Wednesday 5 November 2014

Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Taman Negara ke-75


Pengenalan:

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Oktober 2014 di Taman Negara.

Tarikh Jualan:

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 November 2014


Tempat Jualan:

  1. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) 
  2. Pejabat Wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru 
  3. Cawangan Bank Negara di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Spesifikasi Duit Syiling Peringatan ini:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
  • Diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99
  • Berat setiap keping ialah 7.96 gram. 
  • Diameter 22mm
  • Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 
  • Harga jualannya RM1,800 sekeping
  • Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
  • Diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 
  • Berat setiap keping ialah 31.10 gram. 
  • Diameter 40.7mm
  • Nilai muka duit syiling ini ialah RM10
  • Harga jualannya RM200 sekeping
  • Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (pruf)
  • Diperbuat daripada logam Cu89 Zn5 Al5 Sn1
  • Berat setiap keping ialah 8.5g
  • Diameter 30mm
  • Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1
  • Harga jualannya RM10 sekeping
  • Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.

Jualan Secara Set:

Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1.

Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan terdapat 750 set sahaja.

Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan terdapat 750 set sahaja


Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan ini:

  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini terdapat imej Pantera Tigris Jacksoni iaitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara . Banjaran Tahan dan pokok Keruing Neram yang terdapat di sepanjang Sungai Tahan menjadi latar belakang duit syiling. Lavistonia Tahanensis, sejenis palma yang ditemui hanya di kawasan Banjaran Tahan, pula dipaparkan pada bahagian bawah kanan duit syiling. Perkataan “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1939-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-75 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

  2. Bahagian Belakang Duit Syiling
    Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini tertera peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara. Bahagian yang berlorek menunjukkan lokasi sebenar Taman Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
Gambar penuh spesifikasi depan belakang Syiling Peringatan 75 Tahun Taman Negara yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia seperti di bawah:



Sekian buat pencinta syiling terhad

2 comments:

  1. kijang emas yg 1/4oz skrg rege dlm lingkungan RM1100....yg ni jual RM1800....wow....sekadar pendapat ku shj

    ReplyDelete
  2. Pisang emas di bawa belayar masak sebiji di atas peti..
    hihiii

    ReplyDelete