Friday 22 July 2011

Malaysia vs Chelsea


(Gambar: Amri Yahya nyaris ‘diterajang’ pemain Chelsea, Branislav Ivanovic tapi tak kena)



21 Julai 2011, Skuad Olimpik negara menentang skuad Chelsea....apa kesudahannya? yaaaa....sekali lagi skuad negara tewas, tapi kali ini lebih memuaskan hati Ong Kim Swee dan membuatkan pengurus Blues yang baru, Andre Villas Boas tidak senang duduk.

Keputusan akhir Malaysia 0 - 1 Chelsea....tapi kontroversi...kenapa??

Blues nyata terpaksa berhempas pulas apabila perlu menunggu hingga minit ke-78 sebelum penyerang berbisanya, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi.

Ia berpunca daripada kesilapan Mohd Izham yang gagal menampan kemas sepakan terbabit sebelum melantun ke dalam gol selepas terkena bahagian belakangnya dan disahkan masuk oleh pengadil perlawanan, Mohd Subkiddin Mohd Salleh walaupun terdapat bantahan dari pemain Malaysia yang mengatakan bola itu belum melintasi garisan gol.

Emmm....aritu player Chelsea kata team the bules boleh menang sekurang-kurangnya 3-0....tapi kena kerja keras siotttttt!!!!

Tahniah buat Pasukan Malaysia !!!!




No comments:

Post a Comment