Di Beijing, Seorang wanita dari Yuzhou, China
ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil
menunggang basikal berenjin. Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya
sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula
menangis.
Ibu muda ini bukanlah orang pertama yang kena saman pasal perkara sebegini.
Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu. Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.
Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat. Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Di Malaysia yang biasa nampak ialah menggunakan telefon sambil memandu...dan menunggang motosikal...betul kan?
Cerita asal: hmetro
No comments:
Post a Comment