Masalah bekalan gas memasak di sekitar Kuantan makin meruncing akhir-akhir ini. Sungguh sukar untuk didapati. Masalah ni bermula apabila pembentangan harga baru LPG tempohari yang keputusannya tiada perubahan.
Ada..tapi mahal
Dari sumber-sumber yang diperolehi, ada tempat yang boleh didapati bekalan gas memasak ni.. tapi harganya melambung ke siling..boleh tembus atap
Ada yang membeli dari belakang Tunas Manja Tanjung Lumpur...harga RM35 setong 14 kg!
Ada yang beli kat lori harga RM30 setong
Ada juga yang dapat beli kat kedai tapi cukup terhad bekalan..siapa cepat dia dapat laaa....tu pun harga RM30+ setong 14 kg. Pekedai pun dah kena catu bekalannya (tu pun mujur ade bekalan)
Apa masalahnya?
Masalahnya? Masalah ni kedengaran di sekitar Kuantaan sahaja...kawasan lain elok je.. Apakah ada pihak tertentu yang senghaja menyorokkan bekalan? Atau menunggu bermulanya GST ni untk melambakkan semula bekalan di kedai-kedai?.... Apa masalah sebenar? Entahlah....
Yang merana...PENGGUNA yang tak duduk di KUANTAN....kalau PUTRAJAYA PASTI dah lama selesai masalah ni...
Sekian... Siapa ada resepi buat LPG meh la kongsi