Monday 21 January 2013

[21SX] Rahsia disebalik "mimpi basah"

Amaran!!! Petikan ini mengandungi unsur-unsur seksual. Sila beralih ke halamana lain jika ianya akan menggangu diri/kehidupan anda. Jika anda berasa OK, sila teruskan pembacaan anda....Petikan ini dipetik dari sebuah majalah bernama Maskulin (oleh Wan Mohd Firdaus). Sekian.....



Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short Guide to a Happy Marriage’ Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang, tetapi ia merupakan petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui kini.  “Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan (seksual) tersebut yang perlu difikirkan dan diperbaiki,” kata Sharon dalam bukunya. Jom kita amati rahsianya. 

1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU

Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda.  Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’. 

2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN

Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan. 

3-MIMPI DENGAN SELEBERITI

Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda.

4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI

Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau 
yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.

No comments:

Post a Comment