Muka hadapan Harian Metro..Sinar Harian memaparkan kisah orang hilang di sebuah villa yang dipanggil Villa Nabila. Berita Harian juga tak ketinggalan, cuma bukan pada muka hadapan.
Villa Nabila ni sebuah rumah yang dah lama ditinggalkan. Rumah kita pun kalau dah lama tak ada penghuni maka akan ada la makhluk lain yang akan tumpang tinggal...inikan pula rumah dah bertahun tak ada penghuni. Dalam bahasa mudahnya...tempat keras...bukan keras pasal batu...tapi keras berhantu...
Mari kita tengok kat mana lagi lokasi ataupun tempat yang didakwa oleh masyarakat berhantu...ada hantu...
1. Highland Tower - Kuala Lumpur
Dahulunya merupakan sebuah kediaman mewah di Taman Hillview Ulu Kelang Selangor yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. 11 Disember 1993, 1 daripada 3 blok yang mempunyai 12 tingkat setiap-satunya telah runtuh (kalau tengok video bangunan tu patah!!). Seramai 48 orang telah terkorban. Hanya segelintir mayat berjaya ditemui manakala selebihnya berkubur di sana. 2 lagi blok yang ada diarahkan dikosongkan setelah disahkaan tidak selamat untuk dihuni...
2. Banglo Mona Fendi
Banglow ini didiami oleh seorang bomoh bernama Mona Fendi. Bomoh bersama suaminya dan pembantu telah melakukan pembunuhan kejam ke atas seorang Wakil Rakyat, Datuk Mazlan Idris. Ritual dikatakan bagi melengkapkan ilmu yang dituntut.
3. Kemayan City - Johor Bahru
Kompleks membeli belah yang terbengkalai pembinaannya. Bila dah tebengkalai maka adalah mahluk lain tumpang tinggal. Dipercayai dihuni oleh mahluk halus
4. Lebuh Raya Karak
Hantu Volkswagen kuning. Itu gelaran yang diberikan. Dikisahkan kehadiran sebuah Volkswagen berwarna kuning yang bergerak di atas jalan tapi tanpa pemandu....Masa ni Golf, Polo tak ada lagi
5. VillaNabila - Johor Bahru
Villa ini jadi misteri apabila berlakunya satu pembunuhan. Sejak itu macam-macam kejadian mistik berlaku. Cerita villa ni ada macam-macam versi
6. Amber Apartment - Gentting Highlands
Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manausia membunuh diri dengan terjun dari tingkap apartment, namun hilang apabila sampai ke bawah/tanah
7. Simpang - T - Georgetown - Pulau Pinang
Dikenali dengan nama The Deadly Junction, bersebelahan dengan Union High School. Hantu apa? Terdapat sebatang pokok kecik seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya terjadi selepas seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya
8. Rumah ADO Menumbok - Sabah
Apa hantu yang ada di rumah ini tidak dapat dipastikan. Kenapa dikatakan berhantu. Tiada pernah ada seorangpun Penolong Pegawai Daerah (ADO) yang tinggal melebihi seminggu di rumah ini.
9. Penjara Pudu - Kuala Lumpur
Juara segala juara. Tempat yang dikatakan paling keras dan paling berhantu dalam banyak-banyak tempat. Antara kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik berdiri di tengah lorong penjara. Bukaan sahaja banduan, malah petugas penjara juga turut menjadi mangsa gangguan hantu-hantu ini.