Friday, 6 June 2014

Waktu & Bayaran Tempat Letak Kereta UTC Pahang

Sebelum ini, tempat letak kereta di UTC adalah percuma. Kini... tiada lagi percuma 24 jam....waktu tertentu sahaja yang percuma.



Berikut adalah Jadual Perkhidmatan Tempat Letak Kereta Terkawal UTC Pahang :
  • Isnin - Jumaat : 7.30 pagi -11.30 malam
    • 1 jam pertama percuma. Setiap jam berikutnya RM1.00
  • Sabtu dan Ahad :
    • Percuma

Tarikh kuatkuasa bagi perkhidmatan tersebut adalah bermula pada 26 Mei 2014.

Sumber : mpk.gov.my

Tuesday, 3 June 2014

Negara Di Serang Kupu-Kupu Gergasi

Ada nampak kupu-kupu gergasi berwarna hitam celoreng putih merata-rata sejak dua menjak ini??

Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi di beberapa kawasan di Malaysia menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk dan pelancong luar.

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata, serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.

Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar.

Faktor kemunculan:

Faktor tarikan cahaya lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.

Kesan sampingan:

Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. Manakala bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah

Friday, 30 May 2014

FIAT X1/9 : Rare Model

Pergi kenduri kahwin kat Sungai Besar....tiba-tiba terjumpa pulak kereta ni.... Sori la ye tuan kereta.... Koi snap gambor...




Ni antara rare model pada masakini...dulu-dulu memang la tak rare... Ni kereta Fiat X1/9 ataupun Bertone X1/9...Apesal ada 2 nama sebab Fiat keluarkan pada tahun 1972-1982 manakala Bertone sambung pengeluaran dari 1982-1989. Kereta jenis 'sport-car' ataupun 'roadster'. 

Wednesday, 28 May 2014

Membongkar Rahsia Kod Warna Pada Ubat Gigi


Pernah tengok ubat gigi anda ada tanda secalit warna berbentuk 4 segi tepat kat hujungnya? Apa maksud secalit warna tu?

Ubat gigi pelbagai jenama

Aku pernah dengar pasal benda ni.. tapi baru-baru ni aku ada jumpa jawapan. Tersebar luas mengatakan bahawa warna tu melambangkan kandungan ubat gigi berkenaan.

Hijau : Semula jadi

Biru : Semula jadi + Ubat
Merah : Semula jadi + Komposisi kimia
Hitam : Kimia asli (100% kimia)

Jadi... betul kah semua ini???? Uiiii...dah la coklat ada najis khinzir...ini ubat gigi pulak ada benda pelik-pelik!!!


KEJAP!! KEJAP!! Cuba tengok gambar bawah ni pulak ...

Krim untuk kulit, krim ruam lampin bayi

Ehh...krim kecantikan..krim kulit pun ada tanda macam tu..yang warna putih dan coklat tu apa pulak maksudnya ye?

Sebuah laman web luar negara bernama "Hoax-Slayer.com" telah membongkar misteri disebalik warna berkenaan. Jeng jeng jengggg

Mereka mengatakan bahawa pendapat/maklumat yang di atas tadi adalah SALAH...PALSU

Sebenarnya, bentuk 4 segi tepat tu dipanggil "eye-marks" ataupun dikenali juga dengan nama "eye-spots". Apa "eye-marks" tu? Menurut Glenroy,Inc :

Eye mark register"A printed rectangular mark most often found along the edge of webstock that can be identified by an electric eye. The mark identifies a point on the web where an individual package is to be cut"

Eye marks ni senang cerita adalah penanda, proses apa nak dibuat dalam proses pembungkusan...

Eye marks boleh dikesan/dikenal oleh peralatan elektronik yang canggih dalam sistem pembungkusan yang moden. Eye mark ni memberi seribu satu macam arahan proses pembungkusan. Arahan seperti kat mana nak potong tiub tu..nak kelim kat mana..nak kasi kaler apa pada tiub..kebanyakan produk mempunyai tanda eye marks ni...cuma nampak denga tidak aje....


Gambar di atas adalah kategori makanan... haaa...ada dalam rumah..masuk dalam perut! Daripada keropok Bika, Mee Maggie, Teh Lipton, Kopi Hng Tuah...semua ada tanda 4 segi sama berwarna hitam. Apakah semua ini 100% bahan kimia? Macamana nak buat dauh teh dari bahan kimia ye? Hanya air soya je dalam gambar tu yang ada tanda 4 segi warna hijau

Percaya???


Thursday, 22 May 2014

LHDN Cawangan Kuantan Pindah Ke Menara CDO

Minggu ini..apabila lalu depan Menara CDO..tiba-tiba terperasan dah ada organisasi yang akan beroperasi di situ. Yaaa.... rupa-rupanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuantan akan beroperasi di tempat baru iaitu Menara CDO !!!



Kat mana Menara CDO ni? Alaaa.... betul-betul disebelah persimpangan lampu isyarat dekat bangunan Celcom..Padang Kamunting..simpang nak gi Jalan Wong Ah Jang tu...

CDO tu apa ye? Siapa tau? Entah...aku pun tak tahu...Kalau tanya pada Google..CDO tu Collateralised Debt Obligations (Tanggungan Hutang Bercagar).....Menurut seorang komentar di sini mengatakan bahawa CDO ialah Cik Din Omar ... nama pemilik bangunan tu

Monday, 19 May 2014

Pokok Herba Thyme, Sage dan Pudina

Siapa pernah tengok pokok herba Thyme, Sage dan Pudina? Mungkin ada yang pernah tengok atau mungin ada yang pernah makan sahaja...Yaaa... mari kita lihat bagaimana rupa pokok-pokok berkenaan.


Yang ini pokok herba Thyme. Selalu nya orang panggil daun Thyme aje.. Sebab daunnya memang selalu digunakan dalama masakan.


Yang ini pula pokok herga Sage atau nama saintifiknya 'Salvia officinalis'....Ini bukan Proton Saga ataupun permainan video Sega. Sage ni aku pun tak pernah cuba guna. Tapi kegunaannya ialah sebagai rempah makanan dan juga sekarang dibuat minyak wangi.



Yang ini mesti korang kenal...pokok pudina. Macam-macam boleh digunakan dari masakan, sambal cicah roti canai sehinggalah ke ubat gigi... Anda akan jumpa pudina. Rasanya berangin sejuk semacam aje...heheee
Yang kat tepi tu pokok pegaga...dan di depannya pokok cili laaa....

Friday, 16 May 2014

Semakan Keputusan UPU 2014/2015 (Lepasan SPM/STPM/SKM 2013 dan setaraf)


Gambar hiasan

Semakan keputusan kemasukan pelajar (UPU) ke IPTA / Politeknik Premier / Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti & ILKA : Klik SINI

Rayuan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Klik SINI
(mulai 16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014)

Rayuan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Klik SINI
(mulai 12 Ogos 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 22 Ogos 2014)

Thursday, 15 May 2014

MILO Juara Hidup Bola : Kumpulkan Jersey Bola & Figura

Aku Hantu MILO... Barang MILO....Apa saja pasal MILO...Aku mau....

Aku terdengar iklan di corong radio. Bunyinya lebih kurang... "Kumpulkan Figura bolasepak dan jersey melalui program penebusan MILO"... Teringat aku pada 2 tahun lalu ketika aku terlibat dalam program penebusan Van MILO yang sememangnya kesukaan aku. Lenih-lebih lagi model yang cukup 'rare'.


Yaaa...kali ini program penebusan MILO datang lagi. Ada boleh menebus figura (patung) Ronaldo, Gerrard, Messi dan Van Persie.

Bagi yang tak suka patung, anda boleh tebus jersey bola pasukan Brazil, England, Sepanyol dan German.

Macamana nak tebus? Macam dulu-dulu jugak... Anda perlu kumpulkan mata melalui bar kod pembungkus/kotak produk MILO. Untuk anda tidak tertipu tertipah sila rujuk pada borang penyertaannya ye... Sebab ada juga produknya yang tak terlibat. Nanti salah kumpul pulak.

Borang penebusan klik sini ye

Dah isi boleh hantar melalui pos atau...gi tebus di kaunter penebusan

Dah...jom kumpul mata...nanti aku tunjuk kalau dah ade ye...

Selamat mengumpul duhai pengumpul sekalian

Wednesday, 14 May 2014

Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-57 telahpun bermula malam tadi bertempat di Dewan jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta mengambil bahagian, iaitu masing-masing 14 qari dan 14 qariah serta dua johan pada edisi sebelumnya. 

Bersempena itu juga, hari ini telah berlangsung "Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban" di MS Garden Hotel Kuantan Pahang. Program dianjurkan dan deigerakkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang,  PERKIM dan IKIM. 
Seminar ni disiarkan secara 'live'... streaming pada portal IKIM.fm. 

Pengisian disampaikan oleh orang-orang besar dari Radio IKIM.fm. Antaranya ialah Ketua Pengarah IKIM - Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM - YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik IKIM - En. Md. Asham bin Ahmad dan Dr. Mohd. Zaidi Ismail, pakar Epistemologi dan Falsafah Minda dari Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar IKIM.

En. Md. Asham, Dr. Mohd. Zaidi, Moderator dan Prof. Datin Dr. Azizan

 Moderator

 En. Md. Asham

 Prof. Datin Dr. Azizan
 
Program telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang

Dalam program ni ada dapat sarapan yang siap 'tapau' macam dalam gambar ni. Tiba-tiba terasa macam naik pesawat Air Asia satu ketika dahulu...hehee


Sekian...

Tuesday, 13 May 2014

Kain..kain..langsir..langsir

Hari cuti datang lagi... aktiviti hari ini adalah pergi cuci mata tengok kain untuk buat langsir hanyar!!!

Sebelum keluar ukur la dulu sliding door 3 pintu dan tingkap 1 daun. Jumlah semua 11 meter untuk kain bidang 60.

Destinasi adalah KAMDAR Kuantan. Ni je la yang dekat dengan umah walau 20km jugak tu...ekekee..

Kat sini memang banyak kain yang sesuai untuk buat langsir. Tapi tinggal berkenan dengan tidak je la. Yelah, masing-masing punya citarasa dan kemampuan nak membayarnya. Hehee..

Jalan-punya jalan setelah belek sana sini tak ada juga kain dan corak yang berjaya mencuri minat isteri aku. Maka aku pun istiharkan kita balik saja laa...



Kalau malas nak jahit atau nak tempah, beli saja yang dah siap ni...hehehee. Isteri aku jait sendiri je... Kalau nak oder boleh la...kabo je...tempahan masih dibuka...




Kita pergi kedai lain nanti.. Jakel ada.. Alamoda ada.. Globe pun ada... Cuma masa nye je la ntah bila...


Ada satu best kat Kamdar Kuantan ni. Ada tempat permainan kanak-kanak. Elok la tu... daripada anak-anak aku lari-lari celah-celah gulungan kain tu elok la diorang main kat sini. Cuma tempat ni tak berapa berjaga sebab dah jadi tempat mereka buat kerja jugak...longgok barang-barang..