Sunday, 26 February 2012

Pesta Buku Bangi 2012

Pesta Buku Bangi 2012
Foto oleh Aku Sendiri

Pesta Buku ke-3 Bangi Bandar Ilmu 2012 sedang berlangsung di Ruang Legar Kompleks PKNS Bangi Selangor dari 23/02/2012 sehingga 11/03/2013. Dianjurkan oleh Galeri Buku Syabab. Dengar cerita ada lebih kurang 3 juta buah buku yang nak dihabiskan dalam pesta kali ini.

Hari ini aku berkesempatan untuk melawat tempat ini. Memang ramai orang yag datang menjenguk, melihat, membelek mahupun membeli. Tersenyum aku melihat gelagat pengunjung. Nampak ramai yang dahagakan ilmu, dan minat membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin berkembang

Aku beli sebuah buku yang diterbitkan semula dalam versi yang baharu...buku yng asalnya dikenali dengan "kitab kuning"....apa tu? Kalau tanya dengan orang tua-tua tau la tu mereka...

Pada anda di luar sana...mari ramai-ramai dapatkan bahan bacaan di sini !


Ini buku yang aku beli
Foto oleh Aku Sendiri

Segala Yang Indah


Abang lori tidak kedekut senyuman walau penat melayan pelanggan
Foto oleh Tuan Kutta

"Segala yang indah"...bait-bait ayat yang dipaparkan oleh Nescafe dalam banting mereka. Bila lori ini menggolekkan tayarnya masuk ke kawasan sasaran, banyak mata yang memerhati. Dalam hati terdetik.. "Oh..minum free..jimat duit". Tidak kurang juga yang mengeluh.."Haishh..kenapalah tidak Milo..aku tak boleh telan Nescafe ni,,berdenyut kepala". Hah...itulah ragam manusia dek penangan kelibat lori Nescafe..

Apepun, terima kaseh kepada pihak Nestle yang sudi sponser minuman pada program 5S yang lalu...Terima kaseh abang yang bancuh air...memang kaw!!...Jangan jemu datang lagi.

Tuesday, 14 February 2012

Bila Ilmu Islam Semakin Berkurang

Salah satu tanda akhir zaman adalah ilmu Islam makin berkurang. Adakah kerana kepesatan Sains dan Teknologi telah menenggelamkannya? Tidak ! Berkurangnya ia kerana ilmu itu sendiri telah diangkat. Menurut Abu Hasan Ali An Nadwi, seorang yang berasal dari negara India mengatakan bahawasanya terdapat empat (4) faktor kenapa ilmu Islam itu telah diangkat.

1. Matinya para Ulama' tetapi tiada pengganti. Umat hari ini tihak ambil peduli jika masih adanya Ulama' atau tidak.

2. Manusia hari ini tidak minat untuk belajar agama. Umat hari ini lebih gemar berhibur, bermegah, bermewah dan melakukan perkara yang sia-sia.

3. Alim Ulama' yang masih tinggal tidak amanah dengan ilmu yang dimiliki, suka berdiam diri serta tidak membela agama.

4. Pihak pemerintah dan pihak penguasa menyekat perkembangan ilmu Islam. Banyak peraturan dan prosedur yang perlu diikuti untuk mengembangkan ilmu Islam.

33179 Arsènewenger


Aku menjangkakan ramai peminat bola sepak mengetahui dan mengenali nama Arsene Wenger. Namun ada satu nama baru iaitu 33179 Arsènewenger. Apakah yang dimaksudkan dengan 33179 Arsènewenger? Mungkin ramai yang tidak mengetahui.

33179 Arsènewenger adalah sebuah asteroid yang ditemui pada 29 Mac 1998 oleh Ian P. Griffin. Asteroid ini mengambil masa selama 1544,2942189 hari ataupun  4.23 tahun mengorbit matahari. Oleh kerana beliau adalah seorang peminat kelab bolasepak Arsenal ataupun dikenali juga dengan nama The Gunners, beliau telah menamakan asteroid itu dengan nama pengurus pasukan Arsenal iaitu Arsene Wenger. Nama ini diberikan bagi menghargai pencapaian Arsene Wenger, seorang pengurus bola sepak dari Perancis yang mengemudi Arsenal dari 1996. Arsene Wenger  merupakan satu-satunya lagenda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang melalui seluruh musim dengan rekod tanpa kalah. Dengan jolokan “The Invicibles”, The Gunners melalui 49 perlawanan dengan 36 kemenangan, 13 seri dan 0 kekalahan di antara May 2003 dan Oktober 2004

Wednesday, 19 October 2011

Pencawang Elektrik (PE)

Bagaimana anda boleh membaca Blog ini di atas skrin?

Kali ini aku nak bercerita berkenaan Pencawang Elektrik. Sebelum itu kita lihat rangkaian sistem kuasa elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem Grid. Rangkaian di Malaysia terbahagi kepada Penjanaan - Penghantaran - Pembahagian. Bahagian yang aku nak ceritakan adalah bahagian Pembahagian...

Dalam pembahagian, terdapat Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pembahagian Utama (PPU) dan Pencawang Elektrik (PE)


Apa itu Pencawang?  Pencawang ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai radas sama ada mengubah atau menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan tinggi ( selain daripada pengubah atau menurunkan tenaga semata bagi pengendalian peranti pensuisan atau peralatan) atau pensuisan , pengawalan atau pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu dan termasuk radas di dalamnya. (Sumber : Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Terdapat 5 jenis PE iaitu Berbangunan, Luar Bangunan, Padat, Atas Tiang / H-Pole, dan Bawah Tanah. Namun yang digunapakai di Malaysia hanyalah 4 selain Bawah Tanah. Apa la yang aku katakan PE ni ye? Macamana la rupanya? Entah-entah hari-hari ditengok..ada kot kat depan rumah.



Gambar di atas merupakan PE Atas Tiang @ H-Pole. Kenapa namanya H-Pole sebab ada tiang kiri-kanan dan palang ditengah yang menjadikan seakan-akan huruf H. Gambar ini aku 'tembak' ketika di kawasan Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia. H-Pole ni banyak terdapat di kawasan kampung-kampung, yang mana penggunanya tidaklah terlalu ramai. Kalau kawasan perumahan biasanya tak pakai jenis nih, pakai berbangunan. 

Yang duduk kat tengah tuh namanya pengubah (transformer), yang ada tong bulat tuh "oil tank" untuk transformer tu la....Voltan masukan adalah 11kV, pengubah merendahkan voltan kepada 415V, 3 fasa, sumber 4 wayar. Voltan diantara 2 talian adalah 415V dan diantara mana-mana talian dah fasa ialah 240V. 240V ni la yang sampai ke rumah kita.. Inilah salah satu sebab kenapa anda boleh membaca Blog ini...hehee...

Ada "Switch Gear" yang menjaga sistem. Ada "feeder pillar" yang digunakan untuk membahagikan keluaran. Kalau kat kampung-kampung biasa diorang sebut line 1 - line 2 - line 3. Kalau padam line 1 mungkin line 2 dan 3 masih OK. Tapi kalau memang down semua...heeee...gelap laaa....

Kalaulah PE ni tiada....bayangkanalah apa akan terjadi pada barangan elektrik kita....11kV masuk....perghhh!!! Kebabommmmm !!!!

p/s: sesiapa nak buat hasil penulisan/hasil ilmiah nak ambil gambar nih atau apa2 maklumat sila lah...takde hal punyo...F.O.C..tapi tapis-tapis la mana yang patut

Friday, 14 October 2011

Van MILO





Tahun lepas sempena World Cup Milo buat promosi Bola....tak berapa menarik perhatian aku...tahun ni tiba-tiba Koleksi Van MILO dari tahun 50'an sampai 2011....teruja pulak aku. Walaupun agak lewat aku tau tapi aku cuba lah jugak...macam2 hal aku tempuh demi nak dapat benda nih....heheee..macam macam....

Rare item.....

Tuesday, 11 October 2011

Post Box (Stamp Week 2011)

Yeahhhh!!!.....Minggu Setem 2011 kembali lagi !!!!! Kepada peminat tegar, kipas susah mati setem sila hadirkan diri anda ke Sunway Piramid dari 10 - 16 Oktober 2011 (LG1). Program bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam...Dapatkan berbagai setem dan yang berkaitan dengannya di sana...

Sempena Minggu Setem ni, Pos Malaysia melancarkan setem baru bernama "Post Box". Koleksi ini berkenaan rekabentuk tong pos yang telah diguna pakai sejak dahulu hingga sekarang, disamping logo-logo Pos Malaysia.. Ada dalam bentuk setem, sampul surat hari pertama, folder, booklet dan poster. Jadi pilihlah mana yang berkenan di hati.

Di bawah ni adalah antara helaian yang ada....Setem RM 1 Tong Pos (Material:Spot UV & Emboss)

Thursday, 22 September 2011

Amazing Photo

Yeahhhh!!! Buat penggemar mahupun penggila gambar, ini ada satu bahan menarik untuk dikongsikan buat tatapan dan cetusan idea kalian. Gambar ini diambil oleh seseorang yang telah lama menetap di kawasan Midwest...gambar ini pada ketika kawasan berkenaan dilanda tibut yang teruk... untuk maklumat penuh kalian boleh menyelusiri pautan yang berada di bawah:


http://my.news.yahoo.com/photos/amazing-nature-photos-1316481432-slideshow/national-geographic-photo-1316539106.html

Tuesday, 2 August 2011

Sejarah Takbir Raya

Ramadhan menjelma lagi...ku harap rakan-rakan sekalian dapat melaksanakan ibadah puasa sebaik yang mungin..puasa, satu ibadah yang bermula dengan 'markah penuh' kemudian bergantung kepada kita untuk mengekalkan atau mengurangkannya...sebab itu ada orang berkata puasa hanya sekadar lapar dan dahaga..

Baiklah, bila ramadhan berakhir maka Syawal akan menjelma. umat Islam akan bertakbir bagi menyambut kejayaan mengharungi Ramadhan dan meraikan kehadiran Syawal. Namun tahukah anda sejarah takbir raya? mari kita soroti petikan ini....

Ianya bermula pada awal Hijrah. Yaitu pada peperangan Badar.
Abu Lahab merupakan seteru dalam peperangan dan telah dipenggal kepalanya.
Lalu kepala Abu Lahab dibawa ke penghadapan Rasulullah s.a.w.
Apabila melihat akan kepala Abu Lahab Rasulullah pun melafazkan kata-kata takbir yang seperti takbir hari raya yang dilafazkan sekarang.
Lalu sahabat pun bertanya kepada Rasulallah : “ Ya Rasulullah, adakah kepala itu mendengar akan apa yang kau katakan padanya”
Jawab Rasulallah : ”Ya, dia mendengar tetapi tidak dapat membalas kata-kata”



Sumber :Oleh Tn Haji Mohd Ali Sarbini (Imam Masjid Tuanku Mizan) dalam Rancangan Gema Takbir TV1

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12533.0


sekiranya rakan-rakan ada sumber lain sila perbetulkan saya...sekadar berkongsi ilmu.







Tuesday, 26 July 2011

Cerita Habu dan Salukot

Berikut perbualan diantara dua sahabat pada tengahari yang suam-suam. Habu (bukan nama sebenar) baru keluar dari sebuah pasaraya besar. Kemudian terserempak dengan si Salukot (bukan nama sebenar juga).

Salukot : Habu, banyak beli barang? Apa yang ko beli tu?

Habu : Banyak la jugak, nak masak tengahari nih. Nanti ko datang la joint sekali makan

Salukot : Ohhh...pasal makan free boleh jek...hehee...yang ni ape pulak siap bungkus hitam nih, macam barang terlarang jek? Kahkahkah...

Habu : Ni jiran aku pesan tadik..tolong menolong..ni ada tube hitam 17 tahan koyak, bessarrrr punye ngan spageti kuning size 5, halusssssss...

Salukot : Owhhh...gitu...(dalam hati...ape ke pelik pesanan jiran dia nih)

Habu : Oklah, aku nk balik dulu. Nanti lambat pulak nak masak..jgn lupe datang ye

Salukot : Ok..berehhhh

Habu pun berlalu. Salukot pun mengeluarkan henponnye dan menghantar sms kepada seseorang.

Dah sampai rumah...Sedang habu sibuk-sibuk masak kat dapor..tiba-tiba ... “ding-dong” “ding-dong” “ding-dong” bertalu-talu...terkejut Habu. Desis hatinya siape pulak yang mengamok nih. Pintu pun dibuka, rupenye si Diang awek si Habu nih..tapi mukenye masam2 asam jek.


Diang : Bang, siapa dihati abang?

Habu : Ehh..rileks la..ape marah2 ni..tentulah Diang dihati abang..

Diang : Rileks abang kata..abang ada pompuan lain ye? Tau la jiran abang tu anak dara yang mude dari saya lagi cun pulak dan the bomb lagi !!

Habu : Ape yang ko merepek ni Diang oiii?

Diang : Merepek ye bang? Nih, baca sms nih...

“Diang, baik ko siasat BF ko tu..tadi aku jumpe dia kat pasaraya..dia beli tube ngan spageti..dia kata untuk jiran dia” sender:Salukot Hangit..

Habis baca Habu gelak terbahak-bahak..Diang jadi pelik...apehal pulak..

Habu : Laaa...pasal sms ni ke? Meh abang story...jap eh...

Habu memanggil jirannya itu keluar membawa beberapa barang..beberapa ketika kemudian jirannya yang cun itu membawa barang yang dimaksudkan...

Habu : Haaa... ni la nye spageti dan tube tu...mee spageti kaler kuning, size no 5....satu lagi tube moto adik dia tu ha, rim 17 size 2.75

Diang : erkkk????

Sejurus kemudian Diang meminta maaf kepada Habu...tapi sampai kesudah si Salukot tak muncul-muncul untuk makan bersama....ngeh ngeh ngeh


psss:kisah ini rekaan semata-mata oleh aku..jika bersamaan dengan yang masih hidup atau yang mati hanyalah kebetulan..maaf ku pohon..