Tuesday, 3 September 2013

Real Madrid Dapat Garreth Bale, Arsenal Dapat Mesut Ozil

Garreth Bale tinggalkan Spurs untuk sertai Real Madrid

Kecoh satu dunia apabila Garreth Bale yang menjadi buruan beberapa kelab ternama akhirnya meninggalkan Tottenham Hotspur dengan memilih Real Madrid sebagai pasukan barunya.

Apa yang kecoh sangat adalah yuran perpindahannya yang dikatakan memecah rekod. Walaubagaimanapun nilai yuran perpindahannya tak didedahkan....Apepun nilai kontrak selama 6 tahun yang diikat dipercayai sekitar 10 juta euro (RM43 juta) setahun.

Ikut sok-sek sok-sek dari England, yuran perpindahan Bale adalah 101 juta euro (RM436 juta) manakala rodong dari Sepanyol puak cakap Real hanya membayar 91 juta euro (RM393 juta), kurang 3 juta euro (RM12.9 juta) daripada nilai dibayar Los Blancos terhadap Cristiano Ronaldo pada 2009.

Mesut Ozil joint Arsenal

Apepun...untuk membayar nilai yang tinggi ni Real terpaksa jual pemain untuk cover kos. Arsenal kiranya mendapat tuah apabila Midfielder antarabangsa German, Mesut Ozil menjadi pemain yang di luar jangkaan telah memasuki skuad The Gunners !!! Yeahhhh...Welcome Mesut Ozil...Baru umor 24 nih

Awal musim...Arsene Wenger dikecam hebat kerana gagal menancing Luis Suarez, Gonzalo Higuain dan Luiz Gustavo. Sudahnya The Gunners terpaksa mengharungi kempen pusingan pertama musim ini dengan khidmat dua pemain baru Mathieu Flamini dan Yaya Sanogo yang ditandatangani secara percuma.

Selain Mesut Ozil...Gunners sedang memburu Karim Benzema dan Angel Di Maria serta mungkin membuat bidaan kedua ke atas pemain Newcastle, Yohan Cabaye.

Apakah kemasukan Mesut Ozil akan menyejukkan hati penyokong The Gunners?

No comments:

Post a Comment