Saturday, 10 November 2012

WIFI punya cerita!!

Al-kisah....al-kisah yang aku baca dari mukabuku...jadi, bukan aku punya cerita...sekadar aku kongsi


Bertajuk.....WIFI punya cerita!!

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak
Man : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...'

Friday, 9 November 2012

LEGO Ferrari 150 Italia




Hari pertama pelancaran model LEGO-Ferrari oleh Shell menunjukkan memang benda ini menjadi buruan ramai. Apa tidaknya, 2 daripada 3 model yang dilancarkan pada fasa pertama telah sold-out pada hari pertama! Perghhh....buleh nangis kaki kumpul nih...

Fasa Pertama ada Ferrari 150 Italia, 250 GT Berlinetta dan 458 Italia. Model Italia nih semua dah sold-out di sekitar Kuantan. Tapi tak taulah kot kat ceruk-ceruk lain tu ada lagi kot...maybe stok akan datang semula dalam masa terdekat...hehehe....

Baki 3 lagi model akan menyusul pada hujung-hujung bulan November nih....


Buka plastik...gini rupanya isi perutnya

Baru sekerat jalan siap memasang

Dah siap...tapi belum lengkap...belum make-up

Taraaaa....dah siap di make-up....Ferrari 150 Italia


Sekadar berhibur....

Tuesday, 6 November 2012

Terbenam di UTHM....




Aduyaiiii....terbenam di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM ) Batu Pahat Johor...Sebagaimana Majlis Konvokesyen UTHM ke-12 melabuhkan tirainya, begitu juga kereta ini membenamkan tayarnya di takungan air.

Hujan lebat yang turun di sebelah petang menyebabkan air mula manakungi kawasan yang agak rendah dan berlopak di sekitar UTHM. Dalam banyak-banyak tempat itu, ada satu tempat yang menarik perhatian.. Al-kisah dari sumber yang didengar (orang sok sek sok sek kat sebelah aritu), jalan tu dah ditutup tapi ada juga yang degil nak lalu kat situ...apa lagi....maka terbenamlah tayarnya disitu... Aku memerhati dari jauh (dari mesjid), sebab nak gi tolong pun bukan aku boleh buat apa-apa, bukan badang ada power boleh angkat kereta. Hujan pulak turun dengan lebatnya...

Akhirnya adalah pihak yang simpati menghulur bantuan... Datanglah sebuah trak askar (dari UTHM kot) menarik keluar kereta berkenaan. Tapi terburai la juga bumper belakang kereta tu dek kena tarik dengan lori askar tu....

Moral: jangan sebarang redah time hujan...










Thursday, 1 November 2012

Ben 10...Rahsia dibongkar

Rahsia Ben 10 telah dibongkar? Dibongkar atau diselongkar tak pastilah, tapi memang telah diketahui...Siapa tak kenal Ben 10? Aku pun tak kenal tapi aku tau...hehehe...Alaaa...budak yang pakai jam hijau yang boleh bertukar jadi rasaksa tu..kalau tanya pada anak-anak anda mesti diorang tau...



Apa rahsianya? Sebenarnya suara Ben 10 atau nama penuhnya Ben Tennyson adalah milik seorang perempuan! Haaa....macam cerita Upin Ipin la pulak. Suara itu milik Tara Strong, orang Kanada. Tapi jangan ingat dia ni cilik-cilik orangnya. Umurnya dah nak masuk 40 dah...heee...Dia ni seorang penyanyi, artis komedi, artis suara sebalik tabir/karekter. Macam-macam karekter dia ambil seperti dalam kartun macam Batman, Power Puff Girl dan X-Men...


Bolehla dikatakan......Tipah tertipu..kehkehkeh



Tuesday, 30 October 2012

Skuter baharu BMW


BWM Group Malaysia (BMW) menerusi BMW Mottorad telah melancarkan dua model baharu iaitu BMW C600 Sport dan BMW C650 GT di Kuala Lumpur, semalam. Berduyun-duyun peminat-peminat skuter dan BMW datang untuk melihat lebih dekat.

Motosikal ni lebih kepada jenis skuter...tapi memang besar gedabak la...Rangkaian kuasa BMW C600 Sport dan BMW C650 GT terdiri daripada enjin dua silinder sebaris rekaan terbaru BMW Mottorad dengan output sebanyak 44kW/60 hp pada 7,500 rpm, tork maksimum sebanyak 6,000 rpm serta dilengkapi ciri bunyi dan getaran yang amat rendah.



BMW C600 Sport

BMW C650 GT


Harga runcit atas jalan tanpa insurans untuk BMW C600 Sport ialah RM65,00 seunit dan BMW C650 GT, RM68,800 seunit. Perghhhh....ada brani? Kalau duit banyak memang tak jadi masalah kan...BMW C600 Sport ni didatangkan dengan pilihan warna Cosmic Blue Metallic Matt, Titanium Silver Metallic dan Sapphire Black Metallic. Manakala BMW C650 GT mempunyai pilihan warna Sapphire Black Mettalic, Platinum Bronze Metllaic dan Vermillion Red Metallic.


Friday, 26 October 2012

Hari Raya Korban...History

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Salam Aidul Adha....Selamat Hari Raya Aidul Adha....

Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia merayakan Hari Kebesaran...Hari Raya Aidul Adha atau dikenali dengan Hari Raya Korban. Maka bermula hari ini 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah maka banyaklah lembu, kerbau, unta dan kambing yang akan dikorbankan. Masa ini merupakan 'durian runtuh' kepada penternak haiwan-haiwan berkenaan.

Sejarah ibadah ini bersempena korban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mendapat mimpi diarahkan untuk menyembelih anaknya. Setelah segala persiapan dilaksanakan dan memang 100% akan dilaksanakan...disaat parang berada di leher anaknya, Allah telah menukarkan anaknya Ismail dengan Kibas.

Namun sejarah awal korban bermula pada zaman Nabi Adam lagi. Kisah korban 2 orang anaknya, satu diterima dan satu lagi tak diterima (kisah penuh lihat Surah Al-Maidah ayat 27). Satu lagi pada zaman Nabi Muhammad (Surah Al-Hajj ayat 27 juga)...initipati daripada 2 kisah dalam 2 ayat tadi sebenarnya menyatakan ibadah korban dinilai bukan pada berapa harga lembu..berapa besar..cun atau tak...tapi yang utama adalah "taqwa"...tanpa taqwa ibadah tidak akan diterima....(tapi, syarat-syarat haiwan yang nak dikorbankan tu perlu dipenuhi juga tau..)

Jadi masih ada kesempatan untuk kita memperbetulkan niat kita melakukan korban...Selamat melaksanakan ibadah korban...dan beringat-ingat makan daging dan sup tu...nanti sesak pula di klinik

Thursday, 25 October 2012

Melayu pengemis di tanah air sendiri




Melayu pengemis di tanah air sendiri? Panas telinga..mendidih darah baca tajuk ni.. Tapi, inilah berita paling panas hari ini di YahooNews....siapa kata? Bekas Perdana Menteri kita.....Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. "Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini.

Jelas Dr Mahathir, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.

"Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik. "Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

"Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati.". Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka. Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman. "Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil.

"Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."
Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.

Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.
"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain?

" Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

Sumber: Yahoo News

Kenali Tayar Anda


Cuba anda tengok tayar kenderaan anda..terutamanya yang beroda 4 dan ke atas lah....anda pasti perlu tahu maklumat ini...yelah...nak balik cuti raya ni kenalah periksa tayar kenderaan anda...bunga ok ke tak...angin cukup ke..pastu ada lagi maklumat lain yang kena tau....apa dia? ce semak kat gambar kat bawah....kenalilah tayar anda...baru tau berapa muatan yg anada boleh bawa...berapa speed boleh, takdelah sesedap kaki je...hehehee...ada tarikh bila tayar anda tu dikilangkan....boleh la jangka dah berapa tahun hayat tayar tu


Wednesday, 24 October 2012

FIRST LOOK: iPad mini



“Every inch an iPad,” Apple coos about its finally-unveiled, heavily-rumoured iPad mini.

Just fewer inches – 7.9 to be exact – compared to its bigger self’s 9.7, numbers easy to remember, noted the tech juggernaut’s Philip Schiller. But the downsizing doesn’t end there. This nano tablet cannot boast of Retina display and its 1024x768 resolution is only on the level of the iPad 2. In fact, considering all its features, the iPad mini is a small-sized iPad 2.






iPad Mini was launch at San Jose, California......price???? emmm....

Tuesday, 23 October 2012

SAMSUNG Galaxy Note II


SAMSUNG Galaxy Note II...RM1,399 only? Huh...boleh caya ke? Buleh buleh buleh.....tapi kena beli secara online la...dan register recommended DG Smart Plan™ 88.....sesiapa nak gi la web DIGI tu...jangan oder kat aku..kehkehkeh...