA (KRIM KUNYIT K2U)
SMK SULTAN ABU BAKAR KUANTAN
UNDERGROUND ECO COOLING SYSTEM
SMK SULTAN ABU BAKAR KUANTAN
SOLAR EGG INCUBATOR
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
CLEAN AND BALM MOP (CAB MOP)
PINGAT GANGSA
MRSM KUANTAN
FROM WASTE TO WEALTH: SAWDUST MAT
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
ECO GREEN AIR COOLER
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
4 IN 1 - VM
MRSM KUANTAN
REMOTE CONTROL SWITCH USING FM WAVES
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
SMART RELIEVER CHAIR 
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH KUANTAN
'PINAPAPER' FROM AGRICULTURE WASTE
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH KUANTAN
ONCE IGNORE NOW HERO: NOVELTY POLYMER FROM PALM OIL WASTE
SMK SERI TUALANG
ECO FRIENDLY - I - BIN
SMK SULTANAH HJH KALSOM
SAFETY GAS REGULATOR
SMK SEMAMBU
STAINLESS STEEL BOTTLE
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
DRAGON FRUIT TO BEAUTY CARE
MRSM KUANTAN
SAVCAL BEST WAY FOR SPENDING
MRSM TUN ABD RAZAK PEKAN
EXO SOLAR LAWN MOWER
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
COOL LAVENDER PERFUME
SBP INTEGRASI TUN ABD RAZAK PEKAN
24-HOURS AUTOMATIC SOLAR FISH FEEDER
SMK AIR PUTIH
PORTAL KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
SEK SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH PEKAN
AUTOMATIC DRYING CLOTH HANGER
MRSM KUANTAN
AERIAL REFORESTATION



KATEGORI IPT
PINGAT EMAS + HADIAH UTAMA
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(MEJA DEMONSTRASI KIMPALAN)
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KUANTAN
(ELECTRIC JACK FOR CARS)
TATI UNIVERSITY COLLEGE
(MOTORCYCLE CENTER BOX WITH SAFETY FEATURES)

PINGAT EMAS + SAGUHATI

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KUANTAN
(WHITEBOARD CLEANER MACHINE)
PAHANG SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (PSDC)
(SENSOR AIR TANGKI)
KOLEJ ANTARABANGSA IKIP
(MECHANICAL RUBBISH FILTER)


PINGAT PERAK
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(PEMBUKA KLIP VALVE BERMAGNET)
TATI UNIVERSITY COLLEGE
(CREATIVE IN RECYCLING)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
(INTELLIGENT GAS LEAKAGE DETECTION SYSTEM EQUIPPED WITH AUTOMATED SAFETY SYSTEM)
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KUANTAN
(3NS DISHWASHER)
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(ANALISIS KANDUNGAN MINYAK DALAM IKAN AIR TAWAR)
KOLEJ ANTARABANGSA IKIP
(FERRIS WHEEL SHELF)
TATI UNIVERSITY COLLEGE
(ENVIRONMENTAL AWARENESS CAMPAIGN 'SAY NO TO PLASTIC BAGS')
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KUANTAN
(MOBILITY SPARE TYPE STORAGE)

PINGAT GANGSA
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(PENAPIS ASAP BENGKEL PERINDUSTRIAN RINGAN)
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(DOMESTIC SAFETY AUTOLIGHT)
KOLEJ ANTARABANGSA IKIP
(MECHANICAL WIPER FOR TABLE CLEANER)
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(MINI INCINERATOR)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
(OVERDRIVE)
INTERNATIONAL COLLEGE OF AUTOMOTIVE (ICAM)
(COOLANT MIXING PROCESS OPTIMIZATION AT AN AUTOMOTIVE MANUFACTURING)
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH 
(COLD AIR FAN)



SeKiAn......

Tuesday, 18 June 2013

Kisah komik Superman paling diminati



"Man Of Steel" - filem terbaru francais Superman; adiwira pertama dunia ini kembali dengan sentuhan Zack Snyder yang terkenal dengan filem-filem menggunakan teknik super-imposition chroma key ("300", "Watchmen"), selain diterbitkan oleh Christopher Nolan, pengarah yang kini diraikan kerana berjaya menaikkan semula francais Batman, dan ditulis oleh David S. Goyer, orang yang sama yang mereka skrip untuk trilogi Batman.



Malah, para artis komiknya seperti Grant Morrison, Mark Waids, Geoff Johns, dan Brad Meltzer turut menyumbang idea buat filem reboot ini.

Morrison, Waids, Johns dan Meltzer hanyalah beberapa penulis komik yang terlibat dalam penghasilan komik Superman, yang sudah bermula sejak tahun 1933 lagi apabila dicipta oleh dua rakan sekolah menengah Jerry Siegel dan Joe Schuster.

Bersempena dengan tayangan "Man Of Steel" di pawagam bermula hari ini (13 Jun), kami senaraikan antara komik-komik Superman yang menjadi kegemaran para pengikut adiwira ini.

"Whatever Happened To The Man Of Tomorrow?" (Superman #423, 1986)

Penulis komik Alan Moore dan para artisnya, Curt Swan, George Perez, Kurt Schaffenberger dan Murphy Anderson, menghasilkan kisah tragik tentang hari-hari terakhir Superman dan sekutunya dalam komik dua bahagian ini. Ada banyak kisah yang menarik - yang diceritakan dari sudut pandang Lois Lane, termasuk saat di mana Superman mendedahkan identitinya sebagai Clark Kent, dan dimana wartawan fotografi Jimmy Olsen Moore dan Lana Lang menggunakan kuasa untuk kali terakhir demi membantu Superman melawat sekumpulan antagonis.

Ia juga merupakan kisah terakhir daripada Era Silver (1956-1970), sebelum memberi jalan buat siri reboot moden penulis John Byrne, "The Man Of Steel".

"For The Man Who Has Everything?" (Superman Annual #11, 1985)

Untuk meraikan hari jadi Superman, penulis Alan Moore dan pelukis Dave Gibbons menghasilkan sebuah kisah di mana hari jadinya di Fortress Of Solitude yang sepatutnya disambut bersama Wonder Woman, Batman dan Robin diganggu oleh makhluk asing Mongul yang telah menggunakan sejenis tumbuhan ekstra-terestrial untuk menewaskan adiwira terulung itu,

Kerana keunikan ceritanya, kisah dalam isu ini telah dicalonkan untuk kategori Isu Solo Terbaik Anugerah Jack Kirby 1986.

Superman: Red Son Vol. 1 - 3 (2003)

Dalam siri mini Elseworlds ini, penulis dan pelukis komik Mark Millar, Dave Johnson, Killian Plunkett, Andrew Robinson dan Walden Wong cuba membawa kisah Superman ini kepada satu persoalan dan dimensi baru: Bagaimana jika Superman mendarat di Soviet Union (yang kononnya kini menjajah hampir seluruh dunia) manakala Lex Luthor pula mengawal Amerika Syarikat? Bagaimana jika Superman harus melawan 'askar-askar' Luthor, termasuk Green Lantern dan Wonder Woman?

Siri ini mendapat sambutan meriah dari para peminat dan pihak pengkritik, sehingga berjaya dicalonkan di Anugerah Eisner 2004 untuk kategori Siri Terhad Terbaik.

Kingdom Come Vol. 1 - 4 (1996)

Dalam 4 isu siri Elseworlds ini, penulis dan pelukis Mark Waid dan Alex Ross cuba memaparkan konflik antara adiwira tradisional (Batman, Wonder Woman dan Justice League) dan vigilante DC baru yang bersifat lebih agresif dan tidak terkawal (Magog, Captain Atom, Judomaster dan yang lain-lain).

Waid dan Ross juga menguji kepercayaan Superman sendiri apabila dia terpaksa kembali dari persaraan untuk menyelesaikan isu tersebut, sekaligus memimpin mereka semua dalam menentang Lex Luthor.

Antara watak terkenal yang turut muncul dalam siri ini termasuk Batman, Captain Marvel, Green Lantern, Sandman, Aquaman, Selina Kyle dan Hawkman.

"The Death Of Superman" (Superman Volume 1 #149, 1961)

Antara kisah yang paling diminati ramai, dan dianggap cerita terbaik yang dibawakan oleh Jerry Siegel, Curt Swan dan Sheldon Moldoff, "The Death Of Superman" menyaksikan Lex Luthor akhirnya memenangi perlawanan abadinya menentang Superman. Namun kejayaan yang dikecapi hanya dinikmati seketika apabila rakan-rakan Superman muncul untuk membalas dendam.

"The Death Of Superman" ini merupakan satu daripada beberapa siri komik Superman yang memaparkan kisah kematian Superman, tapi menjadi antara yang paling diminati para penggemar komiknya kerana dihasilkan sendiri oleh pengasasnya, Siegel.

"Death Of Superman" (Superman: The Man of Steel Vol. 17-19, 1992)

Berbeza dengan kematian di tangan seteru abadinya, Luthor, satu lagi siri tentang kematian Superman dihasilkan oleh kumpulan penulis Dan Jurgens, Jerry Ordway, Louise Simonson dan Roger Stern, kumpulan pelakar yang turut menampilkan Jurgens, Tom Grummett, Jon Bogdanove dan Jackson Guice, juga inker; Brett Breeding, Doug Hazlewood, Dennis Janke, Denis Rodier dan Rich Burchett yang memaparkan kisah adiwira unggul ini bertemu dengan seteru yang setanding iaitu seekor makhluk berbahaya bernama Doomsday.

Watak Doomsday, si pembunuh tanpa belas ini diperkenalkan oleh siri "The Man Of Steel" ciptaan John Byrne dan direka oleh Jurgens sendiri pada tahun 1993.

Kehebatan dan kejahatannya yang tidak terlawan malah mampu menandingi keseluruhan Justice League dan memusnahkan Metropolis. Doomsday menjadi seteru baru kesukaan ramai dan dinobatkan di tempat ke-46 dalam senarai Antagonis Adiwira Terbaik Sepanjang Masa oleh IGN.

All-Star Superman Vol. 1 - 12 (2006-08)

Penulis dan pelukis Grant Morrison dan Frank Quitely menghasilkan siri maksima hebat ini mengenai Superman yang cuma memiliki setahun saja untuk hidup. Dengan kesedaran tersebut, adiwira unggul ini cuba melakukan begitu banyak kebaikan semampu dayanya sebelum kematian menjemputnya.

Antara tanggungjawabnya termasuk menyelamatkan misi pertama manusia ke matahari, menghasilkan Super-Elixir, menyelamatkan bumi dari Bizarro-Home, menewaskan Solaris dan meninggalkan formula untuk menghasilkan Superman 2.

Ramai yang memilih komik ini sebagai antara yang terbaik kerana ia turut memaparkan kisah-kisah lama dalam setiap era Superman. Malah ia turut memenangi beberapa anugerah termasuk "Siri Baru Terbaik" di Anugerah Eisner 2006 dan "Siri Sambungan Terbaik" pada tahun 2007 dan 2009.


Ia juga dianugerahkan "Artis Terbaik dan "Isu Solo Terbaik" di Anugerah Harvey 2008 selain "Komik Kegemaran Terbaru" dan "Muka Depan Terbaru Kesukaan Ramai" di Anugerah Eagle 2006 dan 2007.

Dipetik dari Tupai.com.my


Wednesday, 12 June 2013

Harga Perodua Turun + Servis Percuma


Harga S-Series pada Mac 2013 (paultan.org)

Beberapa hari lepas, tersebar di dada akhbar bahawa 10 model kereta di pasaran Malaysia telah turun harga. Bagaimanapun Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melaksanakan penurunan ini lebih awal dalam bentuk pelancaran Siri-S, baru-baru ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penurunan harga itu dilaksanakan dengan membantu pelanggan menurunkan kos pemilikan kereta secara keseluruhan.

Selain mengurangkan harga kereta, Perodua turut memberi nilai tambah dari segi aksesori dan servis percuma selama tiga tahun, bukan sahaja kepada Siri-S malah untuk semua model.

Dengan penurunan harga dan pakej servis percuma selama 3 tahun.....mungkin inilah masa terbaik bagi yang ingin memiliki Perodua....

Monday, 10 June 2013

Model Volkswagen, Peugeot, Perodua, Proton & Honda Turun Harga

Sejak Januari 2013, dikatakan 10 model kereta telah pun turun harganya. Antaranya adalah keluaran Volkswagen, Perodua, Proton dan Honda

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).


Penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan. Duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.

Jadi...mungkin ini akan menggembirakan hati pembeli diluar sana....

Saturday, 8 June 2013

D.I.Y: Tukar Minyak Hitam

Inilah aktiviti hujung minggu...jadi pomen sendirian berhad. Aktiviti kali ini ialah menukar minyak hitam (4T) motosikal.

Barang yang diperlukan adalah:

1. Sebotol minyak hitam 4T (2T untuk pelincir...jangan silap)
2. Spanar Ring size 17 (untuk motosikal Modenas CT100)
3. Bekas penakung minyak
4. Playar
5. Tisu / Kain lap

Perbezaan antara minyak lama (kiri) dan yang baru (kanan)

Kaedah:

1. Double stand motosikal
2. Letak bekas penakung minyak di bawah enjin motosikal (sejajar tempat skru minyak hitam)
3. Bukak skru minyak hitam pada bawah enjin guna spanar 17. Tadah minyak tu...
4. Buka tempat masukkan minyak kat atas/tepi enjin tu. Biarkan sampai minyak habis keluar
5. Tutup semula skru minyak hitam kat bawah enjin
6. Tuang minyak hitam yang baru (ikut sukatan yang ditentukan - ikut jenis motosikal)
7. Tutup tempat masukkan minyak hitam tadi
8. Bersihkan mana-mana yang kotor.

Amaran:

Jangan biarkan anak-anak/sesiapa yang masih kurang mengerti mengganggu kerja anda. Mungkin ini akan memanjangkan jangkamasa kerja anda.

Jika tidak, inilah yang terjadi.....

Sudah tumpah.... 

Habis stok tisu dapur


Alahaiiii...dengan spontan anak aku tumpahkan minyak yang aku dah takung....makanya bahan malam ini aku tambah dengan sabun pencuci....

Adios...

Roti Gardenia Kuasai Carta Carian


Bulan May 2013, blog aku dah jadi 'Roti Gardenia' sekejap. Apesal? Pasalnya bila aku tengok rekod carian daripada pembaca, memang perkataan yang bersangkutan dengan Roti Gardenia menjadi topik utama

Tak caya? ce tengok....


Oklah tu...kalau sebelum-sebelum tu....benda-bnda lain la yang jadi tumpuan....

Friday, 7 June 2013

Kejadian Kenderaan Dilarikan : Beringat Sebelum Terkena



Peringatan dari Polis Pahang : SENTIASA BERINGAT SEBELUM KENA..

Jangan sesekali meninggalkan anak-anak atau ahli keluarga di dalam kereta yang tidak berkunci dengan enjin yang hidup ketika berurusan walaupun mengambil masa yang singkat. Mungkin ramai antara kita melakukannya ketika mengeluarkan wang di ATM, mengisi petrol kenderaan, mengambil anak di pusat asuhan atau sekolah, membayar bil parkir kenderaan, singgah di kedai di tepi jalan dan lain-lain lagi.
Jangan disebabkan mahu cepat, kita kehilangan orang tersayang dan kenderaan dilarikan penjenayah. Biarlah lambat sedikit asalkan selamat. Tetapi awas, jangan pula tinggalkan anak dengan enjin kenderaan dimatikan dan semua cermin kenderaan tertutup rapat.

Sekiranya terpaksa, tinggalkan anak-anak bersama orang dewasa di dalam kenderaan yang dimatikan enjin dan cermin terbuka. Nilailah terlebih dahulu situasi, tempat dan fikir sejenak kebaikan dan keburukan tindakan yang bakal kita ambil.

Penjenayah sentiasa mengintai ruang dan peluang yang kita sendiri sediakan kepada mereka.

Sekiranya terpaksa, tinggalkan anak-anak bersama orang dewasa di dalam kenderaan yang dimatikan enjin dan cermin terbuka. Nilailah terlebih dahulu situasi, tempat dan fikir sejenak kebaikan dan keburukan tindakan yang bakal kita ambil.

Penjenayah sentiasa mengintai ruang dan peluang yang kita sendiri sediakan kepada mereka.


Pesanan ini rentetan kejadian kereta dilarikan bersama ahli keluarga yang berlaku baru-baru ini....


Petikan dari Sinar Harian : 5 Jun 2013




KUANTAN – Gara-gara cuai meninggalkan kereta dalam keadaan enjin tidak dimatikan, seorang lelaki, Abdul Rasol Mohd Tahir, 50 hampir mempertaruhkan nyawa isterinya yang lumpuh, Hamiah Abd Majid, 50-an dan seorang anaknya, Norafidah, 15 apabila kenderaan yang di parkir di hadapan sebuah pasar raya dilarikan penjenayah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa meninggalkan isteri dan anaknya di dalam kereta serta masuk ke dalam pasar raya untuk menyelesaikan satu urusan.

Bagaimanapun, kereta Honda Civic yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan itu dilarikan oleh seorang lelaki bersama isteri serta anak yang ditinggalkan di bahagian penumpang di belakang.

Abdul Rasol berkata, sebaik sahaja keluar dari pasar raya, dia mendapati kenderaan berwarna putih miliknya sudah lesap.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit anak perempuan saya tetapi tidak berjawab membuatkan saya risau.

“Bimbang sesuatu tidak dingini berlaku, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya semasa membuat laporan polis di IPD Kuantan, di sini, semalam.

Katanya, dia bernasib baik kerana penjenayah hanya melarikan kereta dan meninggalkan isteri serta anaknya di tepi jalan di Bukit Sekilau.

“Lebih kurang jam 3.30 petang saya menerima satu panggilan daripada seorang perempuan Cina yang memaklumkan isteri dan anak saya berada di Bukit Sekilau.

“Sebelum meninggalkan isteri dan anak saya di tepi jalan, penjenayah sempat menghulurkan wang sebanyak RM 50 kepada mereka berdua untuk digunakan sebagai tambang teksi.

“Perempuan Cina itu menghantar isteri dan anak saya sebelum kami terus ke balai polis untuk membuat laporan.

“Semua barangan di dalam kereta termasuk kunci rumah dan telefon milik anak turut dilarikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan mengesan suspek serta kereta terbabit.



Tuesday, 4 June 2013

Seniman S. Shamsuddin Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR 4 Jun - Pelakon komedi seangkatan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Aziz Satar iaitu Seniman S. Shamsuddin telah disahkan meninggal dunia pukul 10.56 pagi ini.
Pelakon veteran berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Allahyarham terkenal melalui lakonannya bersama P. Ramlee dan Aziz Satar dalam filem-filem seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.


Touch n Go percuma : Siapa Nak ?


Putrajaya: Sebanyak 5,000 kad Touch n Go percuma akan diberikan kepada pengunjung bertuah di Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi 2013 yang akan berlangsung di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 Jun ini.

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ikshan berkata, program berkenaan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kementerian serta agensi yang terbabit.

Disamping itu, seramai 1,500 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dijangka menyertai Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung 7 Jun ini.

Kanak-kanak yang berminat menyertai pertandingan mewarna ini boleh membuat pendaftaran melalui email csd@kwpkb.gov.my.


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan menyediakan perkhidmatan komuter secara percuma dari Stesen Petaling, Pantai Dalam dan Angkasapuri ke KL Sentral untuk kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna ini.


Sumber : hmetro