Tuesday, 29 April 2014

D.I.Y : Cara Menukar Bateri Motosikal

Aktiviti hujung minggu... Cara menukar bateri motosikal. Yang ini adalah untuk bateri motosikal Modenas CT100. Sama je kaedahnya untuk motosikal lain.

Mula-mula pergi beli bateri. Pastikan modelnya adalah betul sebab motosikal guna 'kick-start' dan yang guna 'electric starter' baterinya berbeza. Sila rujuk buku panduan motosikal masing-masing.

Bagi motosikal Modenas CT100 yang menggunakan 'electric starter' kod baterinya adalah YB5L-B. Model Yuasa ni harganya dalam lingkungan RM40 lebih la.


Ok...yang botol merah tu adalah asid untuk digunakan pertama kali bagi setiap bateri yang baru...


Bukakan dahulu penutup berwarna kuning tu untuk memasukkan asid tadi.


Tuangkan asid tadi sehingga paras 'upper level' bagi setiap lubang. Nanti akan nampak gelembung-gelembung udara (tindakbalas asid tadi) akan keluar. Biarkan dalam 3 jam untuk kesan yang lebih baik sebelum dipasang pada motosikal (pomen cakap).


Ok...pindah pada motosikal pulak... Buka seat... haaa.... dekat sini la bateri tu duduk.


Buka penutup tu dan akan nampak la bateri tu.... yang lama ni perlu dikeluarkan dari sarangnya...heheee


Disebabkan susah nak keluarkan bateri tu, maka aku kena buka/tanggalkan seat motosikal tu. Kemudian hulur skrew-driver melalui bakul motosikal tu untuk buka skrew pada bateri yang asal. Tanggalkan terminal negatif dan diikuti oleh terminal positif.

Kemudian ambil bateri yang baru tadi dan pasangkan semula mengikut terminal yang betul. Jangan salah terminal pulak.


Taraaa...... dah siap untuk jentera ini beroperasi. Sekali tekan je dah hidup. Alhamdulillah....

Rajin-rajin la check paras air bateri lepas ni.. kalau dah sampai tahap 'lower level' tu maksudnya kena la tambah air baterinya....

Semoga bermanafaat untuk anda....

Monday, 28 April 2014

Program Kejuruteraan UTM di IKIP





Berminat menjadi Engineer? Berminat kursus Engineering? Nak masuk kursus engineering di UTM? Tapi tiada 5 Kredit? Jangan risau, peluang untuk anda meneruskan pengajian kursus UTM dalam bidang pilihan anda masih ada.

Di Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan Pahang kami ada menawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa), Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Awam daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dijalankan secara kerjasama.

Syarat Minimum kursus engineering di IKIP:

1. 3 Kredit
2. Kredit Matematik
3. Kredit salah satu subjek sains atau teknologi
    *Sila rujuk gambar untuk info subjek sains dan teknologi
4. Lulus BM, BI dan Sejarah

Jika anda memenuhi syarat di atas maka anda LAYAK mengikuti kursus engineering UTM di Fakulti Kejuruteraan at Kolej Antarabangsa IKIP. PM atau email: yart747@yahoo.com untuk keterangan lanjut

Berikut senarai subjek/matapelajaran sains dan teknologi yang dikira sebagai 1 kredit. Jika tiada dalam senarai sila PM atau email: yart747@yahoo.com atau call/sms 0133654324 untuk keterangan lanjut

subjek/matapelajaran sains dan teknologi

Senarai kursus-kursus yang ditawarkan di IKIP pengambilan Mei/Jun/Julai2014


Untuk 500 pendaftaran terawal, anda akan mendapat Baucer Yayasan Pahang (anak Pahang sahaja) bernilai RM500, Rebat yuran pengajian RM500 dan GAJET

Program terpilih untuk mendapat GAJET ialah semua program Fakulti Kejuruteraan at Kolej Antarabangsa IKIP, Program Diploma Fakulti Pengurusan Teknologi dan Industri dan program diploma grafik dan rekabentuk multimedia IKIP. Sila PM atau email: yart747@yahoo.com atau untuk keterangan lanjut


sss

Friday, 25 April 2014

DIY Pasang Tinted Sendiri

Bertemu lagi kita dalam segmen kerastangan... D.I.Y - Do It Yourself - Ko buat la sendiri ... hehehe

Kali ini projek adalah memasang tinted sendiri. Tinted pada tingkap rumah a.k.a tingkap dapur. Boleh juga gunakan kaedah ini untuk pasang tinted pada cermin lain seperti cermin kereta dan lain-lain.



Sediakan bahan-bahan seperti kertas/plastik tinted yang korang nak pasang. Serta keperluan lain seperti pembaris, pita ukur, pisau atau gunting dan perata (plastik empat segi putih tu)


Aku tanggalkan tingkap (jenis sliding) ni supaya senang nak buat kerja. Bersihkan permukaan tingkap yang nak dilekat tinted tu. Gunakan la sabun ke... Yang ini aku gunakan pembersih cermin.. Bersihkan elok-elok dan sebersih yang mungkin


Ukur tinted dengan kawasan yang nak ditampal. Lebihkan sedikit dari kawasan asal misalnya 1/2 @ 1 inci dari setiap ukuran/hujung. Sebabnya aku ni beginner je bukannya pakar... nanti bila tampal mesti herot-herot. Jadi lebihan 1/2@1 inci tu akan jadi penyelamat la...heheee

Acu elok-elok sebelum tampal. Bila dah tampal rapikan gelembong-gelembong udara dan tepi-tepi tu dengan perata (benda putih 4 segi tu).


Taraaa.... dah siap se-daun tingkap. Ni tampal sebahagian aje. Cermin ni dah memang asal ada tinted gelap. Tapi ni tambah tinted frosted. Sebab kalau malam hari bukak lampu nanti orang kat luar boleh nampak orang masak kat dapor wooo...


Ok... dah siap semuanya... ada 3 daun sliding. Tingkap dapur je ni... Separuh kat atas tu tutup pakai langsir jenis roller...kalau langsir sampai bawah nanti kotor pulak

Amacam? Senang? Susah? Selamat mencuba

Thursday, 24 April 2014

Malam Cinta Rasul Kuantan 2014

Orang pantai timur, jom semarakkan Kuantan dengan gema zikir dan qasidah. Moh bersama Habib Syech Abdul Qodir Assegaf & tausiyyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin dalam MALAM CINTA RASUL, malam ini Khamis 24 April di Padang MPK 1, Kuantan Pahang. 

Majlis dijangkakan bermula seawal jam 7.00 petang. Solat Maghrib & Isya berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.

Penonton dirumah boleh saksikan siaran langsung di TVAlhijrah, pada jam 9.30 m
alam.

Untuk aliran trafik, antara jalan yang di tutup - Jalan Mahkota daripada Kompleks Teruntum hingga ke Jalan Bank. Jalan Bukit Ubi dari Hotel Green Leaf hingga ke Taman Kerang.


 Pagi tadi Padang MPK 1


Padang MPK 1, Pentas bersebelahan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

 Maklumat jalan ditutup (sumber f/b)

Maklumat kawasan parkir bas (sumber f/b)

Moh la wehhhhh !!!

Tuesday, 22 April 2014

Latar Belakang Pendidikan Menteri Pendidikan Malaysia Dahulu Hingga Sekarang

Negara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu mempunyai kementerian pelajaran ataupun kementerian pendidikan sejak era kemerdekaan lagi. Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Bermula dengan Tun Abdul Razak sebagai menteri pelajaran pertama.... Kini tanggungjawab itu dipikul oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri I dan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri II.

Senarai Menteri Pelajaran/Pendidikan Malaysia dari 1955-sekarang (2014)

Mari kita lihat apakah antara latar belakang pendidikan individu-individu yang dipertanggungjawabkan dalam merencanakan halatuju pendidikan negara kita (sumber grafik : easyuni.com)

Latar belakang pendidikan Menteri Pelajaran/Pendidikan Malaysia

Saturday, 19 April 2014

Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua

Bulan lepas ada tugasan luar kawasan. Selepas penat selesai bekerja memeras otak maka tibalah masa untuk memenuhkan perut pulak. Mana destinasi kali ini? Prof. Abu dari UniKL Kulim mencadangkan pi makan mee udang di kawasan Sungai Dua Penang.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pulau Pinang. Aku dah mai hampir 10 tahun yang lalu ketika ada tugasan di UiTM Pulau Pinang. Waktu tu bersama rakan-rakan dari UiTM Kota Samarahan Sarawak (Zul dan Rizal) dah pun makan mee udang penang bersama En. Zuraidi (UiTM Penang). Tak cukup sekali kami repeat lagi mee udang kedai yang sama esoknya... hahaaaa

Ok... back to present story... Berpandukan petunjuk yang Prof. Abu berikan kamipun mencari di mana la kedai yang beliau maksudkan. Memasuki kawasan Sungai Dua memang banyak kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual mee udang. Tapi kedai yang Prof. maksudkan jauh lagi masuk dalam.

Jalan punya jalan kami pun sampai ke kedai yang dimaksudkan. Oh man!!! Satu ayat terkeluar dari mulut aku. "Inilah kedai yag aku datang 10 tahun yang lalu!". Hahahaaa.... rupa-rupanya aku datang kembali ke kedai yang aku repeat 2 kali makan. Inilah dia Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Mee Udang

 Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Mee Udang

Jauh berkembang dah kedai ni berbanding 10 tahun yang lalu... dah ada jual Jeruk Pak Ali lagi. Menu utama mestilah mee udang. Udang boleh pilih berapa banyak nak. Harga ikut timbangan la...heheee. Satay pun ada.

 Ada ketam

 Ada udang

 Senarai harga mee udang, koay teow, udang, ketam

 Taraaa... mee udang 6 orang makan

Alhamdulillah...licin...

Selera dan tekak aku kata sedap! Kalau korang nak cuba bolehlah datang....

Friday, 18 April 2014

Istiadat Diraja Bersama Rakyat : Istiadat Berkhatan dan Bertindik


Apakah perasaan anda apabila dapat satu sampul yang tertulis "Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang"? Bila dibuka di dalamnya ada satu kad berwarna kuning yang bertulis "Istiadat Diraja Bersama Rakyat"? Kata kawan aku...berdebor giler....Orang-orang tertentu je yang boleh dapat kad jemputan macam ini... Macam aku ni jauh sekali la... Tumpang tengok dan tumpang cerita aje...

Sebenarnya ini jemputan dari Pihak Istana, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj ke Istiadat Berkhatan dan Bertindik yang dilangsungkan pada 18 April 2014 di Dataran Temerloh.


Adios....

Monday, 14 April 2014

How to configure 74LS93 to be a modulus-10,12 and 13 counter?

How to configure 74LS93 to be a modulus-10,12 and 13 counter? (MOD-10, MOD-12, MOD-13) Click image to enlarge


How to generate SOP and POS expression from Multiplexer 74LS151? Click image to enlarge




Sunday, 13 April 2014

Restoran MaBIQ : Daging Salai Istimewa

Selamat tengahari... pasti tengah kelaparan nih...

Baru-baru ini berkesempatan bawa keluarga beli makanan di Restoren MaBIQ. Tempat apa ni? Istimewa sangat ke?

Pandangan dari luar restoren

MaBIQ adalah singkatan bagi Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Quran. Maahad ni diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin (Ustaz Jamal) yang menawarkan pendidikan berasaskan kebajikan khas untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.

Restoren ni ditubuhkan sebagai salah satu saluran bagi menjana pendapatan untuk menampung kos operasi Maahad berkenaan.

Restoren ni terletak di Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. Paling senang nak kenal ianya terletak di kawasan kampung di belakang Yayasan Pahang. Kalau jumpa bangunan Yayasan Pahang tu dah kira dekat la tu.. Landmark terbaru ialah bangunan asrama baru Kolej Antarabangsa IKIP. Penghuni asrama IKIP boleh jalan kai la lepas ni gi restoren ni..

Restoren ni menghidangkan menu masakan kampung. Menu istimewa di sini ialah daging salai. Ada daging salai masak lemak cili api dan ada daging salai masak kicap. Harga memang berpatutan dikira dalam bentuk gram kalau beli bungkus dan kira senduk jika makan di restoren. Tak silap aku daging salai masak kicap 100gram adalah RM2.50. Kalau nak beli yang belum dimasak pun boleh...sila berurusan dengan pekerja restoren ye... Rasanya macamana? Memang terbaekkk!!

Daging salai masak kicap

Paeh ikan patin (pais ikan patin) juga antara yang menarik kat sini. Disalut dengan tempoyak dan dibalut dengan daun kemudian dibakar... Perghhhh!!... peminat patin pasti takkan menyesal merasainya. Bahagian badan RM6.00 seketul dan ekor RM7.00 seketul

Paeh ikan patin

Air kat sini satu gelas RM1.00 sahaja. Ambil sendiri... ikut la nak letak ais banyak..sikit..takde ais..Air dah disediakan dalam bekas air cuma kita perlu buka paipnya je lagi...Kalau laicikang aku tak pasti pulak berapa harganya...

Ramai ke orang datang sini? Memang cukup ramai. Kalau datang waktu 'peak hour' memang padat macam ikan sardin. Ada ruangan makan duduk atas kerusi dan ada juga rangan duduk bersila. Pengujung bukan sekadar orang Melayu dan Islam sahaja, bahkan kaum Cina, India dan lain-lain serta pelbagai anutan agama juga singgah makan kat restoren ni.

Waktu perniagaan Restoren MaBIQ

Waktu operasi Ahad sampai Khamis buka macam biasa dari jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Restoren ni hanya tidak beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu (dan cuti tertentu la kot)

Kalau datan Kuantan jangan lupa singgah wehhh!!

Pelan ke restoren (MaBIQ Tg. Lumpur) - dari blog MaBIQ


Wednesday, 9 April 2014

'Bunga Sakura' di Kuantan

Semalam sempat tengok berita tv di TV9. Ada dikisahkan berkenaan sejenis pokok yang dipanggil pokok Tecoma yang mengeluarkan bunga seperti bunga sakura pada musim tertentu. Aku panggil 'pokok bunga sakura' je pokok tu. Di dalam berita tu dikatakan pokok dan bunga tu boleh ditemui di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh ditemui bunga sakura ni. Contohnya di Kuantan Pahang ni. Kalau di laluan Kuantan-Gambang disekitar batu 8 hingga batu 10 memang banyak jumpa pokok bunga sakura ni.

Kalau datang ke Taman Gelora berhadapan dengan IKIP International College ada banyak juga pokok ni. Memang sekarang adalah musim berbunga dan musim bunganya luruh

Memang cantik....ada warna merah/pink dan putih.... tapi kalau bab nak sapu bunga tu alahaiii....banyak nye...mesti penat...

Nah... tengok la beberapa shoot bunga sakura di Jalan Kuantan-Gambang




Amacam? Best?

Friday, 4 April 2014

Bas Mini ITM Shah Alam... Suatu ketika dulu

Belek-belek facebook tiba-tiba ternampak gambar bas ini. Tiba-tiba aku tersenyum sendiri tatkala terimbas kenangan lalu


Walaupun gambar bas mini dalam gambar ini adalah yang digunakan di kawasan Kuala Lumpur, namun rupa parasnya memang sama dengan bas yang aku naik waktu aku belajar di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam satu ketika dahulu.

Dikalangan pelajar, bas ini lebih polular denga nama 'Bas Bandung'. Bukan kerana nak pergi bandung tetapi warnanya yang pink seperti air bandung.

Tambang 50 sen untuk sekali perjalanan. Naik dari Kolej Jati Seksyen 2 ke dalam kawasan ITM atau sebaliknya. Dia punya driver bawak memang laju.. kat konar depan Seroja tu pun dia layan jeee... rasa macam nak terpelanting pun ada...

Ayat popular... 'belakang masuk lagi.. masuk lagi.. boleh buat dua baris'....ekekee

Bas ni memang padat...senggol senggolan... sampailah berpaut pada tangga bas....hahahaaa...kalau dah padat sangat sampai ada yang naik free je sebab konduktor tak sempat mintak tambang penumpang dah turun.

Korang pernah naik? Sila kongsi pengalamana anda....

Sekali terimbas kenangan lalu daaa....