Sunday, 26 February 2012

Pesta Buku Bangi 2012

Pesta Buku Bangi 2012
Foto oleh Aku Sendiri

Pesta Buku ke-3 Bangi Bandar Ilmu 2012 sedang berlangsung di Ruang Legar Kompleks PKNS Bangi Selangor dari 23/02/2012 sehingga 11/03/2013. Dianjurkan oleh Galeri Buku Syabab. Dengar cerita ada lebih kurang 3 juta buah buku yang nak dihabiskan dalam pesta kali ini.

Hari ini aku berkesempatan untuk melawat tempat ini. Memang ramai orang yag datang menjenguk, melihat, membelek mahupun membeli. Tersenyum aku melihat gelagat pengunjung. Nampak ramai yang dahagakan ilmu, dan minat membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin berkembang

Aku beli sebuah buku yang diterbitkan semula dalam versi yang baharu...buku yng asalnya dikenali dengan "kitab kuning"....apa tu? Kalau tanya dengan orang tua-tua tau la tu mereka...

Pada anda di luar sana...mari ramai-ramai dapatkan bahan bacaan di sini !


Ini buku yang aku beli
Foto oleh Aku Sendiri

Segala Yang Indah


Abang lori tidak kedekut senyuman walau penat melayan pelanggan
Foto oleh Tuan Kutta

"Segala yang indah"...bait-bait ayat yang dipaparkan oleh Nescafe dalam banting mereka. Bila lori ini menggolekkan tayarnya masuk ke kawasan sasaran, banyak mata yang memerhati. Dalam hati terdetik.. "Oh..minum free..jimat duit". Tidak kurang juga yang mengeluh.."Haishh..kenapalah tidak Milo..aku tak boleh telan Nescafe ni,,berdenyut kepala". Hah...itulah ragam manusia dek penangan kelibat lori Nescafe..

Apepun, terima kaseh kepada pihak Nestle yang sudi sponser minuman pada program 5S yang lalu...Terima kaseh abang yang bancuh air...memang kaw!!...Jangan jemu datang lagi.

Tuesday, 14 February 2012

Bila Ilmu Islam Semakin Berkurang

Salah satu tanda akhir zaman adalah ilmu Islam makin berkurang. Adakah kerana kepesatan Sains dan Teknologi telah menenggelamkannya? Tidak ! Berkurangnya ia kerana ilmu itu sendiri telah diangkat. Menurut Abu Hasan Ali An Nadwi, seorang yang berasal dari negara India mengatakan bahawasanya terdapat empat (4) faktor kenapa ilmu Islam itu telah diangkat.

1. Matinya para Ulama' tetapi tiada pengganti. Umat hari ini tihak ambil peduli jika masih adanya Ulama' atau tidak.

2. Manusia hari ini tidak minat untuk belajar agama. Umat hari ini lebih gemar berhibur, bermegah, bermewah dan melakukan perkara yang sia-sia.

3. Alim Ulama' yang masih tinggal tidak amanah dengan ilmu yang dimiliki, suka berdiam diri serta tidak membela agama.

4. Pihak pemerintah dan pihak penguasa menyekat perkembangan ilmu Islam. Banyak peraturan dan prosedur yang perlu diikuti untuk mengembangkan ilmu Islam.

33179 Arsènewenger


Aku menjangkakan ramai peminat bola sepak mengetahui dan mengenali nama Arsene Wenger. Namun ada satu nama baru iaitu 33179 Arsènewenger. Apakah yang dimaksudkan dengan 33179 Arsènewenger? Mungkin ramai yang tidak mengetahui.

33179 Arsènewenger adalah sebuah asteroid yang ditemui pada 29 Mac 1998 oleh Ian P. Griffin. Asteroid ini mengambil masa selama 1544,2942189 hari ataupun  4.23 tahun mengorbit matahari. Oleh kerana beliau adalah seorang peminat kelab bolasepak Arsenal ataupun dikenali juga dengan nama The Gunners, beliau telah menamakan asteroid itu dengan nama pengurus pasukan Arsenal iaitu Arsene Wenger. Nama ini diberikan bagi menghargai pencapaian Arsene Wenger, seorang pengurus bola sepak dari Perancis yang mengemudi Arsenal dari 1996. Arsene Wenger  merupakan satu-satunya lagenda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang melalui seluruh musim dengan rekod tanpa kalah. Dengan jolokan “The Invicibles”, The Gunners melalui 49 perlawanan dengan 36 kemenangan, 13 seri dan 0 kekalahan di antara May 2003 dan Oktober 2004