Thursday, 31 July 2014

Rumah Atok Ada Jin

Al kisah benar yang terjadi baru-baru ini.


Bulan Ramadhan yang lalu anak saudara aku datang berbuka puasa di rumah atoknya... Rumah ayah aku la tu... Buka puasa mesti la makan-makan dan minum-minum kan...

Pulang ke rumah dia cerita pada mak & ayah dia. 'Mak..Abah...tadi adik nampak jin kat rumah atok waktu berbuka puasa tadi.... rambut ikat tocang.... warna hijau jn tu'...katanya

'Ishh... merepek je la kamu ni'... Balas ayahnya

'Betul la ayah...' ada tadi... ada 2 ekor'

Beberapa hari kemudian mereka datang lagi ke rumah Atok. Lalu si ayah menceritakan apa yang diberitahu oleh anaknya tempohari..

Sentap kejap atok bila mendengar cerita itu... 'Mana adalah...merepek je kamu ni...'..kata Atok

'Adik nampak masa adik minum air aritu la Tok'... haaaa tu... Atok dan abah nampak tak?

Atok dan Ayahnya memandang ke arah yang ditunjuk oleh si adik. Mereka terkedu apabila melihat ada jin berwarna hijau sedang duduk berdandar di atas meja...

Inilah rupa jin yang dimaksudkan oleh si adik...


Serammm siottt... Supeeeeer Powerrrrr!!!

Sunday, 27 July 2014

Perginya Ramadhan 1435H...Munculnya Syawal

Tonight is our last Tarawikh for Ramadhan 1435H. ("Scheduled" our Hari Raya on Monday..)


Apa lagi yang tinggal dengan Ramadhan tahun ini? Berbaki kurang 24 jam lagi untuk kita bercengkerama, bermesra, mengambil kesempatan dengan Ramadhan tahun ini.

Apa pengisian kita di dalamnya? Marilah bersama-sama kita menjadi juruaudit dalaman ISO mahupun SOP pada Ramadhan ini... Untuk audit checklist ku... dan mungkin untuk senarai semak audit diri kalian tuan puan juga...

Banyak manakah sedekah yang kita hulurkan? ataupun sekadar kita menghulur di bazar-bazar dan gedung-gedung pakaian demi kita sahaja? Demi perut kita demi badan kita sahaja..

Berapa kalikah kita menunaikan solat Tarawikh yang terlalu istimewa kerana hanya wujud di bulan Ramadhan? Berapa kalikah kita mampu menewaskan nikmat tidur demi Qiyamullail, terutama pada 10 terakhir? Atau kita hanya mampu menewaskan segalanya pada siaran World Cup, EPL, CL sahaja...

Berapa patah ayat Al-Quran yang kita alunkan?.. bukan sekadar mengalunkan 16 lagu nostalgia hari raya 'kaset hijau'. Berapa kali juga kita berjaya 'Khatam Al-Quran' kali ini?... Bagi yang berjaya khatam bukan bermakna Al-Quran itu perlu disimpan rapi di atas rak tertinggi menunggu Ramadhan akan datang untuk disapu semula habuknya...

Kenapa pabila Nabi Muhammad khatam...sesudah membaca surah An-Nas Baginda membaca surah Al-Fatehah dan disambung dengan surah Al-Baqarah sehingga ayat ke-5?...pasti tuan puan dapat mengagaknya... Ya.. ini bermakna bacaan ini belum selesai lagi.. perlu dibaca lagi..

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Jika telah Kau tuliskan bahawa inilah Ramadhan terakhir buat kami, maka ampunilah kami, terimalah pengisian Ramadhan kami ini ya Allah. Janganlah kami tergolong di dalam mereka yang Ramadhan datang dan Ramadhan pergi tetapi tidak diampuni olehMu..

Namun... semua ini tidak bermakna sekiranya perkara terakhir ini tidak dilaksanakan.. Apakah ia? Ya... 'berbakti pada kedua orang tua kita...ibu bapa kita'.

Apabila jatuhnya air mata ibu bapa kita kerana kita yang bertentangan dengan Syarak... maka berdosalah kita..tertolaklah segala amal baik kita....

Cukuplah...moga-moga kita beroleh manafaat daripada coretan ini...

Selamat tinggal Ramadhan 1435H... Semoga Allah menemukan kita kembali...

Selamat menyambut Hari Raya Aldilfitri sidang pembaca sekalian...

Mohon Maaf Zaher & Baten.... Barilaan sabarataan.... Njalok ngapuro seng akeh-akeh....

#Pray for MH17 & MH370
#Pray for Gaza Palestin

Saturday, 19 July 2014

Resepi Tumis-tumis Ramadan : Daging Masak Manis, Pajeri Terung


Hari ini tema masakan kita ke Utara pula. Tiga hidangan yang disediakan oleh Master Chef Sabri kita adalah Pajeri Terung, Daging Goreng Hitam Manis dan Jelatah Timun Nenas. Berikut adalah resepi-resepinya:

1) PAJERI TERUNG
Penyediaan : 4 orang
Masa : 20 minit

BAHAN-BAHAN:
4 biji Terung Panjang
4 sdm Minyak Jagung
1 sdk Bawang Putih – dicincang halus
3 sdk Bawang Merah – dicincang halus
1 sdm Udang Kering – dicincang halus
4 helai Daun Kari
3 sdm Serbuk Kari Daging
2g Kulit Kayu Mnis
2 biji Buah Pelaga
2 kuntum Bunga Lawang
1 sdm Kerisik
1 cawan Santan pekat
2 cawan Air
1 sdk Serbuk perasa
Garam secukup rasa
Gula perang

CARA-CARANYA:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, bawang putih, bawang merah, dan daun kari. Kacau.
2. Masukkan udang kering, masukkan 3 serangkai,daun kari, kacau hingga naik bau, sementara itu masukkan serbuk rempah kari dalam mangkuk kecil, masukkan sedikit air, bancuh hingga menjadi seperti pes.
3. Kemudian tuang ke dalam kuali,kacau hingga pecah minyak, masukkan udang kering, kemudian masukkan air, kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan kerisik kelapa, kacau seketika, masukkan santan, kemudian masukkan terung.
4. Masukkan gula perang, sedikit serbuk perasa dan garam, biar ia mereneh hingga terung lembut.
5. Siap untuk dihidang, hias dengan lemon.

2) DAGING GORENG HITAM MANIS
Penyediaan : 4 orang
Masa : 15 minit

BAHAN-BAHAN:
800g Daging Batang Pinang atau daging lembu bahagian yang lembut.
4 sdm Minyak Jagung
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah – dicincang
3 biji Cili merah – dibelah 2
1 sdk Serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih
1inci Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
2 kuntum Bunga Lawang
6 sdm Kicap cair
3 sdm Kicap Manis
½ sdm Kicap Pekat
1 sdk Serbuk Perasa
1 sdm Gula melaka/ jika perlu
Garam secukup rasa
Daun pandan
Daun kari

CARA-CARANYA:
1. Panaskan kuali, masukkan bawang putih, bawang merah, daun kari, daun pandan dan cili merah. Kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan tiga serangkai (Kayu Manis, Buah Pelaga dan Bunga Lawang) dan tambah sedikit minyak.
3. Masukkan daging, kacau hingga hampir kering , kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan lobak merah, kicap cair, kicap pekat dan sedikit garam, serbuk perasa dan gula, kacau selama 4 minit. Kalau warna tak menarik, tambah kicap lagi.
5. Siap untuk dihidang, hias dengan daun bawang yang telah di hiris dan bawang goreng.


3) JELATAH TIMUN DAN NENAS
Penyediaan : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
½ btg Timun – dibuang biji dan kulit – dihiris bulat
80g Nenas – dibuang kulit dan dihiris
1 biji Bawang besar– dihiris bulat
2 biji Cili merah – dihiris
2 sdm Cuka Sayur atau Limau Nipis & Limau Kasturi
1 sdm Gula
Garam secukup rasa

CARA-CARANYA:
1. Hiris bawang, timun, nenas, cili merah terlebih dahulu.
2. Masukkan semua ke dalam mangkuk. Perahkan limau nipis dan limau kasturi atau Cuka ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.

Selamat mencuba!

Boleh layari di laman http://myklik.rtm.gov.my/desktop/video/2705 bagi sesiapa yang terlepas menonton rancangan ini tadi. 


Tuesday, 8 July 2014

Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan masak pajeri terung


  • 4 biji terung panjang 
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
  • gula melaka secukup rasa
  • garam secukup rasa


Cara-cara memasak pajeri terung:


  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, udang kering.
  • Ambil terung, belah 4 (tapi jangan sampai putus pada bahagian atas)
  • Tumis bahan yang dikisar tadi bersama rempah rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  • Kemudian masukkan terung, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.


Sekian... selamat memasak!

Friday, 4 July 2014

Tips Kebahagian Anak (Prof. Dr. Muhaya)

Aku jumpa di laman sosial... jadi aku kongsikan pada sesiapa yang mahu membacanya...
(Terima kaseh pada orang yang telah memanjangkan sampai aku menemuinya...)

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Wednesday, 2 July 2014

Sembahyang Pun Kena Rotan

Satu petang di bulan Ramadhan... disebuah bilik di asrama lelaki...

Selepas solat Asar adalah waktu riadah. Jadi semua pelajar dikehendaki mengosongkan kawasan asrama. Tak kisahlah pergi bermain sukan atau sekadar lepak-lepak makan angin cuci mata. Asalkan tidak berada di dalam kawasan asrama.

Dan serta Don merupakan sahabat baik. Petang itu mereka berdua berasa malas hendak pergi beriadah. Mereka lebih berselera untuk merebahkan badan ditilam yang tidaklah sesedap Dreamland. Kedudukan bilik yang dihujung memberikan idea bahawa Ustaz Mat warden asrama tidak akan mengesyaki mereka ada di dalam bilik.




Sedang sedap-sedap baring... Tiba-tiba terdengar suara Ustaz Mat menjerkah penghuni bilik sebelah yang tidak turun beriadah.

Piap! Piap!... Beberapa bunyi sebatan rotan kedengaran. Bertempiaran lari penghuni bilik berkenaan keluar meninggalkan bilik dan kawasan asrama.

Alamak!! Kita tak sempat lari ni Don! Kata Dan kepada Don

Takpe... ko ikut je ape aku buat... Don memberi idea kepada Dan

Ustaz Mat sampai di muka pintu bilik Dan serta Don. Ustaz Mat tersengih sambil mengurut-ngurut janggutnya yang tidaklah sakit urat atau sengal-sengal. 

Ustaz Mat menghampiri dari belakang Dan serta Don yang sedang sembahyang berjemaah di dalam bilik. Don jadi imam manakala Dan jadi makmum.

Tatkala Dan serta Don ruku'.... 

Satu libasan rotan hinggap di punggung Dan... Aduh! Jerit Dan

Satu libasan lagi diterima sahabat karibnya si Don... Don juga menjerit kesakitan... dan menghentikan aktiviti solat mereka.

Apa ni Ustaz... kami tengah sembahyang... nak rotan pun tunggu la kami selesai... tau la Ustaz nak suruh kami gi riadah...lepas solat ni kami turun la riadah... kata Don kepada Ustaz Mat

Awok pembohong!! Sembahyang mendenye awok ni??? Soal Ustaz Mat semula

Sembahyang Asar la Ustaz... takkan la Solat Dhuha petang-petang ni... Jawab Don sambil sengih-sengih

Sembahyang mendenye.... kalau pakai t-shirt dah BOXER je!!!...tak tutup aurat nih!!...Balas Ustaz Mat semula

Erkkkk!!! Dan serta Don berpandangan sesama sendiri... menyedari bahawa mereka lupa nak sarung kain pelikat...hanya pakai boxer...pendek la pulak tu....nak membohong punya pasal la tu...

Dan serta Don meminta maaf kepada Ustaz kerana cuba berbohong...


Moral: Jangan mengelat...jangan berbohong...jangan jadikan agama sebagai muslihat...

Tuesday, 1 July 2014

Caj Perkhidmatan 70 Sen Bayar Bil Air Di Pos Malaysia



Alamak! Berkuatkuasa 1 Julai 2014, sebarang pembayaran bil air di kaunter Pos Besar Kuantan dan Pejabat Pos Bukit Ubi (UTC) Kuantan dikenakan caj perkhidmatan (komisyen) RM 0.70 a.k.a 70 sen untuk setiap transaksi.

Bukan kat situ saja... pembayaran di Pejabat Pos Pekan, Pejabat Pos Kuala Rompin, Pejabat Pos Jerantut, Pejabat Pos Kuala Lipis, Pejabat Pos Raub, Pejabat Pos Bentong, Pejabat Pos Temerloh, Pejabat Pos Bera, Pejabat Pos Maran dan Pejabat Pos Tanah Rata juga akan dikenakan caj 70 sen ni...



Maksudnya 1 bil 70 sen la kan? Kalau ada 3 bil dah RM2.10 la gitu kan? Hadoiiiii...

Kena pergi bayar kat Kaunter PAIP sendiri kat UTC la kot tak ada cas..

Huhuuuuu....