Wednesday 18 February 2015

Kemalangan Honda Civic Tercabut Enjin di Kilometer 384.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

18 Febuari 2015 - Hari ini ketika orang ramai mula menikmati cuti sempena Tahun Baru Cina, salah seorang orang ahli keluarga kampung lama koi (Perkampungan Indera Sempurna Kuantan Pahang) telah kembali ke Rahmatullah apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kemalangan terjadi di Kilometer 384.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil.

Kemalangan telah mengorbankan seorang bayi berusia setahun dan seorang dewasa berusia 22 tahun.

Mengikut cerita pihak Polis Hulu Terengganu, kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipercayai dipandu oleh orang kampung lama koi tadi dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan menyebabkan enjin kereta Honda Civic itu tercampak ke atas jalan sebelum kenderaan itu berpusing. Kemudian, sebuah Proton Putra merempuh enjin yang tercabut tadi dan melanggar Honda Civic tu lalu melanggar penghadang jalan.


Enjin Honda Civic

Al-Fatehah buat arwah yang telah terkorban... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik

2 comments: