Apa itu VIN – Vehicle Identification Number?
VIN adalah gabungan 17 digit/angka yang unik untuk setiap kenderaan. Ianya mengandungi beberapa maklumat seperti pembuat, tahun
dikeluarkan, jenis enjin dan lain-lain. Kalau manusia ianya adalah macam nombor
kad pengenalan.
Setiap digit/angka dalam VIN boleh di nyahkod (VIN
decode) untuk mengetahui di mana kenderaan itu dibuat? Tahun berapa ianya
dibuat? Dan beberapa maklumat yang lain.
Dimana VIN ini boleh didapati? Kebanyakan kenderaan di Malaysia,
VIN ini orang kita panggil chasis number atau orang panggil nombor body
kenderaan. Biasanya terletak dalam bonet hadapan dikawasan enjin atau pintu
sebelah penumpang hadapan. Bagi model Honda BRV , VIN terletak di sebelah
penumpang hadapan. Buka pintu boleh nampak.
Berikut adalah contoh VIN Honda BRV:
Mari kita menyahkod VIN Honda BRV ini (Honda BRV VIN
Decode)
1. Manufacturer/make:
PHM = Honda Malaysia Sdn. Bhd
(Honda Passenger Vehicle)
2. Line,
body, engine type
DG1 = BRV, L15Z1 i-VTEC
3. Body
type, transmission
8 = 5 pintu, SUV, CVT
4. Grade
4 = unknown
5. Fixed
code (ada model Honda yang ini month production code)
0 = unknown
6. Production
year
G = 2016
H = 2017
J = 2018
7. Factory
code
D = Honda Malaysia, Melaka
8. Serial
number
6 digit terakhir merupakan
nombor siri kenderaan
So...kenderaan anda keluaran mana dan tahun berapa?