Wednesday, 21 January 2015

Raya Datang Lagi...Pek Baru Harga Baru

Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina, hampir keseluruhan mengadakan "Jualan Mulah Mulah". Memang sebahagiannya betul-betul murah berbanding hari-hari biasa atau sebelumnya.

Namun, ditengah-tengah keseronokan orang membeli-belah barangan yang "cheap sale" ni, ada juga barangan yang sebenarnya lebih mahal dari harga hari-hari biasa atau selepas diskaun harganya sama seperti selalu !!! Selalunya yang jadi macam ni adalah premis-premis yang bukan menjual barangan keperluaan harian tetapi barangan seperti produk-produk berasaskan kain tak kiralah baju, seluar, seluar dalam, baju dalam, stokin, kasut, beg, beg tangan...apa lagi? emmmm....

Baru-baru ni ada pergi ke kedai/pasaraya Tunas Manja yang menjual barangan keperluan harian. Nak beli susu tepung untuk anak. Susu tepung Dumex Dugro..Sekali ada 2 harga pulak.. Oooo.. rupanya sudah tukar pek baru maaaa. Pek lama dia cheap sale RM22 (ada diskaun lagi jadi RM20) tapi yang pek baru dia jual RM24 (Harga sebenar pek baru RM27.30)



Satu lagi beli sos spageti.. Sebab kurang rajin buat sos nya maka beli je la...heheee... Kat pasaraya Giant ni ada jual botol baru, pek baru denga harga RM4.59. Yang lama takdak. Tapi pergi kat Kedai 1Malaysia ada botol lama dia jual rege RM3.59. Beza seringgit tu.....



Nampaknya...stok lama sedang dihabiskan... Stok baru dengan pek baru akan menyusul dengan harga yang lebih tinggi dikala harga minyak jatuh merudum. Yelahh...dulu orang meniaga kata harga barang naik sebab harga minyak naik...


No comments:

Post a Comment