Monday 25 July 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Singapura vs Malaysia (1st Match)




Emm..nampaknya seperti tiada apa yang mahu dipelajari oleh barisan pertahanan dan benteng terakhir skuad negara pada perlawanan persahabatan dengan pasukan BPL tempohari. Setelah tewas 4-0 (Arsenal) dan 6-3 (Liverpool) hangat diperkatakan tentang kelemahan skuad Harimau Malaya.

Setelah tamat perlawanan menentang Singapura digelangang lawan hari Sabtu yang lalu, sekali lagi Harimau Malaya tumbang dengan kiraan 5-3. Satu keputusan yang mengecewakan.

Pasukan negara bermula cemerlang. Seawal saat ke 26 mereka telah memperolehi jaringan melalui Safie Sali. Jaringan awal ini mungkin menjadikan pemain terlalu yakin dapat meratah pasukan lawan. Ditambah pula dengan anggapan pada pasukan lawan yang mempunyai pemain-pemain berumur 30+, dan agak gempal pasti tidak sekuat mana.

Namun, mungkin kerana keyakinan yang keterlaluan menjadikan pemain hilang fokus. Akhirnya diseparuh masa pertama sahaja Harimau Malaya sudah kena 4-1. Separuh masa kedua Harimau Malaya cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang kepada 4-3. Namun pada penghujungnya tuan rumah berjaya menjarakkan semula untuk keputusan muktamad 5-3.

Penjaga gawang Malaysia seperti terpaku apabila hanya mampu melihat bola sepakan percuma masuk ke dalam gawang..seperti orang mati langkah. Bukan sekali, tapi lebih dari sekali...Gol kelima paling tidak masuk akal (kata Rajagobal)..kalau aku tengok pun memang agak keterlaluan..ada 5 defender..tapi boleh jugak tembus...emmm

Hakikat kekalahan walaubagaimanapun perlu diterima. Apa yang perlu, pasukan Harimau Malaya mesti menang paling kurang 2-0 pada perlawanan timbal balik nanti..

Akhir kata..Semoga Berjaya Skuad Harimau Malaya..Skuad Malaysia!!!



No comments:

Post a Comment