Tuesday 30 October 2012

Skuter baharu BMW


BWM Group Malaysia (BMW) menerusi BMW Mottorad telah melancarkan dua model baharu iaitu BMW C600 Sport dan BMW C650 GT di Kuala Lumpur, semalam. Berduyun-duyun peminat-peminat skuter dan BMW datang untuk melihat lebih dekat.

Motosikal ni lebih kepada jenis skuter...tapi memang besar gedabak la...Rangkaian kuasa BMW C600 Sport dan BMW C650 GT terdiri daripada enjin dua silinder sebaris rekaan terbaru BMW Mottorad dengan output sebanyak 44kW/60 hp pada 7,500 rpm, tork maksimum sebanyak 6,000 rpm serta dilengkapi ciri bunyi dan getaran yang amat rendah.



BMW C600 Sport

BMW C650 GT


Harga runcit atas jalan tanpa insurans untuk BMW C600 Sport ialah RM65,00 seunit dan BMW C650 GT, RM68,800 seunit. Perghhhh....ada brani? Kalau duit banyak memang tak jadi masalah kan...BMW C600 Sport ni didatangkan dengan pilihan warna Cosmic Blue Metallic Matt, Titanium Silver Metallic dan Sapphire Black Metallic. Manakala BMW C650 GT mempunyai pilihan warna Sapphire Black Mettalic, Platinum Bronze Metllaic dan Vermillion Red Metallic.


2 comments: