Thursday 14 July 2011

Pengakhiran Malaysia XI Vs Arsenal 13 Julai 2011


Berakhir sudah perlawanan di antara Malaysia XI dengan Arsenal yang berkesudahan dengan skuad Harimau Malaya pulang hampa dan skuad The Gunners pulang bergaya...dengan jaringan 4-0...

Dua gol pada setiap babak The Gunners itu menceritakan betapa masih banyak kelemahan yang perlu dilakukan Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.


Bermula dengan kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak seawal minit ke-5 menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil perlawanan Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal. Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu kesebelah kanan menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin yang melayangkan badan kesebelah lain.

Pada minit ke 37, Ramsey pula bijak mengumpan lambungan bola kepada Theo Walcott yang tidak dikawal yang kemudiannya melambungkan bola menewaskan penjaaga gol...

Percubaan merbahaya dari sepakan percuma kapten Mohd Safiq Rahim di minit ke-38 berjaya ditepis keluar penjaga gol Wojcieh Szczesny......S Kunalan tetap merbahaya dengan larian derasnya

Babak kedua, Carlos Vela berjaya meloloskan diri dan bola dari celah pertahanan Harimau Malaya dan akhirnya melambungkan sedikit bola melewati jangkauan Khairul Fahmi....

Pada penghujung perlawanan, senior otai bernombor 7 The Gunners, Rosicky berjaya meletakkan nama sebagai penjaring setelah menanduk masuk bola lambungan Arshavin....


Tamat sudah dengan jaringan 4-0...tidak berbalas...menurut analisis tak bertauliah aku;
1. Bola lambung 2 kali...tambah pulak lambungan last Arshavin
2. Kali ni beri penalti lagi...emmm??? aritu lawan Vietnam banyak gak penalti
3. Banyak kali gak naik tinggi..tp tak terkejar ngan kederasan player lawan
4. Arsenal guna SEMUA pemain...tukar..tukar..tukar..(13 pertukaran), Malaysia tak test semua pemain, sekadar 7 pertukaran pemain sepanjang perlawanan

Untuk rekod, pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.

Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999....dan pada kali ini 4-0.

Dari segi terhibur...memang terhibur....dari segi persedian pasukan, banyak yang perlu diperbaiki oleh pasukan kebangsaan....

Aku suka sebab The Gunners menang....tp aku kecewa sebab Harimau Malaya tak keluar taring...apepun tahniah buat kedua-dua pasukan










   



No comments:

Post a Comment