Sunday, 27 July 2014

Perginya Ramadhan 1435H...Munculnya Syawal

Tonight is our last Tarawikh for Ramadhan 1435H. ("Scheduled" our Hari Raya on Monday..)


Apa lagi yang tinggal dengan Ramadhan tahun ini? Berbaki kurang 24 jam lagi untuk kita bercengkerama, bermesra, mengambil kesempatan dengan Ramadhan tahun ini.

Apa pengisian kita di dalamnya? Marilah bersama-sama kita menjadi juruaudit dalaman ISO mahupun SOP pada Ramadhan ini... Untuk audit checklist ku... dan mungkin untuk senarai semak audit diri kalian tuan puan juga...

Banyak manakah sedekah yang kita hulurkan? ataupun sekadar kita menghulur di bazar-bazar dan gedung-gedung pakaian demi kita sahaja? Demi perut kita demi badan kita sahaja..

Berapa kalikah kita menunaikan solat Tarawikh yang terlalu istimewa kerana hanya wujud di bulan Ramadhan? Berapa kalikah kita mampu menewaskan nikmat tidur demi Qiyamullail, terutama pada 10 terakhir? Atau kita hanya mampu menewaskan segalanya pada siaran World Cup, EPL, CL sahaja...

Berapa patah ayat Al-Quran yang kita alunkan?.. bukan sekadar mengalunkan 16 lagu nostalgia hari raya 'kaset hijau'. Berapa kali juga kita berjaya 'Khatam Al-Quran' kali ini?... Bagi yang berjaya khatam bukan bermakna Al-Quran itu perlu disimpan rapi di atas rak tertinggi menunggu Ramadhan akan datang untuk disapu semula habuknya...

Kenapa pabila Nabi Muhammad khatam...sesudah membaca surah An-Nas Baginda membaca surah Al-Fatehah dan disambung dengan surah Al-Baqarah sehingga ayat ke-5?...pasti tuan puan dapat mengagaknya... Ya.. ini bermakna bacaan ini belum selesai lagi.. perlu dibaca lagi..

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Jika telah Kau tuliskan bahawa inilah Ramadhan terakhir buat kami, maka ampunilah kami, terimalah pengisian Ramadhan kami ini ya Allah. Janganlah kami tergolong di dalam mereka yang Ramadhan datang dan Ramadhan pergi tetapi tidak diampuni olehMu..

Namun... semua ini tidak bermakna sekiranya perkara terakhir ini tidak dilaksanakan.. Apakah ia? Ya... 'berbakti pada kedua orang tua kita...ibu bapa kita'.

Apabila jatuhnya air mata ibu bapa kita kerana kita yang bertentangan dengan Syarak... maka berdosalah kita..tertolaklah segala amal baik kita....

Cukuplah...moga-moga kita beroleh manafaat daripada coretan ini...

Selamat tinggal Ramadhan 1435H... Semoga Allah menemukan kita kembali...

Selamat menyambut Hari Raya Aldilfitri sidang pembaca sekalian...

Mohon Maaf Zaher & Baten.... Barilaan sabarataan.... Njalok ngapuro seng akeh-akeh....

#Pray for MH17 & MH370
#Pray for Gaza Palestin

No comments:

Post a Comment