Wednesday 16 January 2013

Hujan Botol di Pantai Timur



Keadaan kecoh, huru-hara, gadoh-gadoh memang tak dapat dipisahkan dengan sukan terutamanya sola sepak. Semalam stadium di pantai timur semenanjung Malaysia kecoh sekejap apabila penonton hilang kesabaran, hilang kawalan dengan menghasilkan hujan botol. Pastinya ada perkara yang mereka tak puas hati dengan permainan semalam...apa yang tak puas hati tu kena tanya diorang lah

Gambar dari bharian online

Di Kota Bharu anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor Darul Takzim (DT) masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Di Kuala Terengganu pula penyokongnya membaling botol minuman dan batu ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak dalam perlawanan Terengganu menentang Selangor yang berkesudahan Sang Penyu tewas 1-2.

No comments:

Post a Comment