Saturday, 29 June 2019

Repair Periuk Nasi Kuantan

Repair periuk nasi Kuantan
Repair rice cooker Kuantan

Kali ini kita selesaikan job repair periuk nasi.
Jenama - ELBA  kapasiti 1.8L
Kerosakan - Terus tak hidup + wiring rosak... bila dah hidup periuk dalam mode cook sahaja tak mau tukar kepada keep warm.




Alhamdulillah.. selesai 1 job

Anda ada periuk nasi nak di repair? Hubungi/whatsapps saya di 0133654324

Repair periuk nasi.. kipas angin.. TV led pun boleh

Monday, 6 May 2019

Ramadhan 1440H

Isnin 6 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadhan 1440H..

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Semoga bulan Ramadan ini membawa sinar yang baru dan makna yang lebih besar kepada kita semua.

Banyakkan amalan.. rebut peluang dan istikomah..

Insya-Allah.

Monday, 8 April 2019

DIY Tukar Saluran Singki

Segmen DIY kali ini ialah menukar saluran singki di rumah.

Di rumah biasanya ada 2 jenis saluran bawah singki iaitu bersaiz 32mm (biasanya jenis singki basuh tangan..gosok gigi..singki dapur besi yang biasa) dan bersaiz 40mm (jenis singki dapur yang besar sikit)

Singki dapur rumah aku tak pakai bottle-trap.... aku cuma pakai flexible hose je...jangan kondem sebab ape aku tak guna bottle-trap ye... hihii...

Aku punya felxible hose ni bocor... yelah dah 7 tahun guna... maka sampai ajalnya..

Senang je kerjanya... pergi kedai beli yang baru... pastikan saiznya betul samaada 32mm atau 40mm... aku punya ni 40mm...



Balik rumah buka penyambung pada singki... dan cabut je bahagian bawah tu... pastikan tadah bekas kot-kot ada air meleleh.. pastu pasang je la yang baru... cuba test try tengok ada tak air meleleh... kalau ada maka kena adjust sikit...



Ok... semoga bermanafaat dan selamat mencuba!

Wednesday, 20 March 2019

Kenaikan Cas Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Shah Alam

Ya tuan-tuan..puan-puan sekalian.. setelah PRU14... setelah masuk tahun 2019...  maka bermula 1 April 2019 ini kadar cas tempat letak kereta di Majlis Bandaraya Shah Alam akan naik!!!


Daripada RM0.45 sejam naik kepada RM0.60 sejam...

Untuk sebulan.. daripada RM63 naik kepada RM95...  naik sebanyak RM32!

Wahhh..betullah rakyat kena berkorban!!!

Monday, 18 March 2019

Resepi ayam goreng ala-ala KFC mudah ringkas

Resepi ayam goreng ala-ala KFC mudah ringkas

Sejak dua menjak ni harga barang memang nampak ketara naik.. dulu pun harga naik tapi sekarang mamang naik kaw-kaw punye.. nak makan KFC pun harga dah naik... So alternative nya ialah goreng sendiri ayam la kat rumah... 

Bahan-bahan macamanapun nak kena beli jugak ye... jangan curik pulak...



Bahan-bahan ayam goreng ala-ala KFC yang simple..ringkas..mudah..

1. Ayam untuk digoreng.. aku guna 10 ketul yg dipotong agak kecil sebab cepat nak masak.. contohnya kalau drumstick, tight tu potong dua..tapi ikut korang la kan sebab tekak korang..

2. Tepung Bestari... aku guna Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna Bestari. Boleh pilih yang ASLI atau HOT & SPICY... ikut tekak korang la.. 

3. Telur ayam - sebiji

Cara-cara penyediaan dan masak ayam goreng ala-ala KFC yang simple..ringkas..mudah..

1. Potong ayam... basuh bersih-bersih... tuskan... ketepikan sekejap

2. Tuang dalam 2 ke 3 sudu tepung Bestari dalam ayam tadi (tak payah letak garam la...dah masin...tp ikut tekak korang la..).. gaul-gaul..gaul-gaul sebati tepung dengan ayam.. perap seketika...30 minit ke..sejam ke...ikut tahap kesabaran

3.Panaskan kuali...masukkan minyak secukup rasa tenggelam ayam 

4. Tuang tepung Bestari dalam bekas lain yang kering...agak-agak... untuk kita salut ayam nanti

5. Pecahkan telur.. pukul.. dan tuang dalam adunan perapan ayam tadi... gaul-gaul skit (nak kasi ayam tu basah supaya senang salut dengan tepung nanti)

6. Ambil seketul ayam... masukkan dalam adunan tepung kering tadi...golek-golek sampai puas hati tersalut semua... masukkan terus dalam kuali...pastikan minyak dah betul-betul panas suapaya hasilnya puas hati. Ulang untuk ketulan yang lain sehingga agak-agak penuh kuali. Jangan penuh sangat yeeeee.

7. Golek-golek dalam kuali sesekali sehingga ayam masak... api jangan kuat sangat ye kang rentung ayam

8. Okeh...ulang untuk saki-baki ayam....

9. Okeh... enak dimakan begitu saja... atau bersama sos..bersama yang disayang.. cheewah!

Okeh... Selamat mencuba!!! 

Monday, 4 March 2019

Kupon Parking MPK pun naik harga ye?

Lama dah aku tak beli kupon parking seharian.. biasa beli sebuku untuk yang sejam..

Baru-baru ni beli sekeping kat kedai atau ejen kupon.. Dulu-dulu harganya RM3.50 untuk sehari. Tapi sekarang RM 3.70.... naik 20 sen.

Dulu... RM3.50 termasuk GST 6%.... Sekarang tiada GST tapi diganti dengan CP 6%...Cukai Perkhidmatan barangkali kan??



So betul la ye tiada GST... ganti zaman SST harga tak naik?.Hahahahaaaa....

So 20 sen tadi tu kira cukai macamana ek? Kalau kira 6%... tak berubah la kan sbb GST 6% dan CP pun 6%... Ataupun 20 sen tu komisen ejen kupon?

Saturday, 2 March 2019

Big Bad Wolf Pahang 2019

Big Bad Wolf Pahang 2019... macam seram je bunyi... Untuk pertama kalinya.. Big Bad Wolf (BBW) menerjah ke Pantai Timur... memang langkah kanan lah terutamanya kaki buku dan kipas susah mati buku.. selalunya BBW ni berlangsung di Serdang...

Kali ini BBW diadakan di Universiti Malaysia Pahang Gambang. Bermula 28 Febuari sehingga 10 Mac 2019...dari jam 10 pagi sampai la 12 tengah malam.

Hah! Sesiapa yang tak pergi lagi mari lah ramai-ramai pergi wehhhh. Harga buku memang tak masuk dek akal. Diskaun kaw-kaw 75%-95%. Buku harga RM40 kat kedai...kat sini hanya RM10...hah.

Tapi aku bagitau lah..yang aku nampak buku dari oversea lah yang banyak harga diskaun kaw-kaw tak masuk akal ni macam buku Superman..HarryPotter..errr macam-macam lagi la...

Kalau buku macam Ujang..harga tak jauh sangat contoh RM10 biase...so ni dapat la RM7 senaskah.

Bagi yang bawa anak-anak kecil...sila hati-hati kalau hilang dari pandangan memang menangis lah kau sebab memang ramai giler orang.

Ada troli dan bakul beroda disediakan...so anda boleh shopping banyak-banyak. Serius aku ada nampak satu akak tu beli 'Batman Can' setengah troli kau! Satu tu harga RM20....hahahaa...agak nya setengah troli tu berapa lah.

Cuma ada beberapa rungutan... antaranya susunan kat sini macam tak berapa nak teratur (tak macam sebelum sebelum ni kat Serdang)... dan yang paling ramai merungut tike nak bayar alahaiiiiii... bapak panjang giler (kate orang Pahang). Nak bayar beratur dari tengah dewan..konar L..konar L..straight..konar kiri... ada pulak zig-zag...pastu jemm kt kaunter pulak...aku rasa aku nk bayo lebeh 30 minit la kot dari mula beratur sampai setel...hahaaa...gigih kan?

Opsss...kalau shopping hari Sabtu kena cas 20 sen beg plastik....heheee


 Buku agama

 Buku masakan

 MOY... Ujang

 Superman soft & hard cover

 Children book area

 Ramai sungguh orang

 Tengah beratur nak bayar

Hahaa..nampak beratur panjang

Dah la...tengok je tak puas..so pi la wehhhh beli buku..hahaa..memang banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih...


Tuesday, 19 February 2019

Supermoon 2019

Malam ni balik dari mesjid tengok langit terang lain macam... Indah, terpesona tengok bulan. Rupa-rupanya ada fenomena "supermoon" malam ni. Alhamdulillah dapat tengok keindahan ini... malam ini adalah 15 Rabiulakhir...lagi 2 bulan setengah nak masuk Ramadhan..puasa..




Pemandangan supermoon dari Kuantan Pahang 19 Febuari 2019... Kamera tak power mana...hihii

Friday, 8 February 2019

Cendol Mahal RM114

Harini kecoh pasal cendol mahal. Makan 3 mangkuk harga cekik darah RM114.00! Tak pasal-pasal glamer terus kedai cendol anak Melayu bernama "Raja Cendol Taming Sari" di Merlimau Melaka.


Gambar di atas ni viral kat media sosial dan siaran digital.. so aku pun tak tahu siapa punya gambar ni.

Jadi lain kali kalau gi makan cendol kat kedai ni baca harga cendol dia ye jangan komplen mahal.

Berapa harga cendol durian di Raja Cendol Taming Sari ni? Untuk satu mangkuk...

Cendol durian musang king = RM38
Cendol durian udang merah = RM20
Cendol durian D24 = RM20
Cendol durian D101 = RM20
Cendol durian = RM17


Haaa..baca..tanya selera tepuk poket boleh bayar ka tak bleh...

So 3 mangkuk cendol durian musang king adalah RM38 x 3 = RM114....


Sunday, 3 February 2019

Kenapa tukar washer drain plug

Nak tanya..apa fungsi washer drain plug tu? Kenapa setiap kali servis kene tukar benda tu?


Mula-mula dengar nama benda ni.. aku ingat ianya pencuci (sebab wash!).. lepas tu ingt guna kat spug plug pulak (sebab ada nama plug). Hahahaa... tapi bukan laaaa...

Nama lain dia cooper washer. Nama melayu dia alas tembaga

Benda ni gunanya sebagai lapik nut penutup minyak hitam tu supaya tak bocor nanti.

Bila servis tukar minyak itam yang lepas nut tu abis ikat ketat jadi washer tu pun jadi meleper dan rosak permukaan dia.

Sebenarnya boleh pakai balik kalau permukaan elok lagi tapi selalunya kat SC diorang tukar je pakai yang baru.

Haaa...faham dah? Just share...

Friday, 1 February 2019

Cukai Pintu MPK Naik!

Baru-baru ni pergi bayar cukai pintu kat Majlis Perbandaran Kuantan Pahang.. bil baru tak dapat jadi kena cetak dulu bil di kaunter ambil no 4.

Sekali dah dapat bil tu diaaaaa... baru aku perasan yg cukai pintu MPK untuk tahun 2019 dah naik. Takde angin ribut ke ape ke desas-desus ke tiba-tiba dah naik.


 Kadarnya daripada 4.5% naik kepada 5.5%. Atau dalam RM dari RM178.20 kepada RM217.80 setahun. Untuk sepenggal RM89.10 kepada RM108.90. Woww.. Banyak kan naik?


Nasib baik ada bawak duit lebeh sikit.. kalau cukup-cukup RM90 bawak tadi memang balik je la....

Aku dah bagitau ye... jangan terkejut pulak kalau gi bayar nanti...

Aku yang dah kene...

Monday, 28 January 2019

Jalan tar cair

Baru-baru ni cuaca panas melanda.. suhu pun meningkat kepada 40°c... ada sesetengah tempat suhu naik menghampiri 50°c.

Disebabkan suhu yang panas ni maka jalan raya... jalan tar telah mencair... cair bohhh... ini menyebabkan tayar kenderaan yang lalu atas jalan tu rosak.. sangkut dan macam-macam hal lagi lah...

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Australia

Tuesday, 22 January 2019

Tayar Honda BRV

Kali ini aku nak cerita pasal tayar kereta Honda BRV

Kereta Honda BRV ni tayar asal / stock tyre dia adalah Bridgestone Ecopia EP150 195/60/R16. Jadi kalau nak tukar tayar dan nak guna saiz asal (195/60/R16) ni harapannya pada Bridgestone saje la setakat ini. Jadi nasihat yang boleh diberikan ialah: 

1. Kekal rim asal dan carilah Bridgestone Ecopia EP150 195/60/R16.
2. Kekal rim asal dan tukar saiz tayar kepada 205/55/R16 (recomended) atau 205/60/R16 (masih kurang pilihan tayar)
3. Tukar rim lain yang berkenan dan pilihlah tayar yang berkenan




Dalam kes kali ini... aku pilih nasihat ke-2 iaitu tukar saiz tayar sahaja kepada 205/55/R16. Lebar sedikit dan tinggi kurang. Banyak juga pilihan seperti Goodyear, Yokohama, Kumho, Toyo, Michelin. Tanya selera dan keupayaan poket sahaja nak tayar yang mana... hihihiii...

Tempohari aku tanya di kedai di Kuantan ni... Goodyear dalam RM280.. XM2 dalam RM340... Hihihii...

Pengalaman kereta yang pernah dimiliki...aku pernah pakai Bridgestone Potenza.. Goodyear NCT5, Goodyear Excellence, Kumho Ecsta PS31, Toyo Eco Plus... agak-agak tayar mana paling best? Nanti lah ada masa aku cerita...

Ok... Semoga bermanafaat dan membantu pada pemilik Honda BRV