Friday, 27 September 2013

Ikatan PTPTN Dilerai...Yahooooo


Hari ini putus sudah ikatan yang diikat sejak di alam IPT...dulu senang hati je nak guna...tiba hari ini berat hati nak beri semula...sob sob sob..

Jangan jiwang-jiwang...tinggal 3 hari saja lagi bagi sesiapa yang nak ikut jejak ini. Meleraikan ikatan bersama PTPTN...kehkehkeh...

Peminjam-peminjam sibuk buat bayaran semula...

masing-masing bawak berkepuk-kepuk duit...pehhhh

Hari ini ikut orang gi PTPTN Pahang, bersebelahan dengan East Coast Mall, di bangunan Malay Town... Buat apa? Pergi buat full settlement hutang-piutang yang telah dipersetujui dahulu. Mula-mula masuk ada la 2-3 orang pelanggan. Tapi dah makin tinggi hari...makin ramai dan kaunter mula sibuk.....

Hutang itu wajib dibayar...dah setuju waktu nak berhutang...maka wajiblah bayar...walau berat...


Sehubungan diskaun 20% (insentif) yang diberikan...waktu perkhidmatan kaunter PTPTN diubah bermula 21 September hingga hari terakhir iaitu 30 September ini !!! Sabtu & Ahad pun buka !!!

Psss:  Tak bleh buat full settlement kat PTPTN UTC


Tuesday, 24 September 2013

Gallery: East Coast Car Show (Part 1)

Part 1 : Koleksi gambar sekitar East Coast Car Show Kuantan : Mercedes-Benz, Wolkswagen, Chevrolet

 Chevrolet Cruze

 Mercedes-Benz C 200 CGI AV FL

 Mercedes-Benz E 200 CGI

 Mercedes-Benz E 200 CGI

 Mercedes-Benz Area

 Mercedes-Benz Area

 Mercedes-Benz Area

 Mercedes-Benz S 300L - Rebate 100k !!!

 Mercedes-Benz SLK 55 AMG - Front view

 Mercedes-Benz SLK 55 AMG - Rear view

 Volkswagen Beetle - Front view

 Volkswagen Beetle - Dashboard
 Volkswagen Golf GTI - Front view

 Volkswagen Golf GTI - Steering / Meter panel

 Volkswagen Golf GTI - Dashboard

 Volkswagen Golf GTI - Rear seat

 Volkswagen Golf GTI - Side view

Volkswagen Golf GTI - Front view

To be continue...part 2

Monday, 23 September 2013

Jalan-jalan Hujung Minggu...Kuantan Car Show

Lama dah tak gi jalan-jalan...asik main kat rumah je anak-anak aku...Sesekali bawa la gi jalan-jalan. Kali ni kami ke East Coast Car Show yang berlangsung di SASICC Kuantan.


Ada banyak model kereta dan motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan. Tapi masih tak puas hati sebab dalam iklan kata ada Ferrari, Mini Cooper S, Audi R8...Tapi takde...owh!!!! Mengecewakan !!!!

Brother soalan spot quiz

Selain pameran, ada juga spot quiz. Tapi memang bukan luck aku la..2 kali try kedua-duanya aku miss 1 nombor. Adoiii...Soalan pertama ada berapa buah motosikal Yamaha kat pameran tu, jawab 1 tapi jawapan sebenar 2...aku cuma nampak R6 je....yang 1 lagi dah terlindung dengan orang ramai...

Soalan ke-2...berapa peserta dalam pameran tu? Aku jawab 17...jawapan sebenar 18. Hahahaaa...memang talak ong laaaa...Melepas cash voucher dan t-shirt.



Aku sakan snap gambar je la...sampai blinking dah bateri kamera...heheee...Anak-anak aku memang seronok la. 

DUCATI 1199 PANIGALE S

Sempat posing atas "Ferrari 2 Tayar"...Superbike antara yang termahal iaitu DUCATI 1199 PANIGALE S. Harganya mampu membeli sebuah Volkswagen Golf iaitu RM 180 888.00 sahaja !!! Phewww...abah belum mampu beli Nak, so kita posing je la ye....

Nantikan post gambar-gambar jentera-jentera yang mengambil bahagian dalam post selepas ini....tungguuuu !!!

Saturday, 21 September 2013

Bra & Bus Collection

This day somebody put this item near my home area....So....i'm search for them

When a bra and bus combined....it's make people turn their head 360 degree....owh.....phewww !!!

2010 Brabus G-Class V12 S

2011 Brabus G 800 Widestar

2013 Brabus Widestar 800

Brabus G V12 S Bit Turbo Wagen

Wednesday, 18 September 2013

Karaoke Seluar Dalam

Lama aku tak menaip...apa nak citer haa??

Aku nak cerita pasal karaoke seluar dalam.... Satu pengalaman yang aku lalui beberapa ketika dahulu ketika aku pergi sebuah majlis kenduri kahwin di dalam daerah Kuantan ini....

Al-kisah...macam kebanyakan kenduri kahwin, ada la yang sewa karaoke..bila dah sewa adalah yang nak nyanyi...macam-macam lagu ada...berbagai peringkat umur yang mempamer bakat terpendam...sedap tk sedap tu cerita nombor dua...heheee

Tapi yang tak sedapnya latar belakang orang berkaraoke tu punya la baekkkk bak pelangi....baik punya sidai beberapa helai seluar dalam dan bra jiran sebelah!!! Adoyaiii...duhai jiran sebelah..dah tau orang sebelah rumah tu ada majlis kenduri kahwin, tahan-tahan la nak sidai seluar dalam dan bra tu kat tepi pagar....

Maka peringatan buat diri sendiri dan anda sekalian...ambil tahu lah jiran sebelah...peka terhadap aktiviti sekeliling...

Thursday, 12 September 2013

Bilamana Sijil Halal McDonalds Ditarik Balik

Emm...aku nak cerita nih pasal bahan halal tak halal..cara penyediaan...bukan pasal lain...

Keratan akhbar Disember 2011

Bukak laman sosial nampak cerita yang memaparkan kisah pengesahan halal Mcdonalds telah ditarik balik. Katanya disebarkan melalui laman sosial Muslim Judicial Council (MJC) dan IQSA. Kisah ni dah pernah tersebar pada tahun 2011 lalu....

Apa terjadi? Katanya MJC dan IQSA menarik balik pengesahan halal daripada McDonald’s selepas menerima maklumat kewujudan bahan berasaskan babi, dikenali LM10 dalam sos mayonis yang digunakan.

Mari kita lihat apa maklumbalas JAKIM...

JAKIM sahkan MJC badan diiktiraf - Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan Muslim Judicial Council SA (MJC) dari Afrika Selatan badan halal diiktiraf jabatan itu, sekali gus menafikan penyebaran maklumat di laman sosial mendakwa pengiktirafan halal dari badan terbabit sudah ditarik balik. (hmetro)

Apa kata McDonalds Malaysia.....

Kami ingin menekankan bahawa kesemua produk yang dihidangkan oleh McDonald’s Malaysia, termasuk sos-sos yang diimport, dijamin 100% HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Badan Pengesahan Halal yang diluluskan oleh JAKIM, selain daripada memenuhi standard kualiti dan keselamatan makanan yang tinggi. (f/b McDonalds)



Apa kata Muslim Judicial Council (MJC)....

The Muslim Judicial Council Halaal Trust (MJCHT) therefore confirms that all the McDonald’s stores are fully Halaal compliant and have been Halaal certified by the MJC Halaal Trust since January 2008. All McDonalds Stores had been re-issued Halaal Certificates for this year 2011.The Halaal certification was granted with the understanding that MacDonald’s stores sell Halaal foods only. (MJC Official Web)

Jadi.....bahan-bahan nya adalah halal...cara penyediaan masih memenuhi piawaian halal.. Kalau cerita pasal sumbang menyumbang tu....tu kisah lain



Wednesday, 11 September 2013

Sony Xperia Z1 smartphone with a detachable camera lens

Fuhhh...dasyat bila tengok teknologi masakini. Berubah dengan begitu pantas sekali. Kalau tengok Sony Xperia Z1 smartphone ni, macam tak percaya boleh di pasang sekali dengan lens...macam Digital Single Lens Reflex (DSLR) tu...




(image by Sean Gallup/Getty Images)

Semuanya hanya di IFA 2013 Consumer Electronics Trade Fair, Berlin, Germany pada 5 September 2013 yang lalu....

Sunday, 8 September 2013

Dapur dK : Cara Mudah Buat Pizza

Hujung minggu menjelma..buat apa ya? Mari kita buat pizza...untuk dimakan bersama seisi keluarga sesambil tengok tv.

Namanya cara mudah...maka bahan-bahan pun mudah lah....Maka, ini dia cara-cara membuat pizza daging dan sosej dengan mudah


Bahan-bahan:


Daging hancur sekeping @ ikut suka

Sosej/frankfurter 3 ketul @ ikut suka
Bawang puteh 3 ulas (itali style..)
Sos spageti 1 botol (sikit je pakai)
Roti pizza / pizza base
Keju cheddar, mozarella - ikut suka

Cara-cara:


Potong sosej, Nyahbekukan daging hancur, Hiris bawang...lepastu tumis semua bahan-bahan ini sehingga masak




Sediakan asas pizza....dah namanya segera, maka pakai yang dah siap la..beli kat kedai. Yang ini pizza base brand Tricious...ada logo Halal Jakim....kalau nak uli sendiri pun boleh.



Okey, biasaya orang sapukan sos/paste tomato...tapi aku sapukan sos spageti pada bahagian asas..apa-apa perisa pun boleh



Lepas tu, letaklah bahan-bahan yang dah dimasak tadi (sosej+daging+bawang). Ratakannya....lepastu taburkan cheese iaitu keju...hehee...ni aku pakai cheddar dan mozarella aje..parut sendiri. Kalau nak lagi mudah beli yang dah siap parut..yang 3 in 1 lagi mudah (ada cheddar+mozarella+parmesan). Suka berkeju maka letaklah banyak-banyak



Panaskan oven sekejap...pastu bakarlah dalam suhu 180-200°C selama 15-20 minit @ sampai keju-keju cair belaka...



Taraaaaa...dah siap...moh makan !!


Selamat mencubaaaa....sedap cakap dengan kawan-kawan...tak sedap cakap dengan saya 


Friday, 6 September 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Tiada lagi soalan ramalan UPSR/SPM 2016

Haaaa....panasss..panassss...Cikgu-cikgu dan sesiapa yang nak ambil peperiksaan UPSR mahupun SPM tahun 2016 nanti sila ambil perhatian yeee...

Di Kuala Lumpur hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Apa ke benda tu? Antaranya pasal soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ..Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan UPSR dan 50 peratus soalan SPM akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.
 
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza.
 
Sehubungan itu, dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.
 
Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.
 
Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.
 
Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.
 
Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
 
Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.
 
Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian. Berkemungkinan juga penglibatan pelajar dalam aktiviti ini akan menjadi syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi


Menyusukan Anak Sambil Memandu






Di Beijing, Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin. Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis.

Ibu muda ini bukanlah orang pertama yang kena saman pasal perkara sebegini.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu. Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng. 


Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat. Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Di Malaysia yang biasa nampak ialah menggunakan telefon sambil memandu...dan menunggang motosikal...betul kan?

Cerita asal: hmetro