Thursday 26 April 2012

Berakhirnya Penguasaan Sepanyol

Buat peminat-peminat Champion League, pasti ramai yang mengidamkan pertemuan antara dua gergasi La Liga iaitu Barcelona dan Real Madrid dalam pertembungan akhir penghujung bulan Mei nanti. Namun, dek penangan "bola itu bulat", apa-apa bleh terjadi..

Dimulakan dengan pertembungan Barcelona dan Chelsea, perlawanan pertama Chelsea menang 1-0..perlawanan 2 malam lepas menyaksikan Barca bermula garang, mendahului 2-0, ditambah dengan layangan kad merah kepada John Terry, membayangkan betapa Barca sepertinya akan melangkah bergaya ke perlawanan akhir. Namun, sebaliknya yang berlaku..The Blues berjaya bangkit dengan gol sungkit bagi merapatkan defisit dan akhirnya pemain yang selalu di komen menghadirkan gol kemenangan ketika mana semua pemain-pemain Barca sebok berkampung di halaman The Blues...muktamatnya, Chelsea melangkah ke perlawanan akhir dengan agreget 3-2






Malam tadi Real Madrid pula bertarung dengan Bayern..Seawal minit ke-enam Ronaldo berjaya meletakkan RM dihadapan.  Minit ke-14 sekali lagi Ronaldo menambah jaringan menjadikan 2-0...14 minit kemudian Robben merapatkan kedudukan menajadi 2-1. ...terikat agreget 2-2 perlawanan berlarutan ke masa tambahan...kemudian berlarutan ke penentuan sepakan penalti...akhirnya Bayern menang dengan penalti 3-1...

Apa yang menarik...pemain terbaik dunia, Messi gagal dalam sepakan penalti mencari palang...sepakan Ronaldo dan Kaka pula dinafikan Neuer....manakala Sergio Ramos pula tidak mencari gawang...nama-nama besar juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan...

Pastinya, pada 19 Mei 2012 nanti pertembungan akhir melibatkan Bayern Munich vs Chelsea. Bayern menjadi pasukan pertama dalam tempoh 50 tahun berpeluang untuk menjadi juara di "kampong halaman" sendiri apabila perlawana dijadualkan dilangsungkan di Allianz Arena di Munich..Kepada peminat dan penyokong kedua-dua pasukan pastinya tidak sabar menanti tarikh dan waktu berkenaan

No comments:

Post a Comment