Siapa suka bawang puteh angkat tangan!!! Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap
kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para
penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.
Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah
dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida
(H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh
itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi
kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai
keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh,
beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian
berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko
penyakit jantung.
Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan
penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen
sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.
Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di
Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak
daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.
Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula
menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih.
Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan
dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.
Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada
membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida
juga dihasilkan dalam sel.
Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan
hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik
mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan
dalam diet manusia.