Tuesday 19 August 2014

Kemalangan Jalan Gambang - 3 Anggota Tentera Maut

Petang 18 Ogos 2014, hujan mulai tujun dengan agak lebat. Hujan berlarutan sehingga malam. Jalan-jalan pastinya basah dan licin. Sama ada laju atau perlahan, kebarangkalian untuk tergelincir, terbabas dan terlanggar di atas jalan memang ada dan tinggi

Kira-kira jam 11.55 malam dalam keadaan hujan lebat satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan telah berlaku di sekitar Batu 3 Jalan Gambang dari arah Kuantan ke Gambang (lepas u-turn, sebelum sampai Shell). Kemalangan telah mengakibatkan kenderaan mangsa jenis Honda putus dua.

3 mangsa meninggal dunia dan 1 mangsa cedera parah. Dikhabarkan kesemua mangsa merupakan anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di sini.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa yang terbunuh Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26. Manakala mangsa yang cedera parah pula ialah Shamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.



Kalau lihat pada kawasan kejadian...emm...2 batang pokok terkupas kulitnya

Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatehah buat arwah yang terkorban. Hilangnya wira-wira negara


Agak-agak Honda Civic EG (Ferio) nih

No comments:

Post a Comment