Sejak Isnin 15 Disember 2014, hujan turun 4 hari berturut (sampai hari ni..khamis). Dalam hati terlintas barangkali banjir kali ini. Walaupun hujan tidaklah selebat tahun yang lalu, rupanya sememangnya telah ditakdirkan Kuantan antara daerah yang tercatat dalam kawasan banjir kali ini.
Keadaan air laut yang tidak pasang memberikan keadaan sedikit baik... menyebabkan air banjir mampu turun ke tempat yang lebih rendah (gi ke laut)
Rabu bermulanya episod duka kali ini.. Khamis keadaan menjadi semakin buruk dengan beberapa kawasan 'red spot' turut banjir
Waktu ni, hujan sedang reda...malam hari...kebiasaannya hujan agak lebat pada sebelah siang
Antara pusat-pusat pemindahan banjir 2015 di Kuantan adalah SK Kempadang, SMK Pandan, Balairaya Sri Damai, SMK Gudang Rasau dan SK Fakeh Samad yang menempatkan 199 keluarga dengan jumlah mangsa 826 dari 9 kampung/kawasan. (info 18 Disember - 4 pm)
Jabatan Meteorologi (update 2:10pm) juga telah tamatkan amaran
peringkat Jingga dan kini amaran peringkat kuning sehingga Jumaat 19
Disember 2014. Iaitu Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang
berlaku di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin)...
Sebahagian shoot kawasan banjir Kuantan 2015 dari facebook
No comments:
Post a Comment