Friday, 1 February 2019

Cukai Pintu MPK Naik!

Baru-baru ni pergi bayar cukai pintu kat Majlis Perbandaran Kuantan Pahang.. bil baru tak dapat jadi kena cetak dulu bil di kaunter ambil no 4.

Sekali dah dapat bil tu diaaaaa... baru aku perasan yg cukai pintu MPK untuk tahun 2019 dah naik. Takde angin ribut ke ape ke desas-desus ke tiba-tiba dah naik.


 Kadarnya daripada 4.5% naik kepada 5.5%. Atau dalam RM dari RM178.20 kepada RM217.80 setahun. Untuk sepenggal RM89.10 kepada RM108.90. Woww.. Banyak kan naik?


Nasib baik ada bawak duit lebeh sikit.. kalau cukup-cukup RM90 bawak tadi memang balik je la....

Aku dah bagitau ye... jangan terkejut pulak kalau gi bayar nanti...

Aku yang dah kene...

Monday, 28 January 2019

Jalan tar cair

Baru-baru ni cuaca panas melanda.. suhu pun meningkat kepada 40°c... ada sesetengah tempat suhu naik menghampiri 50°c.

Disebabkan suhu yang panas ni maka jalan raya... jalan tar telah mencair... cair bohhh... ini menyebabkan tayar kenderaan yang lalu atas jalan tu rosak.. sangkut dan macam-macam hal lagi lah...

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Australia

Tuesday, 22 January 2019

Tayar Honda BRV

Kali ini aku nak cerita pasal tayar kereta Honda BRV

Kereta Honda BRV ni tayar asal / stock tyre dia adalah Bridgestone Ecopia EP150 195/60/R16. Jadi kalau nak tukar tayar dan nak guna saiz asal (195/60/R16) ni harapannya pada Bridgestone saje la setakat ini. Jadi nasihat yang boleh diberikan ialah: 

1. Kekal rim asal dan carilah Bridgestone Ecopia EP150 195/60/R16.
2. Kekal rim asal dan tukar saiz tayar kepada 205/55/R16 (recomended) atau 205/60/R16 (masih kurang pilihan tayar)
3. Tukar rim lain yang berkenan dan pilihlah tayar yang berkenan




Dalam kes kali ini... aku pilih nasihat ke-2 iaitu tukar saiz tayar sahaja kepada 205/55/R16. Lebar sedikit dan tinggi kurang. Banyak juga pilihan seperti Goodyear, Yokohama, Kumho, Toyo, Michelin. Tanya selera dan keupayaan poket sahaja nak tayar yang mana... hihihiii...

Tempohari aku tanya di kedai di Kuantan ni... Goodyear dalam RM280.. XM2 dalam RM340... Hihihii...

Pengalaman kereta yang pernah dimiliki...aku pernah pakai Bridgestone Potenza.. Goodyear NCT5, Goodyear Excellence, Kumho Ecsta PS31, Toyo Eco Plus... agak-agak tayar mana paling best? Nanti lah ada masa aku cerita...

Ok... Semoga bermanafaat dan membantu pada pemilik Honda BRV

Friday, 23 November 2018

DIY Membaiki Periuk Nasi Panasonic

Hai.... kali ini kita dpt job repair periuk nasi jenama Panasonic SR-E18A. Punca periuk jatuh satu set dengan badan luar. Simptom yang ditunjukkan ialah nasi tak masak sampai ke sudah.... berendam dan suam2 je..

Maka bedah siasat dilakukan dengan bantuan playar muncung tirus, skrew driver dan multimeter. Akhirnya setelah siasatan selesai didapati thermostat fail sudah... maka memakai thermostat baru la.... hihiii...

 Periuk nasi model Panasonic SR-E18A
Pandangan bawah periuk untuk dibedah siasat
Kita test satu kali masak nasi... tengok hasil ok ke tak...masak ke tak...hangit ke tak...

Ok...done

Anda ada masalah periuk nasi rosak? Meh sini saya repair....roger roger...

Monday, 29 October 2018

Lihat Tahun Keluaran Kenderaan Melalui VIN Kenderaan


Apa itu VIN – Vehicle Identification Number?

VIN adalah gabungan 17 digit/angka yang unik untuk setiap kenderaan. Ianya mengandungi beberapa maklumat seperti pembuat, tahun dikeluarkan, jenis enjin dan lain-lain. Kalau manusia ianya adalah macam nombor kad pengenalan.

Setiap digit/angka dalam VIN boleh di nyahkod (VIN decode) untuk mengetahui di mana kenderaan itu dibuat? Tahun berapa ianya dibuat? Dan beberapa maklumat yang lain.

Dimana VIN ini boleh didapati? Kebanyakan kenderaan di Malaysia, VIN ini orang kita panggil chasis number atau orang panggil nombor body kenderaan. Biasanya terletak dalam bonet hadapan dikawasan enjin atau pintu sebelah penumpang hadapan. Bagi model Honda BRV , VIN terletak di sebelah penumpang hadapan. Buka pintu boleh nampak.

Berikut adalah contoh VIN Honda BRV:





Mari kita menyahkod VIN Honda BRV ini (Honda BRV VIN Decode)

1.       Manufacturer/make:
PHM = Honda Malaysia Sdn. Bhd (Honda Passenger Vehicle)

2.       Line, body, engine type
DG1 = BRV, L15Z1 i-VTEC

3.       Body type, transmission
8 = 5 pintu, SUV, CVT

4.       Grade
4 = unknown

5.       Fixed code (ada model Honda yang ini month production code)
0 = unknown

6.       Production year
G = 2016
H = 2017
J = 2018

7.       Factory code
D = Honda Malaysia, Melaka

8.       Serial number
6 digit terakhir merupakan nombor siri kenderaan



 Maka ini adalah kereta keluaran Malaysia pada tahun 2017

So...kenderaan anda keluaran mana dan tahun berapa?

Sunday, 28 October 2018

Yang dekat dengan Awana Kijal @ Resort World Kijal

Resort World Kijal atau orang dah sebati panggil tempat ni Awana Kijal berada di tepi Jalan Kemaman-Dungun, Kijal Kemaman Terengganu. Bilik hotel yang banyak dan ade kolam renang yang berbagai kedalaman. Pilih sendiri agar sesuai untuk baby, kanak-kanak, mahupun orang dewasa. Tapi ingat kalau anak-anak tu sila awasi ye..

Ape yang dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni?

Apa laundry / dobi dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Ade Enzo Coin Laundry.. jarak kira-kira 5km perjalanan dari sini. Laundry ni pakai coin boleh tukar dekat mesin kat mesin. Bawak duit ringgit je. Kedai dekat lampu isyarat simpang 4 Kemasik. Mana tau nak mendobi.. sebelah kedai dobi ni ade kedai makan Dinahz. Sambil dobi boleh makan. Ade kedai makan lain juga kat seberang jalan tu. Ade Mesjid Lama @ Surau Bukit Kampung Pantai dan Surau Kampung Feri dekat simpang ni juga. TMG dan hardware pun ade.






Apa masjid paling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Ada Masjid Bukit Kukuran Kemasik.. warna putih.. besar dan indah. Jarak dalam 1-2 km lah... nak sembahyang Jumaat takde alasan xde mesjid


Apa stesen minyak paling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Dah namanya Kemaman.. pastilah Petronas. Stesen Petronas Kijal namanya jarak hanya 200 meter dari simpang. Kalau terdesak nak menongkah arus tu pandai-pandai dan tanggung sendiri ye.. hehee. Nak u-turn jauh sikit.

Apa bank atau mesin ATM dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Kat stesen Petronas ni juga ada ATM CIMB dan Maybank. Kalau terdesak tak ada duit tunai tu boleh mari sini deh.

Terakhir... Apa kedai makan halal paaaaling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Yang dekat memang la cafe dia.. tapi bayar ehem ehem laa... Sebenarnya kat simpang masuk tempat ni ada restoren Zara kat corner tu je..tapi hari Jumaat tutup. Juga ada satu lagi iaitu kedai Atok Putih KFC... dari tepi jalan besar pun orang ramai berenti singgah. KFC ni waktu solat Jumaat tutup tau



Okeh...semoga membantu apa yang aku ceritakan...

Thursday, 25 October 2018

Stesyen Minyak Balik Pulau Habis Minyak

Wahai penduduk-penduduk Balik Pulau.. keluarlah beramai-ramai mengisi minyak malam ini!

Pasai apa?? Pasai stesyen-stesyen minyak di Balik Pulau ini dijangkakan akan kehabisan bekalan minyak ekoran lori-lori minyak tidak dapat menghantar bekalan. Sebabnya lori tangki tak boleh sampai pasai jalan mendap kat Bukit Lama.... huhuuu...

Jangan tersadai....


Bukan pic aku..pic dr facebook

Saturday, 13 October 2018

Lokasi Petron Hershey's Freeze

Kat mana ada jual Hershey's Freeze di Petron?
Baru-baru ni ada baca kat facebook ade orang bertanya kat Petron sendiri... dan dia bagi jawapan kat mana ada jual Hershey's Freeze ni.


Berikut lokasi Petron yang jual Hershey's Freeze. Ada 18 stesen Petron:

1. Petron Bandar Baru Bangi
2. Petron Section 10 Bangi
3. Petron Grand Saga Northbound
4. Petron Grand Saga Southbound
5. Petron Taman Shamelin
6. Petron MRR2 Safari
7. Petron MRR2 Bukit Antarabangsa
8. Petron MRR2 Taman Melati
9. Petron Sri Gombak
10. Petron Sri Damansara
11. Petron RSA Dengkil Elite Highway
12. Petron Besraya Highway
13. Petron Skudai Tol JB
14. Petron Masai Kong Kong Pasir Gudang
15. Petron Pasir Gudang East 2
16. Petron RSA Seremban Arah Utara
17. Petron Rahman Putra
18. Petron KM7 Sungai Buloh

Stesen Petron sekitar Selangor dan Johor je yang ada jual Hershey's Freeze ni. Bukan semua stesen ade tau.......

Thursday, 11 October 2018

Tumbler Honda Special Edition

2018 - Honda celebrates 70th anniversary

Sempena ulangtahun ke 70 ni Honda beri hadiah istimewa kepada orang yang bertuah. Tibe-tiba dapat hadiah dalam kotak... ingatkan ape ke bendenye...rupanya tumbler. Bukan satu tapi sepasang... Hitam dan putih... boleh la sambil dating minum air ni...hihikk



Friday, 5 October 2018

Kedai Dobi Meletup

Dilaporkan bahawa sebuah kedai dobi meletup di Klang semalam. 2 orang cedera apabila mesin pengering (dryer) yang menggunakan kuasa gas memasak (over ayat..) dalam kedai berkenaan meletup






Ishh ishh ishhh... macam-macam hal kisah kedai dobi akhir-akhir ni... aritu kisah samun pensyarah oleh 2 pemuda di kedai dobi... kemudian kes masukkan kucing dalam mesin pengering oleh 2 orang jugak... lepastu kisah masukkan budak dalam mesin pengering..ni 2 orang pulak cedera...