Wednesday, 19 October 2016

Membaiki mesin basuh rosak

Cerita lama...just baru kongsi di sini....

Dalam era moden ini, antara perkara yang membawa masalah besar adalah apabila mesin basuh rosak. Apatah lagi jika saiz ahli keluarga adalah besar. Perkara ini berlaku baru-baru ini di rumah ku. Isteri memberitahu bahawasanya mesin basuh tidak hidup langsung. Maka aku pun menggunakan kepakaran serta ilmu yang ada untuk mengenalpasti apakah masalahnya. 

Sob..sob...tiada denyutan nadi langsung

Setelah dicongak darab bahagi tolak campur, serta bantuan dari sahabatku pomen yang otai Mr Fairul Azizi....maka kesakitannya telah dikenalpasti. Soheh bahawasanya sakit mesin basuh Samsung Fully Automatic 7.0kg WA91U3 yang tidak boleh hidup langsung ini adalah PCB nya rosak.

Maka pergilah mencari spare-part yang berkenaan di kedai yang berkenaan....

Sesambil itu, baju yang telah dihimpun dibawa berkelah di kedai dobi layan diri...kihkihkih...

Kemain seronok tentera-tentera aku...

Ok, spare-part yang ditempah khas sudah sampai...yelah, kalau kat KL mudah sikit nak cari spare-part macamni. This is Kuantan....up to 300km to KL...kehkehkeh.

Spare-part dah ada....pasang...godek-godek..YES !!!!! Hidup !!! Alhamdulllah !!!

Tu diaaaa....dah ada lampu

Actually selain dari PCB board nye, aku juga telah menggantikan water inlet valve, kepala paip dan salur paip nya sekali... Untuk masukan yang lebih lancar berbanding yang lama...macam iklan pulak.

Mesin ini sebenarnya dah berumur lebih sembilan tahun....see.....

Selepas kisah ini menular dari tingkap ke tingkap...banyak jugalah soalan-soalan yang aku hadap, dan masalah-masalah mesin basuh yang selesaikan....ade kederat aku bikin lah...hehee

Oklah...adios amigos brabus....

Tuesday, 18 October 2016

Tandas Terlajak Canggih

Tempohari aku melalui sebuah lebuhraya... Rasa penat menakluki diri dan ingin berehat seketika... Aku pun berhenti di sebuah hentian di lebuhraya berkenaan. Hentiannya tidaklah besar...

Aku pergi ke tandas lelaki untuk qada hajat. Tiba-tiba aku rasa macam sesuatu yang pelik bila memasuki ruang tandas kerkenaan....

Adakah aku menemui... makanan? orang? bayi? seluar dalam? bra? mahupun kondom?



Apa dia???

Tu dia.... pertama kali dalam hidup aku jumpa tandas untuk kegunaan awam yang mempunyai kepala paip yang cukup tinggi. Kiranya pengguna kena berdiri sedikit baru sampai nak buka paip tu....

Adehhhhh....hebat sungguh orang yang merekabentuk tandas ni.....

Kasa kecewa ada...kelakar pun ade....

Korang tau kat mana ni? Hehehee....

Monday, 17 October 2016

Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA)



Senarai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Malaysia dahulu sehingga sekarang


Yang di-Pertuan Agong
Nama Yang di-Pertuan Agong
Negeri
Tempoh
Pertama
Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Negeri Sembilan
31.08.1957 - 01.04.1960
Kedua
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Selangor
14.04.1960 - 01.09.1960
Ketiga
Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Perlis
21.09.1960 - 20.09.1965
Keempat
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Terengganu
21.09.1965 - 20.09.1970
Kelima
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
21.09.1970 - 20.09.1975
Keenam
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Kelantan
21.09.1975 - 29.03.1979
Ketujuh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
Pahang
26.04.1979 - 25.04.1984
Kelapan
Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Johor
26.04.1984 - 25.04.1989
Kesembilan
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Perak
26.04.1989 - 25.04.1994
Kesepuluh
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan
26.04.1994 - 25.04.1999
Kesebelas
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Selangor
26.04.1999 - 21.11.2001
Kedua Belas
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perlis
13.12.2001 - 12.12.2006
Ketiga Belas
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Terengganu
13.12.2006 - 12.12.2011
Keempat Belas
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
13.12.2011 - 12.12.2016
Kelima belas
Sultan Muhammad V
Kelantan
13.12.2016 -



Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri boleh (tetapi tidak semestinya) menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak

Saturday, 15 October 2016

Samun Troli di Pasaraya




Tajuk : Samun troli (tanpa senjata)

Lokasi : Kaunter pembayaran, pasaraya seperti dalam gambar

Laporan: 15 Oktober 2016, kira-kira jam 11.20 pagi, setelah saya memunggah barang ke atas kaunter pembayaran saya menolak troli kehadapan untuk membolehkan saya mengisi barang yang telah diimbas harganya. Tiba-tiba seorang makcik dengan selamber terus mengambil troli yang saya gunakan dan terus ke kaunter berhampiran dan memunggah barang-barang yang dia beli tanpa rasa bersalah sekelumit pun. Saya tergamam dengan perbuatan keji makcik itu...sanggup menyamun troli pengguna lain demi kepentingan diri sendiri....

Kalau makcik ada terbaca kisah ini...insaflah wahai makcik...kalau anak pinak menantu saudara mara sahabat handai makcik ada terbaca...tolong la nasihat kat makcik tu...

Penyelesaian: Jalan kaki keluar pasaraya ambil troli lain...sekian.

Kepada pembaca sekalian...jangan tiru perangai makcik ini...

Wednesday, 28 September 2016

Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu

Perut sudah lapar... badan sudah penat... kerja sudah selesai... mari kita cari makan tengahari. Akupun menuju ke kawasan Pantai Batu Burok untuk mencari jika ada gerai atau kedai yang boleh aku singgahi...

Alhamdulillah... aku ternampak sebuah gerai tepi jalan yang kelihatan agak ramai pelanggannya. Akupun mencari parking yang bersesuaian. Alhamdulillah dapat tempat redup bawah pokok.

Tak banyak cerita ambil nasi, lauk, sayur, air....kira semua RM6.80

Tengah menjamu selera tu terpandang bangunan yang ada disebelah.... Mesjid rupenye!!

Cantik sangat la ni... Zohor pun dah dekat. Maka selesai makan dan bayar akupun melangkah memasuki perkarangan Masjid berkenaan.

Pandangan sisi masjid

Masjid ini bernama Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu. Ataupun juga dikenali sebagai Masjid Ladang. Pasal apa orang panggil Masjid Ladang? Sebab sebenarnya ia terletak di Kampung Ladang.

Sejarah ringkasnya ia mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada 1984. Ia dibuka secara rasmi pada September 1984 oleh Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Lokasi pertama...cari tandas.... Tandas OK, memuaskan, boleh pakai tapi takdelah sampai tahap boleh baring dalam tu..

Masjid ini memang indah dan agak unik rekaannya. Sebelum memasuki dewan solat utama, ada kaunter khas untuk pengawal yang bertugas. Terdapat mesin derma Bank Islam yang mana pengguna hanya menggunakan kad ATM untuk menderma....canggih!

Tiba-tiba mata terpandang pada satu sudut...."makanan percuma". Owh... ada pihak tertentu yang menyediakan makan secara percuma. Patutlah tadi di tepi masjid tu ramai yang kelihatan sedang makan nasi bungkus.

Makanan percuma!

Memasuki ruang solat utama... Memang besar ruang solat ini. Aku menjangkakan satu saf boleh memuatkan tidak kurang 50 jemaah. Ditepi-tepi masjid ada ruang-ruang yang agak unik. Terdapat juga Maktabah ataupun perpustakaan di dalam masjid ini. 

Mata tiba-tiba tertarik dengan satu paparan di dinding hadapan ruang solat. Ada "countdown" untuk waktu iqamah...Umak ai...canggih canggih canggih.

Nampak tu tengah countdown??

Solat macam biasalah....takdelah dengar bacaan imam sebab solat Zohor kan....

Habis solat...memang hebat cara bersalaman orang kat sini...salam erat dan mata bertentang mata! Ini barulah ada roh nye ketika bersalam !!

Alhamdulillah.... semoga masjid ini terus menjadi pusat penyebaran syiar Islam