Hujung minggu menjelma..buat apa ya? Mari kita buat pizza...untuk dimakan bersama seisi keluarga sesambil tengok tv.
Namanya cara mudah...maka bahan-bahan pun mudah lah....Maka, ini dia cara-cara membuat pizza daging dan sosej dengan mudah
Bahan-bahan:
Daging hancur sekeping @ ikut suka
Sosej/frankfurter 3 ketul @ ikut suka
Bawang puteh 3 ulas (itali style..)
Sos spageti 1 botol (sikit je pakai)
Roti pizza / pizza base
Keju cheddar, mozarella - ikut suka
Cara-cara:
Potong sosej, Nyahbekukan daging hancur, Hiris bawang...lepastu tumis semua bahan-bahan ini sehingga masak
Sediakan asas pizza....dah namanya segera, maka pakai yang dah siap la..beli kat kedai. Yang ini pizza base brand Tricious...ada logo Halal Jakim....kalau nak uli sendiri pun boleh.
Okey, biasaya orang sapukan sos/paste tomato...tapi aku sapukan sos spageti pada bahagian asas..apa-apa perisa pun boleh
Lepas tu, letaklah bahan-bahan yang dah dimasak tadi (sosej+daging+bawang). Ratakannya....lepastu taburkan cheese iaitu keju...hehee...ni aku pakai cheddar dan mozarella aje..parut sendiri. Kalau nak lagi mudah beli yang dah siap parut..yang 3 in 1 lagi mudah (ada cheddar+mozarella+parmesan). Suka berkeju maka letaklah banyak-banyak
Panaskan oven sekejap...pastu bakarlah dalam suhu 180-200°C selama 15-20 minit @ sampai keju-keju cair belaka...
Taraaaaa...dah siap...moh makan !!
Selamat mencubaaaa....sedap cakap dengan kawan-kawan...tak sedap cakap dengan saya
Sunday, 8 September 2013
Friday, 6 September 2013
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Tiada lagi soalan ramalan UPSR/SPM 2016
Haaaa....panasss..panassss...Cikgu-cikgu dan sesiapa yang nak ambil peperiksaan UPSR mahupun SPM tahun 2016 nanti sila ambil perhatian yeee...
Di Kuala Lumpur hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Apa ke benda tu? Antaranya pasal soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ..Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan UPSR dan 50 peratus soalan SPM akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza.
Sehubungan itu, dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.
Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.
Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.
Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.
Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.
Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian. Berkemungkinan juga penglibatan pelajar dalam aktiviti ini akan menjadi syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi

Menyusukan Anak Sambil Memandu
Di Beijing, Seorang wanita dari Yuzhou, China
ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil
menunggang basikal berenjin. Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya
sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula
menangis.
Ibu muda ini bukanlah orang pertama yang kena saman pasal perkara sebegini.
Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu. Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.
Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat. Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Di Malaysia yang biasa nampak ialah menggunakan telefon sambil memandu...dan menunggang motosikal...betul kan?
Cerita asal: hmetro
Thursday, 5 September 2013
"Kambing Golek" Sabak Bernam
285 kambing tergolek atas jalan
Sabak Bernam: Penduduk Sungai Limau, di sini
menerima ‘durian runtuh’ apabila sebuah lori yang membawa 285 ekor
kambing terbabas di Jalan Simpang Tiga Loji, kampung itu menyebabkan
puluhan haiwan ternakan itu yang baru tiba dari Australia terlepas ke
atas jalan raya dan kawasan sekitarnya.
Seorang penduduk Zubidah Maskor, 57, berkata, dia yang bercadang mengadakan majlis jamuan raya sempat pergi ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan sebuah lori membawa kambing terbabas dan kambing yang sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ akan disembelih sebelum diagihkan.
LORI yang membawa muatan kambing Australia terbabas.
“Penduduk dibenarkan mengambil daging kambing yang sudah disembelih, jadi saya tidak melepaskan peluang itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Rani Mat Hanafiah berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan jam 4.36 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian.
“Seramai tujuh anggota terbabit dalam operasi itu. Ada kambing berkenaan yang tersepit di bawah kotak dan kayu serta usaha menyelamat turut dibantu penduduk kampung,” katanya.
Cerita asal : hmetro online
Hari Berurusan Dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
Rumah dah siap...sila pergi MPK ye mohon pemulangan deposit.
Aku pun siapkan lah apa-apa yang patut seperti yang dinyatakan di dalam surat kelulusan yang diberikan seperti:
- Resit bayaran asal
- Borang mula / siap kerja (Borang B:(KSM)5)
- Gambar rumah yang terkini - warna
Jadi....gi la MPK..sila gi ke Bahagian Pembangunan ye...jumpa Pak Guard..masuk pejabat..sembang punya sembang pasal urusan maka orang MPK bagi borang....Borang B: (PPM)6 - Notis mula / siap kerja pelan pindaan mudah.
Gi jumpa semula Arkitek yang buat pelan umah aku tempohari... Tiba-tiba dia beri aku satu borang lain. Borang B: (KSM)6 - Notis mula / siap kerja pelan pindaan mudah. Erkkk...tajuk sama...cuma beza PPM dengan KSM aje...ape beza? Ntah lah...Dia kata biasanya pakai borang KSM..bukannya PPM
Aku bawa je la 2 borang tu...Sampai kat bahagian pembangunan tadi...sembang punya sembang...dia ambil borang KSM...pastu...aisyehhh...salinan I.C takdok pulak..kena la gi potostet....kuikuikui
Akhirnya, aku dilayan oleh seorang kakitangan wanita... ahaaa...ok..ok...ini..ini.. terangnya dengan molek... "Ok Encik, ni dah selesai...tunggu la nanti ada orang talifon suruh ambil cek ye"... beritahu nya....Alhamdulillah...tunggu je lah...
Terima kaseh atas kerjasama anda semua
Ok....kesimpulannya...kalau nak gi buat sendiri proses pemohonan pemulangan balik deposit kat MPK sila sediakan*:
- Resit bayaran asal
- Borang mula / siap kerja (Borang B:(KSM) 6)
- Gambar rumah yang terkini - warna
- Sesalinan kad pengenalan
*mungkin akan berubah dari masa ke semasa....sss

Arahan dalam surat kelulusan MPK
Jadi....gi la MPK..sila gi ke Bahagian Pembangunan ye...jumpa Pak Guard..masuk pejabat..sembang punya sembang pasal urusan maka orang MPK bagi borang....Borang B: (PPM)6 - Notis mula / siap kerja pelan pindaan mudah.
Borang B: (PPM)6 - Notis mula / siap kerja pelan pindaan mudah
Gi jumpa semula Arkitek yang buat pelan umah aku tempohari... Tiba-tiba dia beri aku satu borang lain. Borang B: (KSM)6 - Notis mula / siap kerja pelan pindaan mudah. Erkkk...tajuk sama...cuma beza PPM dengan KSM aje...ape beza? Ntah lah...Dia kata biasanya pakai borang KSM..bukannya PPM
Borang B: (KSM)6 - Notis mula / siap kerja pelan pindaan mudah
Aku bawa je la 2 borang tu...Sampai kat bahagian pembangunan tadi...sembang punya sembang...dia ambil borang KSM...pastu...aisyehhh...salinan I.C takdok pulak..kena la gi potostet....kuikuikui
Akhirnya, aku dilayan oleh seorang kakitangan wanita... ahaaa...ok..ok...ini..ini.. terangnya dengan molek... "Ok Encik, ni dah selesai...tunggu la nanti ada orang talifon suruh ambil cek ye"... beritahu nya....Alhamdulillah...tunggu je lah...
Terima kaseh atas kerjasama anda semua
Ok....kesimpulannya...kalau nak gi buat sendiri proses pemohonan pemulangan balik deposit kat MPK sila sediakan*:
- Resit bayaran asal
- Borang mula / siap kerja (Borang B:(KSM) 6)
- Gambar rumah yang terkini - warna
- Sesalinan kad pengenalan
*mungkin akan berubah dari masa ke semasa....sss
Tuesday, 3 September 2013
Fuel Price Around The world
Petua: Ubi kentang mampu hilangkan lingkaran bawah mata
Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase.
Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang seperti memotong timun kemudian lekapkan terus di kawasan mata. Tetapi hasilnya memang berbaloi untuk di lakukan.
Nak tahu cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata anda:
1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Selamat mencuba!

Real Madrid Dapat Garreth Bale, Arsenal Dapat Mesut Ozil
Garreth Bale tinggalkan Spurs untuk sertai Real Madrid
Kecoh satu dunia apabila Garreth Bale yang menjadi buruan beberapa kelab ternama akhirnya meninggalkan Tottenham Hotspur dengan memilih Real Madrid sebagai pasukan barunya.
Apa yang kecoh sangat adalah yuran perpindahannya yang dikatakan memecah rekod. Walaubagaimanapun nilai yuran perpindahannya tak didedahkan....Apepun nilai kontrak selama 6 tahun yang diikat dipercayai sekitar 10 juta euro (RM43 juta) setahun.
Ikut sok-sek sok-sek dari England, yuran perpindahan Bale adalah 101 juta euro (RM436 juta) manakala rodong dari Sepanyol puak cakap Real hanya membayar 91 juta euro (RM393 juta), kurang 3 juta euro (RM12.9 juta) daripada nilai dibayar Los Blancos terhadap Cristiano Ronaldo pada 2009.
Mesut Ozil joint Arsenal
Apepun...untuk membayar nilai yang tinggi ni Real terpaksa jual pemain untuk cover kos. Arsenal kiranya mendapat tuah apabila Midfielder antarabangsa German, Mesut Ozil menjadi pemain yang di luar jangkaan telah memasuki skuad The Gunners !!! Yeahhhh...Welcome Mesut Ozil...Baru umor 24 nih
Awal musim...Arsene Wenger dikecam hebat kerana gagal menancing Luis Suarez, Gonzalo Higuain dan Luiz Gustavo. Sudahnya The Gunners terpaksa mengharungi kempen pusingan pertama musim ini dengan khidmat dua pemain baru Mathieu Flamini dan Yaya Sanogo yang ditandatangani secara percuma.
Selain Mesut Ozil...Gunners sedang memburu Karim Benzema dan Angel Di Maria serta mungkin membuat bidaan kedua ke atas pemain Newcastle, Yohan Cabaye.
Apakah kemasukan Mesut Ozil akan menyejukkan hati penyokong The Gunners?
Monday, 2 September 2013
Harga Petrol RON 95 & Diesel Naik 20 Sen/Liter
Yaaa....nasib lah...bermula tengah malam ini, jam 12.01am 3 September 2013 harga minyak diesel dan petrol RON 95 akan naik sebanyak 20 sen bagi setiap liter.. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini. Ini bermakna harga baru adalah RM2.10/liter kan???? Kata PM, pengurangan subsidi ini akan menjimatkan bajet kerajaan sekurang-kurangnya sebanyak RM1.1 billion. Dengan harga baru ini, kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen per litre untuk RON95 dan 80 sen per litre untuk diesel.
Orang ramai yang mengetahui perkara ini mula membanjiri stesen-stesen miyak yang berhampiran. Tanpa mempedulikan stesen pilihan dihati, atau kad loyalti apa yang nak diseret untuk mengutip mata ganjaran...yang terfikir dihati hanya stesen yang paling dekat!!!
Psss...lepas minyak naik....maka yang lain-lain pun akan naik....sob..sob..
Kenderaan orang ramai bersesak-sesak ke stesen minyak bagi mendapatkan bekalan minyak
(Caltex Perkampungan Mahkota Aman Batu 11 Jalan Gambang)
Orang ramai yang mengetahui perkara ini mula membanjiri stesen-stesen miyak yang berhampiran. Tanpa mempedulikan stesen pilihan dihati, atau kad loyalti apa yang nak diseret untuk mengutip mata ganjaran...yang terfikir dihati hanya stesen yang paling dekat!!!
Psss...lepas minyak naik....maka yang lain-lain pun akan naik....sob..sob..
Sunday, 1 September 2013
Durian Oh Durian
Jom makan durian kampung mariiii !!
Eh kome..deroyan dah berbunge..moh kita minang anak dare...ehhh...
Hujung minggu di lengkapkan dengan aktiviti memakan durian..Ni durian percuma je..ada orang bagi..Ni durian kampung, dusun sendiri...Kampung Jaya Gading la kot gamaknya...terima kaseh pada yang memberi
Perghhhhh !!! Memang menikam hidung baunya. Rupanya isinya pun memang menikam selera. Cuba tengok warnanya yang kuning tuh....memang sedap sehingga menjilat jari....

Alhamdulillah....Syukur pada Allah atas rezeki dan nikmat ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

+(640x480).jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)