Monday, 29 September 2014

DIY : Buat Tempat Gantung Kunci

Aku bukanlah tukang kayu atau tukang besi...


Hari demi hari eh makin banyak pulak kunci yang aku nak gantung ni...tak muat dah paku ni


Tanggalkan gugusan anak kunci tadi dan taraaaa.....ni la 2 batang paku yang menyokong anak-anak kunci tadi


Keluar rumah, amik kayu lebihan (kayu siling rumah), potong la ikut suka mana panjangnya, amik penyangkut (hook) pasang kat tempat mana nak pasang (seperti gambar). Dah siap apa lagi gantung la kat paku tadi


Dah tu cuba test try la gantung kunci... Taraa....!!! Kalau nak cun lagi boleh la cat kayu tu.

Kos pembuatan...errr...entahlah tak sampai seringgit  rasenye.

Selamat mencuba

Sunday, 21 September 2014

Dapur dK : Resepi Ayam Cendawan Lada Hitam

Bahan-bahan:

Ayam
Bawang merah/kecil
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Lobak merah
Kentang (optional)
Kicap manis
Kicap pekat (optional)
Cendawan
Garam (optional)
Minyak masak

Cara memasak:

1. Potong ayam agak kecil sedikit (jangan besar sangat) dan basuh bersih-bersih

2. Kupas bawang merah, bawang putih dan halia. Tumbuk/kisar kemudian bahagikan kepada 2 bahagian

3. Lobak dan kentang dipotong dadu..atau ikut style masing-masing




4. Gaulkan ayam dengan 1 bahagian bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam (ditumbuk), kicap manis, dan kicap pekat sehingga rata. Perap sebentar sekitar 20-30 minit. (kalau tak sabar masak je la terus..)

5. Panaskan minyak. Tumiskan lebihan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuning-kuningan. Kemudian masukkan kentang dan lobak.. Masak sekejap

6. Kemudian campurkan ayam yang diperap tadi dan gaulkan sehingga rata. Kemudian masukkan baki air/perapan ayam tadi ke dalam masakan.

7. Setelah ayam separuh masak, masukkan cendawan.... dan tunggu sehingga masak. (Masukkan garam jika anda rasa tak cukup masin..)



Portion bahan-bahan mengikut suka hati masing-masing. Hidangan ini sebenarnya sesuai sebagai hidangan untuk orang selepas bersalin. Lada hitam dapat membantu memanaskan badan. Tapi kalau banyak sangat nanti terlajak panas pulak...takut memberi kesan kepada bayi yang menyusu. Apepun orang tak bersalin pun boleh makan menu ni... Pasti terlajak sedap!!

Friday, 12 September 2014

Penipuan di Stesen Minyak.. Hati-hati

Berhati-hati mengisi minyak... begitulah kisahnya dalam zaman yang serba moden dan canggih dengan bantuan sistem.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Karapaia

Perihal mengisi minyak...

Kes 1... Pihak pengusaha mengejas antara angin dan minyak pada pam minyak. Lebih banyak angin dari minyak yang keluar dan masuk dalam tangki. Kes ni susah nak kesan melainkan anda boleh ukur kuantiti nya

Kes 2... Kita bayar RM50 sebagai contoh untk isi minyak pada kaunter. Tapi si penjaga kaunter key-in dlm sistem RM40 sahaja. So bila kita isi kita dapat minyak untuk nilai RM40 je la...

Kes 3... Ni bagi pemegang fleet card. Kata kawan-kawan aku yang bertugas sebagai pemandu, jangan la beri org kaunter pegang kad tu. Nanti ntah apa-apa nilai yang dia key-in dalam sistem. Nanti kita isi RM40 tapi dia key-in RM40+RM10... lagi RM10 tu ntah kat mana la dia gi isi...

Kes 4... Kita dah berhenti isi minyak... Tapi meter masih jalan dan RM RM RM masih jalan. Huyyooo... Lagi-lagi kalau isi minyak full tank. Ni salah sistem atau salah pam itu sahaja? Tak caya? Ce tengok (cari) video brother isi minyak dah berhenti tapi bil tetap jalan

Amacam? Ni mungkin sebahagian sahaja yang diketahui... So, berdoalah agar kita terhindar dari pengusaha-pengusaha yang tamak haloba seperti ini...

Thursday, 11 September 2014

Sanofi Lactacyd & Love your V

Sanofi Lactacyd. Pernah dengar? Apa itu Sanofi Lactacyd?



Ini sebenarnya satu jenis produk pembersihan untuk bahagian sulit wanita. Kalau orang putih kata "Women vagina natural protection"

Love your V? Apa itu V? V di sini merijuk kepada kawasan intim wanita... In English we called it Vagina

Produk ini seperti sabun yang kita sapu pada badan juga. Cuma berbeza dari segi kandungan dalam pembuatannya yang mana hasilnya lebih lembut dan tidak merengsa pada kulit. Jadi sesuailah digunakan di bahagian intim wanita

Ianya diformulasikan untuk membantu mengekalkan keseimbangan pH di bahagian intim untuk mengekalkan ianya sehat dan segar...

Jadi... apa pilihan anda?

Wednesday, 10 September 2014

Experience at Vistana KL

Menginap di mana-mana pastinya memberikan anda berbagai pengalaman yang berbeza-beza. Untuk urusan kerja kali ini penginapan adalah di Vistana Kuala Lumpur. Vistana ni milik YTL... di Kuantan Pahang pun ada Vistana

This is not for the 1st time for Vistana KL.. so many many time laaaa... 

Dengan bilik yang dah dinaik taraf sejak 1-2 tahun yang lalu... memang makin menarik lah penampilan dalam bilik ni... harga pun makin mencanak-canak naik...



Kali ni aku nak masak air guna cerek elektrik (electric kettle) yang ada dalam bilik hotel ni. Sekali cuba ON suis tak menyala pulak/tak berfungsi. Aku cuba pada soket alur keluar a.k.a plug yang lain.. sama juga. 

Aku pun call la operator hotel ni.. Jenuh juga nak dapat line. Da dapat sekali operator lelaki angkat dan speaking. Aku bantai cakap Bahasa Melayu sebab kan kita dok kat Malaysia... Sekali operator kata dia dok pahe kecek melayu. Cetttt... aku rase mat ni bukan orang Malaysia kot kalau dengar dari slang nya.

Aku pun kena la terang dalam bahasa Inggeris pulak... dah tu kena ulang 2-3 kali pulak dia dok pahe2 jugak.. haish...last dia kata OK, i will ask housekeeping to check...


Tuesday, 2 September 2014

Hadiah Birthday

Ape hadiah birthday korang? Ape korang dapat sempena ulang tahun kelahiran korang? Masih kah kau ingat? Mungkin ada hadiah yang gempak.. yang lucu.. yang menyedihkan.. yang menjengkelkan.. yang seksi.. dan yang di luar akal fikiran.. Aku menyelusur membaca kisah-kisah manusia dengan hadiah birthday mereka


Di Kuala Lumpur sorang kanak-kanak begitu gembira mendapat hadiah set Playstation.. dapat main game selalu. Namun nun jauh di Taiwan seorang yang berusia 15 tahun menggemparkan dunia apabila mendapat hadiah sport car Pagini Huayra. Lesen memandu pun tak de lagi

Di Pantai Timur seorang jejaka melompat girang dan hampir tak percaya apabila mendapat hadiah sebuah superbike Ducati 1199 Panigale. Tau macamana motosikal ni? Alaaa.... macam hantaran Mawar kepada Fizo tu... harga pun mengah.. dekat RM200k.

Di satu sudut dapur seorang suri rumah senyum-senyum meleret sampai ke telinga apabila si suami menghadiahkan rantai emas kepadanya. Fuhhh.... nasib tak payung emas.

Dari negara singa... Singapura... seorang remaja wanita rasa teruja apabila mendapat hadiah 2 helai seluar dalam g-string dari rakan-rakannya... Macam kes artis Malaysia dapat hadiah bra pastu masuk surat khabar Harian Metro.

Kita ke utara pulak.. seorang ayah menitiskan air mata apabila anaknya menghadiahkan Smartphone Sony Xperia Z2.... So anak-anak dia kata boleh selalu video call ayah.

Aku ada dapat apa sempena ulangtahun kelahiran?

Pastilah dapat ucapan dari insan yang disayangi... serta rakan-rakan, kulaan-kulaan, anak-anak murid, bekas-bekas anak murid... dan ramai lagi... Terima kaseh kalian

Dan.... ni hadiah paling best pada aku....no superbike, no supercar or sportcar, no gold, no Playstation, no smartphone, no g-string....no..no..and no...it a simple gift.. home made by somebody...








Pagi-pagi bute sebelum gi tadika Abang Long lukis and wish Heppy Birthday !!!

Priceless...Every gift have their own sentimental value