Percutian kali menginap di Impiana Resort Cherating... dekat-dekat dengan Club Med Cherating. Macam-macam program ada kat Impiana Resort ni sempena cuti sekolah.
Masa nak check-in... kebetulan program Mr Clown pun bermula (jam 3 hingga 4 petang). Maka ramailah anak-anak kecil dan mak bapak yang mengerumuni Mr Clown. Nama Mr clown ni adalah Siso De Clown a.k.a Mohd Adam Lee Abdullah. Memang macam-macam bentuk dia boleh buat. Aku tanya...dia kata dah 15 tahun berlatih buat benda ni... Patutlah sungguh mahir!!
Nak tengok beruk panjat pokok kelapa dan petik buah pokok kelapa pun ada... Nak minum air kelapanya pun boleh
Program main layang-layang pun ada....
Nak sewa basikal? Dewasa RM18... kanak-kanak RM12
Nak main rumah kanak-kanak pun ada....
Nak mandi-manda di swimming pool Impiana Resort... kolam kanak-kanak ada... yang dalam 3 kaki ada.. yang 5 kaki ada...
Yang ini istimewa sikit...ada program pelepasan anak penyu.... Penyu Agar atau nama saintifiknya Chelonia Mydas.
Malam.... perut lapar.... maka gi la makan nun melepasi sempadan negeri Pahang-Terengganu. Destinasi makan adalah dekat Stesyen Bas... Sebelah Masjid Geliga Kemaman....Najwa Ikan Bakar
Dah kenyang... balik...zzzzz....
Comel bby..
ReplyDeleteheheee....trima kaseh
ReplyDeleteterima kasih atas gambar clown tu.....
ReplyDeleteSama2... selamat maju jaya mr clown!
Delete