Pasti anda pernah melihat..atau selalu melihat benda ini. Masuk dalam rumah pasti anda akan terlihat benda ini. Adakah anda tahu apakah ia? Apakah bahagian-bahagiana yang ada dalam benda ini? Benda ini keseluruhannya dipanggil
Papan Agihan / Kotak Agihan (Distribution Board / Box (DB)). Dalam gambar ini adalah jenis yang biasa dipasang di rumah kediaman...
Bongkah PVC
Sebagai baju, pelindung kepada alatan yang ada di dalam....mana tau kena abuk ke, kena tempias air ke...atau ada sesiapa yang nak terpegang ke..
Suis Utama / Main Switch
Satu unit yang mempunyai pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar. Bagi pemasangan satu fasa (single phase), kebiasaannya menggunakan SP (single pole) atau SPN (single pole and neutral) manakala pemasangan tiga fasa (three phase), kebiasaannya menggunakan TP (triple pole) atau TPN (triple pole and neutral)
Pemutus Litar Bocor Ke Bumi / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)
Juga dikenali dengan singkatan RCCB dan RCD. Alat ini sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasingan litar. Ia berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk sama dengan arus yang keluar
Umumnya ia alat yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik. Juga dapat melindungi pengguna dan alatan daripada arus berlebihan. Kalau ada arus berlebihan biasanya ianya akan secara automatik akan terpelantik/OFF. Kalau tidak...mungkin akan ada alatan yang hangus...lagi teruk kalau rumah yang hangus..
Punca-punca pemutus litar terpelantik adalah kilat, kerosakan pada alatan elektrik dan kerosakan pada pendawaian rumah anda.
Pesanan khidmat masyarakat : Sila lakukan ujian ELCB sendiri dalam sebulan sekali atau dua bulan sekali bagi memastikan alatan ini berfungsi dengan baik. Macamana nak uji? Tak payah la sampai panggil orang TNB atau pakar-pakar elektrik. Asalkan anda mampu menekan sahaja....Bagi ELCB dalam gambar ini (berbeza mengikut model), anda tekan yg biru ada huruf "T" (T=test) tu. Selepas tekan, kalau suis biru kat sebelah tu terpelantik/ jadi OFF, maka masih elok la alat tu....tapi kalau alat tu senyap je tiada tindak balas....maka....yang ini baru kena panggil orang pakar wayar untuk tukar.....
Pemutus Litar Kecil / Miniature Circuit Breaker (MCB)
Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Alat ini boleh dikendalikan secara manual ataupun beroperasi secara automatik.
Antara kebaikannya adalah litar yang rosak mudah untuk dikenalpasti dan bekalan kuasa dapat disambungkan semula dengan cepat (jika trip)
Sekian, semoga pengetahuan anda semakin bertambah...Sampaikan pada rakan-rakan, jiran-jiran, sedara-mara yang lain