Satu petang di bulan Ramadhan... disebuah bilik di asrama lelaki...
Selepas solat Asar adalah waktu riadah. Jadi semua pelajar dikehendaki mengosongkan kawasan asrama. Tak kisahlah pergi bermain sukan atau sekadar lepak-lepak makan angin cuci mata. Asalkan tidak berada di dalam kawasan asrama.
Dan serta Don merupakan sahabat baik. Petang itu mereka berdua berasa malas hendak pergi beriadah. Mereka lebih berselera untuk merebahkan badan ditilam yang tidaklah sesedap Dreamland. Kedudukan bilik yang dihujung memberikan idea bahawa Ustaz Mat warden asrama tidak akan mengesyaki mereka ada di dalam bilik.
Sedang sedap-sedap baring... Tiba-tiba terdengar suara Ustaz Mat menjerkah penghuni bilik sebelah yang tidak turun beriadah.
Piap! Piap!... Beberapa bunyi sebatan rotan kedengaran. Bertempiaran lari penghuni bilik berkenaan keluar meninggalkan bilik dan kawasan asrama.
Alamak!! Kita tak sempat lari ni Don! Kata Dan kepada Don
Takpe... ko ikut je ape aku buat... Don memberi idea kepada Dan
Ustaz Mat sampai di muka pintu bilik Dan serta Don. Ustaz Mat tersengih sambil mengurut-ngurut janggutnya yang tidaklah sakit urat atau sengal-sengal.
Ustaz Mat menghampiri dari belakang Dan serta Don yang sedang sembahyang berjemaah di dalam bilik. Don jadi imam manakala Dan jadi makmum.
Tatkala Dan serta Don ruku'....
Satu libasan rotan hinggap di punggung Dan... Aduh! Jerit Dan
Satu libasan lagi diterima sahabat karibnya si Don... Don juga menjerit kesakitan... dan menghentikan aktiviti solat mereka.
Apa ni Ustaz... kami tengah sembahyang... nak rotan pun tunggu la kami selesai... tau la Ustaz nak suruh kami gi riadah...lepas solat ni kami turun la riadah... kata Don kepada Ustaz Mat
Awok pembohong!! Sembahyang mendenye awok ni??? Soal Ustaz Mat semula
Sembahyang Asar la Ustaz... takkan la Solat Dhuha petang-petang ni... Jawab Don sambil sengih-sengih
Sembahyang mendenye.... kalau pakai t-shirt dah BOXER je!!!...tak tutup aurat nih!!...Balas Ustaz Mat semula
Erkkkk!!! Dan serta Don berpandangan sesama sendiri... menyedari bahawa mereka lupa nak sarung kain pelikat...hanya pakai boxer...pendek la pulak tu....nak membohong punya pasal la tu...
Dan serta Don meminta maaf kepada Ustaz kerana cuba berbohong...
Moral: Jangan mengelat...jangan berbohong...jangan jadikan agama sebagai muslihat...
No comments:
Post a Comment